Rabu, 27 Januari 2010

Pengeluaran


Definisi :

Perbelanjaan Firma atas faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Kos dibahagikan kepada 2 iaitu :

implisit :

- Bayaran atas faktor milik pengusaha sendiri.
- Perbelanjaan tak nampak.
- Dikenali kos lepas.
- cth : Ali membuka gerai sendiri tetapi tidak membayar gaji kepada diri sendiri.

eksplisit :

- Perbelanjaan sebenar atas faktor keluaran di atas pengeluaran barang.
- Perbelanjaan nampak.
- cth : upah, sewa, harga.


Kos Pengeluaran Jangka Masa Pendek :

- Buruh dibayar dengan upah, bayaran atas faktor perubahan.
- Tanah dibayar dengan sewa, bayaran atas faktor tetap.
- cth : pengeluaran meningkat, maka kos perubahan (buruh) meningkat, tetapi kos tetap (tanah) tetap.

Kos Pengeluaran Jangka Masa Panjang :

- Buruh dibayar dengan upah, bayaran atas faktor perubahan.
- Tanah dibayar dengan sewa, bayaran atas faktor perubahan.
- cth : pengeluaran meningkat, maka kos perubahan (buruh) meningkat, dan kos perubahan (tanah) di luaskan.

simbol dalam bab 6 ini :

TP = Total Production
AP = Average Production
MP = Marginal Production
TC = Total Cos
VC = Variable Cos
FC = Fixed Cos
MC = Marginal Cos

formula :

Average = Total/Q
Marginal = ΔTotal/ΔQ

Keluk hubungan AC dan MC

- MC < AC, AC
- MC = AC, AC min
- MC > AC, AC

p/s : konsep keluk hampir sama cuma dia inverse..

Isnin, 25 Januari 2010

Fungsi Pengeluaran



-Ia berkait rapat dengan input dan output.
- pengeluar perlu kenal pasti kombinasi input yang paling cekap.

Andaian :

1 : pengeluaran wujud 2 faktor sahaja iaitu faktor tetap dan faktor berubah.

2 : buruh adalah homogin (sama cekap).

3 : tingkat teknologi berubah.



TP = Total Production (jumlah keluaran)

- jumlah pengeluaran yang dapat dihasilkan dengan faktor yang ada.

Keluk Jumlah Pengeluaran (TP)



AP = Average Production (keluaran purata)

- merupakan keluaran seunit input yang berubah.

AP = TP/QL



MP = Marginal Production (keluaran sut)

- perubahan jumlah keluaran akibat perubahan 1 unit input yang berubah.

MC = ΔTC/ΔQL

Hubungan antara keluk AP dan MP

1 : AP lebih kecil dari MP, maka AP meningkat.
2 : AP sama dengan MP, maka AP maksimum.
3 : AP lebih besar dari MP, maka AP menurun.


Hubungan antara TP, AP dan MP

1 : apabila MP positif, maka TP meningkat.
2 : apabila MP sifar, maka TP maksimum.
3 : apabila MP negatif, maka TP menurun.


p/s : keluk MP sama dengan keluk MU.. iaitu mempunyai tahap terhad..

Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran



apabila wujudnya permintaan oleh isi rumah, secara relatifnya wujud penawaran oleh firma.
DD => SS

JANGKA MASA PENDEK :

* wujudnya konsep input tetap dan input berubah.
* firma tak dapat meningkatkan pengeluaran mengikut kuantiti kehendak pasaran.
* faktor tetap, cth : kilang.
* faktor berubah, cth : buruh

Konsep Faktor Tetap :
- nilai tetap walaupun pengeluaran bertambah.
- tetap ada walaupun pengeluaran adalah sifar.
- cth : kilang, mesin, tapak.

Konsep Faktor Berubah :
- nilai meningkat apabila pengeluaran meningkat, dan juga sebaliknya.
- faktor berubah sama dengan sifar jika tiada pengeluaran.
- cth : buruh.

JANGKA MASA PANJANG :

* 1 tempoh yang cukup bagi firma mengubah faktor tetap dan semua faktor adalah berubah, bagi mengikut kehendak pasaran.
* semua input sama dengan input berubah.

LOJI :

* 1 unit berbentuk fizikal untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
* cth : mesin, ladang, runcit.

FIRMA :

* organisasi yang memiliki 1 loji atau lebih untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
* industri ialah gabungan antara firma-firma yang memiliki pengeluaran barang dan perkhidmatan yang sama.
* cth : industri muzik, industri keropok lekor, etc.

p/s : dalam mood menghafal nota.. woosh!

Rabu, 20 Januari 2010

Teori Fisher dan Keynes



Ms = Penawaran Wang (money supply)
V = Pergerakan Wang (velocity)
P = Harga (price)
T = Trade (urus niaga)
r = Kadar Faedah

teori Fisher :

Wang Cek
- tiada kebocoran yang berlaku.

MV = PT

teori Keynes :

Wang Tunai (kecairan)
- berlaku kebocoran.

Keynes mempercayai bahawa :

(1) T (urus niaga)
- beli barang
- bayar yuran
- tambang bas
- kasi duit.

(2) Firma T
- bayar duit buruh
- bayar kos pengeluaran

(3) Simpan duit
- dalam rumah.
- dalam poket.
- tiada berkenaan dengan bank.

(4) Y => T (pendapatan mempengaruhi urus niaga)

(5) Membeli Bond atau Saham
- bond tiada kaitan dengan Y (pendapatan)
- bond berkaitan dengan r (kadar faedah).


p/s : teori keynes lebih detail.. sila rujuk pada buku ekonomi pra-u keluaran longman.

Syarat Ke-3 Keseimbangan Pengguna

Contoh Soalan :

Jadual dibawah menunjukkan utiliti sut (MU) yang diperoleh daripada penggunaan 3 jenis barang oleh Encik Ali yang mempunyai pendapatan (Y) sebanyak RM102.00. Harga (P) barang A ialah RM18.00, barang B ialah RM6.00, dan barang C ialah RM4.00.

Soalan A : Apakah kombinasi A,B dan C yang memaksimumkan kepuasan Encik Ali?.

Soalan B : Berapakah perubahan jumlah utiliti (TU) Encik Ali jika RM18.00 terakhir yang digunakan untuk membeli A digunakan untuk membeli barang Q?.

Jawapan Soalan A :

Y = RM102.00
P'A = RM18.00
P'B = RM6.00
P'C = RM4.00

MU'A/P'A = MU'B/MU'B = MU'C/MU'C = 2

4 unit barang A, 3 unit barang B, dan 3 unit barang C

4(RM18.00) + 3(RM6.00) + 3(RM4.00) = RM102.00

C = RM102.00
Y = RM102.00
C = Y


Jawapan Soalan B :

TU asal : 4 unit barang A, 3 unit barang B, dan 3 unit barang C

TU'A : 72 + 54 + 45 + 36
TU'B : 24 + 15 + 12
TU'C : 15 + 12 + 8

TU'A + TU'B + TU'C = 293 util

TU baru : 3 unit barang A, 6 unit barang B, dan 3 unit barang C

TU'A : 72 + 54 + 45
TU'B : 24 + 15 + 12 + 9 + 7 + 5
TU'C : 15 + 12 + 8

TU'A + TU'B + TU'C = 278 util


berubahan jumlah utiliti (TU) = baru - lama
ΔTU = 278 - 293
ΔTU = -15

perubahan jumlah utiliti (TU) Encik Ali telah berkurang sebanyak 15 util.


p/s : agak susah nak faham jalan kerja bagi jawapan soalan B.. anda perlu rujuk dengan guru mikro anda untuk penjelasan lanjut.

Rabu, 13 Januari 2010

Syarat Keseimbangan Pengguna



Syarat 1 :

Pengguna mengguna 1 barang sahaja.

P = MU

Contoh :

P = RM 9

MU = 9
P = MU

Utiliti tercapai apabila Q barang X = 4

Syarat 2 :

Pengguna mengguna lebih dari 1 barang,
harga tetap bagi semua barang.

MU'A = MU'B =...MU'N


Contoh :

mencapai utiliti apabila Q barang X = 2
mencapai utiliti apabila Q barang Y = 1

Syarat 3 :

Pengguna mengguna lebih dari 1 barang,
dan harga tidak terhad.

(i) MU'A÷P'A = MU'B÷P'B = MU'N÷P'N

(ii) C = Y

Contoh :

Y = RM 14
P'A = RM 5
P'B = RM 4

(a) MU'A÷P'A = MU'B÷P'B = 5
-> 2 unit A dan 1 unit B

2 (rm 5) + 1 (rm 4) = RM 14

C = RM 14
Y = RM 14
C = Y

(b) MU'A÷P'A = MU'B÷P'B = 3
-> 5 unit A dan 5 unit B

5 (rm 5) + 5 (rm4) = RM 45

C = RM 45
Y = RM 14
C ≠ Y


p/s : post kali ini banyak mengandungi simbol dan kata kunci.. diharapkan anda memahami maksud simbol dan kata kunci tersebut.

Hukum Utiliti Sut Berkurangan


Semakin banyak penggunaan jumlah barangan,
Semakin berkurang utiliti penggunaan sut,

Simbol :

Utiliti = Kepuasan
MU = Marginal Utility (utiliti sut)
TU = Total Utility (jumlah utiliti)
P = Price (harga)
Q = Quantity (kuantiti)
Δ = Perubahan

formula :

MUx = ΔTU/ΔQx

Keluk Utiliti Penggunaan Sut

p/s : nota bab 4 anda baca sendiri...