Isnin, 29 Mac 2010

Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Panjang


- hanya terdapat 1 jenis untung sahaja iaitu untung lebih normal.
- tidak seperti PPS yang jangka panjangnya hanya dapat untung normal sahaja disebabkan oleh faktor-faktor PPS, salah satunya ialah kebebasan keluar masuk.


Keluk Monopoli Untung Lebih Normal Jangka Panjang

Huraian :

(a) Firma mencapai keseimbangan apabila keluk SMC bersilang dengan keluk MR di titik E dalam jangka pendek, iaitu dengan tingkat harga P dan tingkat keluaran Q.

(b) Pada tingkat keluaran Q, firma mengalami untung lebih normal sebanyak APXE dimana AR lebih besar daripada SAC.

(c) Dalam jangka panjang, firma akan menyelaraskan pengeluarannya, iaitu dengan membesarkan saiz lojinya supaya dapat meningkatkan tingkat pengeluaran dan dapat memaksimumkan keuntungan dengan kecekapan yang dipertingkatkan.

(d) Pada loji SAC1, firma mencapai keseimbangan apabila keluk SMC1 dan LMC bersilang dengan keluk MR di titik E1 dalam jangka panjang, iaitu dengan tingkat harga baru P1 dan tingkat keluaran baru Q1.

(e) Pada tingkat keluaran Q1, firma mengalami untung lebih normal sebanyak A1P1X1E1 dimana AR lebih besar daripada SAC1.

(f) Kesimpulannya, dalam jangka panjang, firma monopoli mencapai keseimbangan apabila LMC = SMC = MR.

p/s : fahami dengan betul.

Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Pendek



dalam jangka pendek terdapat 3 jenis untung iaitu :

Untung Normal (pulang modal)
Untung Kurang Normal
Untung Lebih Normal

Keluk Monopoli Untung Normal

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung normal apabila AR = AC.

Keluk Monopoli Untung Kurang Normal

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung kurang normal apabila AR < AC.


Keluk Monopoli Untung Lebih Normal

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MR = MC di titik E, dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Firma mendapat untung lebih normal apabila AR > AC.

p/s : menentukan jenis untung sama seperti dalam PPS.

Penentuan Output Keseimbangan


firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan kecekapan output yang optimum.


terdapat 2 kaedah iaitu :

pendekatan TR - TC, dan MR = MC

Pendekatan TC dan TR

Huraian : seperti PPS, firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan apabila jurang antara TC dan TR adalah besar. Apabila TC = TR di titik A dan B, keadaan ini menunjukkan firma mengalami untung normal.


Pendekatan MC dan MR

Huraian : tidak seperti PPS, iaitu titik E menentukan keseimbangan tingkat harga dan tingkat keluaran. Dalam monopoli, titik E hanya menentukan keseimbangan tingkat keluaran sahaja, kerana MR ≠ AR. Keseimbangan tingkat harga diperolehi apabila keseimbangan tingkat keluaran berada di keluk DD=AR, iaitu di tingkat harga P. Maka, keseimbangan tingkat harga ialah P, dan keseimbangan tingkat keluaran ialah Q.

p/s : perbezaan antara keluk pendekatan MC = MR PPS dan Monopoli amatlah berbeza.. sila rujuk kembali keluk MC = MR PPS untuk mengenalpasti.

Rabu, 24 Mac 2010

Konsep Hasil dalam Monopoli


Formula :

TR = P x Q
AR = TR/Q
MR = ΔTR/ΔQ

Keluk TR,AR dan MR Monopoli

hubungan antara MR dan TR :

MR + => TR ↑
MR 0 => TR Max
MR - => TR ↓

hubungan keanjalan (Ed) dengan TR,AR dan MR :

MR + => TR ↑ => AR anjal
MR 0 => TR Max => AR anjal 1
MR - => TR ↓ => AR tidak anjal


p/s : lukis keluk, dan anda akan faham.

Keluk Permintaan Monopoli



disebabkan dalam pasaran monopoli hanya ada pengeluar tunggal, maka, keluk DD bagi pasaran adalah juga merupakan keluk bagi DD firma.

Keluk DD Monopoli

Huraian : firma berupaya menentukan/mempengaruhi tingkat harga dalam pasaran dengan cara menambahkan tingkat keluarannya, dengan ini, akan mempengaruhi tingkat harga untuk turun. Dan sebaliknya.


p/s : mudah sahaja.

Selasa, 23 Mac 2010

Dasar Fiskal (dasar belanjawan)


dasar fiskal merupakan dasar mengubah kadar cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G) untuk menjaga kestabilan ekonomi.

Tujuan Utama

- untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan pengangguran.
- untuk mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.


Pemantap Automatik

- alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik.
- menstabilkan ekonomi secara automatik.
- kerajaan tidak perlu mengubah dasar fiskal atau dasar kewangan sedia ada.
- tidak dapat mengatasi masalah inflasi dan pengangguran sepenuhnya, hanya dapat melambatkan perkembangan ekonomi atau kemerosotan ekonomi.

Jenis-jenis Pemantap Automatik

(a) Cukai Progresif dan Cukai Proposional

- kutipan T Progresif dan T Proposional oleh kerajaan dapat mengubah Yb dan AD.
- Semasa ekonomi melambung, Y masyarakat meningkat, seterusnya AD meningkat, keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik. Pengenaan T Progresif dan T Proposional akan mengurangkan Yb masyarakat, akibatnya peningkatan AD dikurangkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum.
- Semasa ekonomi meleset, Y masyarakat berkurangan dan seterusnya AD berkurang, keadaan ini menyebabkan firma-firma mengurangkan SS dan penggunaan buruh, seterusnya kadar pengangguran meningkat. Pengenaan T Progresif dan T Proposional menyebabkan kutipan cukai Y berkurangan mengikut pengurangan Y masyarakat, ini bermakna pengurangan Yb tidak begitu besar, seterusnya pengurangan AD dikecilkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan kadar pengangguran.

(b) Bayaran Pindahan Kerajaan

- bayaran pindahan kerajaan termasuk elaun pengangguran kepada penganggur.
- Semasa ekonomi melambung, jumlah penganggur berkurang, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut dikurangkan, keadaan ini mengurangkan kenaikan AD dan menekan kenaikan kadar inflasi.
Semasa ekonomi meleset, jumlah penganggur bertambah, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut bertambah, keadaan ini mengurangkan kejatuhan AD dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

(c) Dasar Harga Max dan Dasar Harga Min

- kedua-dua dasar ini secara automatik menjamin kestabilan tingkat harga dalam ekonomi.
- Semasa ekonomi melambung, dasar harga Max akan menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga Max.
- Semasa ekonomi meleset, dasar harga Min akan menghalang penurunan tingkat harga kurang daripada tingkat harga Min.


Dasar Fiskal Budi Bicara

- merujuk kepada tindakan kerajaan mengubah G dan T demi mengatasi masalah inflasi atau pengangguran dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Jenis-jenis Dasar Fiskal Budi Bicara

(a) Dasar Fiskal Menguncup

- digunakan semasa ekonomi menghadapi inflasi, kerajaan akan meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

(b) Dasar Fiskal Mengembang

- digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

(c) Dasar Fiskal Seimbang

- digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan menambahkan perbelanjaan kerajaan dan kadar cukai dengan jumlah yang sama bagi meningkatkan perbelanjaan agregat. pengurangan kadar pengangguran dan peningkatan pendapatan negara, dengan ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi.


p/s : alat mengawal kestabilan ekonomi.

Isnin, 22 Mac 2010

Halangan dan Sekatan Kemasukan Firma (sebab wujudnya MONOPOLI)


(a) Wujudnya Ekonomi Mengikut Bidangan
- firma besar yang menghasilkan tingkat keluaran yang sangat banyak dan menguasai hampir keseluruhan pasaran.
- keluaran secara besar-besaran dapat menikmati AC min dan pada masa yang sama mampu mengenakan harga yang rendah.

(b) Halangan Undang-undang
- kuasa Monopoli wujud melalui undang-undang kerajaan.
- hak paten dan lesen hanya diberikan kepada syarikat tertentu sahaja.
- pemberian hak paten untuk menggalakkan R&D untuk hasilkan keluaran baru.

(c) Pemilikan Faktor Pengeluaran Semula Jadi
- jika firma menguasai faktor pengeluaran semula jadi tersebut, maka firma tersebut ada kuasa monopoli atas pengeluaran tersebut.
- cth, Petronas diberi tanggungjawab oleh kerajaan Malaysia untuk mencari gali sumber galian petroleum di negara Malaysia.

(d) Halangan Kewangan dan Tingkat Teknologi Tertentu
- terdapat barang dan perkhidmatan yang memerlukan modal yang besar dan tingkat teknologi yang canggih untuk beroperasi dengan cekap.

p/s : tajuk ini 'MUNGKIN' keluar dalam STPM 2010.

Pasaran Monopoli


suatu pasaran dimana hanya wujud satu penjual sahaja yang sedang menghasilkan suatu keluaran yang tidak mempunyai penganti hampir dan wujud halangan bagi penjual lain untuk memasuki ke dalam pasaran.


ciri-ciri :

(a) Penjual Tunggal
- hanya terdapat sebuah firma yang sedang mengeluarkan keluaran 1 jenis barangan sahaja.

(b) Keluaran Tidak Mempunyai Pengganti hampir
- barang yang dikeluarkan oleh firma tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh firma lain akibat daripada halangan tertentu.

(c) Firma Merupakan Penentu Harga
- firma boleh mempengaruhi tingkat harga keluarannya melalui kawalan tingkat keluaran yang dihasilkan.
- pengurangan dalam penawaran firma (keluk SS ke kiri) akan mempengaruhi permintaan dalam pasaran dan menyebabkan permintaan melebihi penawaran, seterusnya meningkatkan tingkat harga barang tersebut. (lakar keluk dan anda akan faham)

(d) Pengiklanan Tidak Penting
- pengiklanan tidak penting kerana pengguna telah mengenali maklumat keluaran firma tersebut.

(e) Tiada Kebebasan Keluar Masuk Dalam Industri Monopoli
- firma lain tidak boleh memasuki ke dalam pasaran akibat beberapa halangan.
- Halangan seperti perlindungan undang-undang, pemilikan faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.
- firma monopoli akan memperolehi untung lebih normal dalam jangka panjang.


Perbezaan Ciri-ciri antara PPS dan Pasaran Monopoli :

(a) Bilangan Firma dalam Pasaran
- dalam PPS, terdapat banyak firma yang mengeluarkan barang yang pengganti hampir.
- dalam Pasaran Monopoli, hanya terdapat sebuah firma sahaja yang hanya mengeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti hampir.

(b) Harga
- dalam PPS, firma adalah penerima harga dalam pasaran.
- dalam Pasaran Monopoli, firma adalah penentu harga dalam pasaran.

(c) Kebebasan Keluar Masuk dalam Industri
- dalam PPS, firma bebas keluar masuk dalam industri.
- dalam Pasaran Monopoli, firma tiada kebebasan keluar masuk dalam industri.

(d) Jenis Barang
- dalam PPS, keluaran yang homogen.
- dalam Pasaran Monopoli, keluaran yang tiada pengganti hampir.

p/s : bermulah bab MONOPOLI! YEY!.

Rabu, 3 Mac 2010

Keluk Penawaran Industri Jangka Panjang


Dalam jangka panjang, keluk SS mungkin berbentuk :

- Cerun Negatif (industri kos menurun)
- Cerun Positif (industri kos menaik)
- Cerun Mendatar (industri kos malar)


Keluk SS berbentuk Cerun Negatif

Keluk SS Industri Kos Menurun

Huraian :

(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.

(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.

(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.

(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.

(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P2 dan keluaran Q2.

(f) Kemasukan firma baru telah menurunkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke bawah menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke bawah menjadi MC1.

(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat untung normal sahaja apabila MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.


Keluk SS berbentuk Cerun Positif

Keluk SS Industri Kos Meningkat

Huraian :

(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.

(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.

(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.

(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.

(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P2 dan keluaran Q2.

(f) Kemasukan firma baru telah meningkatkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke atas menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke atas menjadi MC1.

(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat untung normal sahaja apabila MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.


Keluk SS berbentuk Cerun Mendatar

Keluk SS Industri Kos Malar

Huraian :

(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.

b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati untung normal apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.

(c) Andaikan permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.

(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC.

(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati untung lebih normal telah menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P dan keluaran Q2.

(f) Oleh sebab tingkat harga keseimbangan jatuh semula kepada P, maka firma menikmati untung normal sahaja apabila MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.


p/s : konsep yang serupa, cuma alami perubahan turun, naik dan malar.

Keluk Penawaran Industri Jangka Pendek


Keluk SS Industri
boleh diperolehi dengan mencampurkan kuantiti yang sanggup ditawarkan oleh firma-firma dalam industri pada pelbagai tingkat harga.

Pembentukan Keluk SS Industri/Pasaran

Huraian :

(a) Andaikan industri hanya terdiri daripada 2 buah firma sahaja iaitu firma A dan firma B.

(b) Kedua-dua keluk penawaran bagi firma A dan B boleh dilihat pada rajah di atas.

(c) Pada tingkat harga RM2, firma A menawarkan 3 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 4 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 7 unit (3+4). Ini ditunjukkan oleh titik A pada rajah di atas.

(d) Apabila harga naik ke RM3, firma A menawarkan 5 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 6 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 11 unit (5+6). Ini ditunjukkan oleh titik B pada rajah di atas.

(e) Apabila harga naik ke RM4 pula, firma A menawarkan 7 unit keluaran, manakala firma B menawarkan 8 unit keluaran, maka jumlah SS industri ialah 15 unit (7+8). Ini ditunjukkan oleh titik C pada rajah di atas.

(f) Apabila titik-titik A,B dan C disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran industri jangka pendek yang bercerun ke atas dari kiri ke kanan.

p/s : tak ubah seperti keluk pasaran.

Isnin, 1 Mac 2010

Penerbitan Keluk SS Firma dan Industri Jangka Pendek


E Firma jangka pendek mungkin berada dalam keadaan :

- Untung Normal (pulang modal)
- Untung Lebih Normal (untung)
- Untung Kurang Normal (rugi)


Penerbitan Keluk SS Firma Jangka Pendek

Huraian :

(a) Jika harga pasaran pada tingkat harga P1, firma mencapai keseimbangan apabila MC = MR iaitu pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1. Pada E1, firma mencapai syarat minimum untuk teruskan operasi, apabila AR = AVC.

(b) Jika harga pasaran pada tingkat harga P2, firma mencapai keseimbangan pada titik E2, iaitu pada harga P2 dan keluaran Q2. Pada E2, firma mengalami untung kurang normal, apabila AR lebih kurang daripada AC.

(c) Jika harga pasaran pada tingkat harga P3, firma mencapai keseimbangan pada titik E3, iaitu pada harga P3 dan keluaran Q3. Pada E3, firma mengalami untung normal (pulang modal), apabila AR = AC.

(d) Jika harga pasaran pada tingkat harga P4, firma mencapai keseimbangan pada titik E4, iaitu pada harga P4 dan keluaran Q4. Pada E4, firma mengalami untung lebih normal, apabila AR lebih besar daripada AC.

(e) Titik-titik keseimbangan yang terletak di sepanjang keluk MC bermula dari E1 hingga E4 menunjukkan hubungan antara tingkat kuantiti yang sanggup ditawarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga seperti di rajah di atas.

(f) Apabila kesemua keluk anjal sempurna MR disambungkan, maka akan wujud keluk penawaran yang menaik dari kiri ke kanan, keluk yang selaras dengan hukum penawaran yang menyatakan hubungan langsung/positif antara harga dengan tingkat keluaran yang sanggup ditawarkan oleh firma. Contohnya, apabila harga turun dari P3 kepada P1, maka kuantiti turut turun daripada Q3 kepada Q1.


p/s : tahniah kepada kak fathiah kerana mendapat cgpa 3.78 dalam stpm 2009.