Isnin, 19 April 2010

Perbandingan Antara PMonopoli dengan PPBermonopoli



Perbandingan dari segi Ciri-ciri

(a) Bilangan Firma
- bermonopoli mempunyai bilangan firma yang agak banyak, manakala Monopoli hanya pengeluar tunggal.

(b) Keluaran Yang Dihasilkan
- keluaran Bermonopoli bersifat pengganti hampir, manakala keluaran Monopoli bersifat tiada pengganti hampir.

(c) Kuasa Mempengaruhi Pasaran
- kuasa mempengaruhi pasaran Bermonopoli lebih kecil daripada kuasa mempengaruhi pasaran Monopoli.
- oleh sebab kuasa Monopoli adalah lebih besar daripada kuasa Bermonopoli, maka keluk Monopoli tidak anjal berbanding keluk Bermonopoli yang lebih anjal.

(d) Kebebasan Keluar Masuk
- Bermonopoli ada kebebasan keluar masuk kerana output dapat dihasilkan berbeza corak, manakala Monopoli tiada kebebasan keluar masuk disebabkan halangan kerajaan.

(e) Persaingan Bukan Harga
- persaingan bukan harga berlaku dalam pasaran Bermonopoli kerana pengiklanan memainkan peranan untuk tujuan bersaing dengan firma lain supaya dapat menarik perhatian pengguna.


Perbandingan Dari Segi Tingkat Keseimbangan


(a) Tingkat Harga
- tingkat harga Bermonopoli lebih kecil daripada tingkat harga Monopoli iaitu P'b < P'm.

(b) Tingkat Keuntungan
- pada tingkat keseimbangan, Bermonopoli hanya memperoleh untung normal sahaja apabila AR'b=AC, manakala Monopoli memperoleh untung lebih normal apabila AR'm > AC.


p/s : ambil keluk jangka panjang untuk melihat berbezaan.

Perbandingan Antara PPBermonopoli dengan PPSempurna



Perbandingan dari segi Ciri-ciri

(a) Bilangan Firma
- PPS lebih ramai bilangan firma berbanding PPB kerana keluaran PPS bersifat pengganti sempurna (homogen) berbanding PPB yang keluarannya bersifat pengganti hampir.

(b) Kebebasan Keluar Masuk
- PPS bebas keluar masuk kerana tiada syarat untuk memasuki pasaran manakala PPB sukar keluar masuk kerana ada sekatan untuk menghasilkan keluaran yang bersifat pengganti hampir.

(c) Keluaran Setiap Pasaran Tak Sama
- PPS adalah homogen iaitu barang sama antara satu sama lain manakala PPB adalah pengganti hampir iaitu berbeza dari segi corak.

(d) Kuasa Mempengaruhi Harga Pasaran
- PPS merupakan penerima harga, maka tidak boleh pengaruhi harga pasaran, tetapi PPB mempunyai sedikit kuasa menentukan harga hasil daripada output yang berbeza-beza.


Perbandingan Dari Segi Tingkat Keseimbangan


(a) Tingkat Output
- tingkat keluaran PPS lebih besar daripada tingkat keluaran PPB iaitu Q's > Q'b.

(b) Tingkat Harga
- tingkat harga PPS lebih kecil daripada tingkat harga PPB iaitu P's < P'b.

(c) Kecekapan Pengeluaran (AC Min)
- PPS cekap pengeluaran kerana mengeluarkan output Q's semasa AC minimum, manakala PPB tidak cekap pengeluaran kerana mengeluarkan output Q'b semasa AC sedang menurun.

(d) Kecekapan Peruntukan (P=MC)
- PPS cekap peruntukan kerana mengeluarkan output Q's semasa P=MC, manakala PPB tidak cekap peruntukan kerana mengeluarkan output Q'b semasa P > MC.

(e) Lebihan Kapasiti
- PPS menggunakan kapasiti sepenuhnya kerana telah mencapai kecekapan pengeluaran, manakala PPB berlaku lebihan kapasiti sebesar Q's - Q'b.


p/s : lukis keluk, dan anda akan dapat melihat perbezaannya

Kebaikan dan Keburukan Pasaran Persaingan Bermonopoli


KEBAIKAN

(a) Pengguna Mempunyai Banyak Pilihan
- firma menghasilkan barang penganti hampir dari segi harga dan kualiti tapi masih mempunyai fungsi yang sama.

(b) Agihan Pendapatan Yang Setara
- disebabkan oleh firma dalam jangka panjang hanya peroleh untung normal.

(c) Kebaikan Pengiklanan
- dapat menurunkan kos purata keluaran.
- pengguna dapat menikmati lebih banyak barang dengan harga yang lebih rendah.


KEBURUKAN

Keluk Monopolistik Jangka Panjang

(a) Pembaziran Kapasiti
- pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q, kerana output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun dan bukannya pada AC min.

(b) Tidak Cekap Peruntukan
- kerana output dikeluarkan pada P > MC.

(c) Perkembangan Teknologi yang Lambat
- keadaan firma jangka panjang yang hanya untung normal, tidak menggalakkan R&D.

(d) Keburukan Pengiklanan
- menaikkan kos pengeluaran firma dan mungkin kos ini ditanggung oleh pengguna melalui tingkat harga yang tinggi.


p/s : apabila ingin melihat keburukan, lihat keluk jangka panjang.

Rabu, 14 April 2010

Keseimbangan Firma Persaingan Bermonopoli




Dalam Jangka Pendek

terdapat 3 jenis untung iaitu :
- Untung Lebih Normal
- Untung Normal
- Untung Kurang Normal

Keluk Untung Lebih Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung lebih normal apabila keluk AR lebih besar daripada keluk AC iaitu keuntungan sebanyak UPXY.

Keluk Untung Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung normal apabila keluk AR sama dengan keluk AC.

Keluk Untung Kurang Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung kurang normal apabila keluk AR lebih kecil daripada keluk AC iaitu kerugian sebanyak PUYX.


Dalam Jangka Panjang

- hanya terdapat untung normal sahaja disebabkan kebebasan keluar masuk firma ke dalam industri dalam jangka panjang.
- hanya mempengaruhi keluk MR dan AR sahaja

(a) Untung Lebih Normal menjadi Untung Normal

Keluk Untung Lebih Normal Jangka Panjang

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mencapai untung lebih normal apabila keluk AR lebih besar daripada keluk AC iaitu keuntungan sebanyak UPXY. Keadaan firma dalam pasaran yang sedang mengalami untung lebih normal telah menarik perhatian firma lain untuk masuk ke dalam pasaran dan telah menyebabkan keluk AR dan MR beralih kepada AR1 dan MR1. Firma mencapai keseimbangan baru apabila keluk MR1=MC di titik E1, dengan tingkat keluaran berkurang dari Q kepada Q1, dan tingkat harga menurun dari P kepada P1. Pada keluaran Q1, firma mencapai untung normal apabila keluk AR1=AC.

(b) Untung Kurang Normal menjadi Untung Normal

Keluk Untung Kurang Normal Jangka Panjang

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mencapai untung kurang normal apabila keluk AR lebih kecil daripada keluk AC iaitu kerugian sebanyak PRYX. Keadaan firma dalam pasaran yang sedang mengalami untung kurang normal telah menyebabkan firma lain dalam pasaran keluar dari pasaran dan telah menyebabkan keluk AR dan MR beralih kepada AR1 dan MR1. Firma mencapai keseimbangan baru apabila keluk MR1=MC di titik E1, dengan tingkat keluaran bertambah dari Q kepada Q1, dan tingkat harga meningkat dari P kepada P1. Pada keluaran Q1, firma mencapai untung normal apabila keluk AR1=AC.

p/s : perubahan keluk hampir sama dengan keluk monopoli, cuma keluk AR dan MR monopoli tidak beralih kerana tiada kebebasan keluar masuk.

Pasaran Persaingan Bermonopoli

Ciri-ciri :

(a) Bilangan Firma yang Banyak
- bilangan firma yang ramai tapi mengeluarkan barang pengganti hampir antara satu sama lain.
- mereka mengeluarkan barang pengganti hampir tapi tidak kerjasama antara satu sama lain.

(b) Keluarannya adalah Berbeza-beza
- berbeza daripada segi fizikal seperti jenama, kualiti, pembungkusan, reka bentuk, dan iklan.
- tapi mempunyai fungsi yang sama.

(c) Kebebasan Keluar Masuk Industri
- firma lain boleh masuk industri dengan hasilkan barang yang berbeza corak.
- firma berjaya masuk industri kerana menghasilkan barang yang berkualiti, berjenama, dan kaeadh promosi yang berkesan supaya dapat tarik perhatian pengguna.

(d) Mempunyai Sedikit Kuasa Monopoli
- sedikit kuasa dalam menentukan harga.
- firma mempunyai golongan pelanggan yang taat setia kepada keluaranya, jika firma menaikkan harga, golongan ini tetap membelinya.

(e) Pesaingan Bukan Harga
- mereka bersaingan dalam bentuk pengiklanan dan promosi dalam bentuk tawaran istimewa.


p/s : contoh firma monopolistik dalam industri makanan ialah KFC, McD, Mary Brown, dan sekian2.

Rabu, 7 April 2010

Monopoli dan Kawalan Kerajaan



kenapa kerajaan mengawal firma monopoli?

jawapannya.. firma monopoli dikatakan menindas rakyat apabila mengenakan tingkat harga yang tinggi dengan menghasilkan tingkat output yang kurang. Anda sedia maklum, diantara ciri-ciri sebuah firma monopoli ialah firma merupakan Penentu Harga. Dengan ini, akan mempengaruhi tingkat kebajikan masyarakat jika firma sedang menghasilkan barang atau perkhidmatan yang penting kepada rakyat.

kawalan monopoli dibahagikan kepada 2 iaitu Kawalan Langsung dan Kawalan Tidak Langsung.


KAWALAN LANGSUNG

kerajaan ingin menetapkan tingkat harga pada :
i) AR = AC
ii) P = MC
iii) AC Min


Hasil Purata Sama Dengan Kos Purata (AR=AC)

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan AR = AC

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan menetapkan tingkat harga pada AR sama dengan AC di titik B, maka firma akan mengalami untung normal (pulang modal) sahaja.


Harga Pasaran Sama Dengan Kos Sut (P=MC)

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Tanpa Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma masih mengalami untung lebih normal , maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Dengan Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma mengalami untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC, maka kerajaan perlu memberi subsidi.

Monopoli Mencapai Kecekapan Pengeluaran (AC Min)

Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Tanpa Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC, maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.

Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Dengan Subsidi

Huraian :
dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma mengalami untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC, maka kerajaan perlu memberi subsidi.


KAWALAN TIDAK LANGSUNG

kerajaan akan mengenakan sistem Percukaian untuk memperbaiki agihan pendapatan yang tidak setara akibat kuasa firma monopoli yang mengalami keuntungan lebih normal. Terdapat 2 sistem percukaian yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan iaitu Cukai Lump-Sum (sekali gus) dan Cukai Per-unit.

Cukai Lump-Sum

-merupakan cukai yang nilai tetap tanpa mengira tingkat pengeluaran firma.
- ini bermakna, cukai lump-sum ialah kos tetap (FC) yang hanya mempengaruhi jumlah kos (TC) dan kos purata (AR) sahaja.
- cth, Q = 100 cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah kepada Q = 200, cukai tetap dikenakan sebanyak RM20.

Pengenaan Cukai Lump-Sum Ke Atas Pasaran Monopoli

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai dikenakan, keluk AC beralih ke AC1. Pada titik keseimbangan yang sama, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC1, tetapi mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.


Cukai Per-unit

- dalam sistem cukai ini, jumlah cukai bergantung kepada jumlah keluaran firma.
- ini bermakna, cukai per-unit ialah kos berubah
(VC) yang hanya mempengaruhi jumlah kos (TC), kos purata (AC) dan kos sut (MC) sahaja.
- cth, Q = 100
cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah kepada Q = 200, cukai yang dikenakan akan bertambah sebanyak RM40.

Pengenaan Cukai Per-unit Ke Atas Pasaran Monopoli

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai dikenakan, keluk AC dan MC masing-masing beralih kepada AC1 dan MC1. Keseimbangan baru tercapai apabila MC1=MR dengan tingkat harga meningkat dari P kepada P1 dan tingkat keluaran menurun dari Q kepada Q1. Pada tingkat keluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC1, tetapi mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.


p/s : kawalan kerajaan ini adalah untuk mempengaruhi tingkat kebajikan rakyat.

Isnin, 5 April 2010

Perbandingan Antara Pasaran Monopoli dan PPS




PPS dan Monopoli mencapai keseimbangan apabila MC=MR, namun terdapat beberapa perbezaan.

Perbandingan antara keluk PPS dengan keluk Monopoli

(a) Tingkat Harga Keseimbangan
- harga PPS < harga Monopoli iaitu P's < P'm.

(b) Tingkat Keluaran Keseimbangan
- output PPS > output Monopoli iaitu Q's > Q'm.

(c) Tingkat Keuntungan
- PPS mengalami untung normal apabila MR's=MC=AR's=AC.
- Monopoli mengalami untung lebih normal apabila AR'm > AC.

(d) Kecekapan Pengeluaran
- PPS cekap pengeluaran kerana output dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli tidak cekap pengeluaran kerana output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.

(e) Kecekapan Peruntukan
- PPS cekap peruntukan kerana output dikeluarkan pada P(AR's)=MC.
- Monopoli tidak cekap peruntukan kerana output dikeluarkan pada P(AR'm) > MC.

(f) Pembaziran Kapasiti
- PPS tidak berlaku pembaziran kapasiti kerana output dikeluarkan pada AC Min.
- Monopoli berlaku pembaziran kapasiti kerana output dikeluarkan pada AC yang sedang menurun.


p/s : semua nih konsep.. lukis keluk kemudian anda akan nampak perbezaannya..

Kebaikan dan Keburukan Monopoli



KEBAIKAN MONOPOLI

(a) Firma Mengalami Kos Menurun Menghasilkan Lebih Output dengan Harga yang Lebih Rendah
- ia berkenaan ekonomi bidangan dimana pertambahan output akan menyebabkan penurunan kos per unit.
- firma akan menghasilkan tingkat output yang banyak bagi mengenakan harga yang rendah.

Pertambahan tingkat output akan menurunkan harga

(b) Kebaikan Diskriminasi Harga
(i) luaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
- firma dapat membahagikan pasaran kepada bebarapa pasaran yang kecil.
- pasaran ini dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan membayar.
- semakin ramai pengguna yang mampu peroleh barang dan perkhidmatan tersebut mengikut tingkat pendapatan.

(ii) meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat
- pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati suatu barang berdasarkan kemampuan untuk membayarnya.

(c) Boleh Menjalankan Perkhidmatan Awam dengan Cekap
- Perkhidmatan seperti membekalkan air bersih dan elektrik akan dijalankan oleh firma monopoli supaya firma dapat menikmati ekonomi bidangan yang mampu menghasilkan output yang banyak.

(d) Boleh Menggalakkan Perkembangan Teknologi
- menjalankan R&D untuk hasilkan produk yang lebih berkualiti, seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran, secara tidak langsung dapat meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat.
- dapat mengukuhkan kedudukan kuasa monopoli firma.


KEBURUKAN MONOPOLI

Keseimbangan Pasaran Monopoli

Huraian : E tercapai apabila keluk MC=MR iaitu pada keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mengalami untung lebih normal (AR > AC)

(a) Tidak Mencapai Kecekapan Pengeluaran
- syarat kecekapan pengeluaran ialah pada titik C (AC Min).
- pada keluaran Q, firma monopoli mengeluarkan tingkat output pada AC yang sedang menurun iaitu pada titik B.

(b) Tidak Mencapai Kecekapan Peruntukan
- syarat kecekapan peruntukan ialah P=MC.
- pada MC=MR, Q dikeluarkan pada P (AR) > MC.
- gagal mencapai tingkat kebajikan optimum.

(c) Pembaziran Kapasiti
- firma boleh meningkat keluaran sehingga ke titik C (AC Min) tetapi hanya mengeluarkan pada tingkat keluaran Q, maka wujud lebihan kapasiti (pembaziran) sebesar Q1-Q.

(d) Agihan Pendapatan Tidak Rata
- Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang tinggi dan menikmati jumlah keluaran yang sedikit.
- melalui masa, untung monopoli semakin bertambah dan ini menyebabkan jurang pendapatan semakin besar atau agihan pendapatan semakin tidak adil.

(e) Tidak Menggalakkan Perkembangan Teknologi
- Oleh sebab tiada kebebasan keluar masuk firma, maka firma monopoli tidak mengalami persaingan, dengan ini, firma monopoli tidak perlu R&D.
- Tanpa peningkatan kualiti produk menyebabkan kebajikan masyarakat juga tidak dapat dipertingkatkan.


p/s : teori-teori-teori..

Diskriminikasi Harga


merupakan 1 dasar atau 1 amalan penentuan harga yang berbeza atas barang yang sama yang berbeza harga.


Syarat-syarat :

(a) Penjual Seorang Monopoli
- kerana boleh mempengaruhi tingkat harga dalam pasaran.

(b) Wujud Lebih Daripada 1 Pasaran
- firma monopoli perlu memisahkan penggunanya kepada beberapa pasaran mengikut kemampuan pengguna.
- Pengasingan ini boleh dikelasifikasikan mengikut jantina, umur, jarak, kawasan penempatan, serta kedudukan sosial ekonomi.

(c) Setiap Pasaran Mempunyai Keanjalan DD Harga yang Berbeza
- dasar diskriminasi dapat dilaksanakan apabila pasaran mempunyai keanjalan DD.
- DD anjal, harga yang lebih rendah dikenakan.
- DD tidak anjal, harga yang lebih tinggi dikenakan.

(d) Keuntungan Daripada Diskriminasi Harga Haruslah Melebihi Kos untuk Melakukan Dasar Tersebut
- supaya untung diperolehi makin besar.
- kos yang terlibat untuk memisahkan pasaran mestilah tidak melebihi hasil yang diperoleh.
- kos terlibat adalah seperti kos implisit dan eksplisit mengikut pemisahan pasaran.


Jenis-Jenis Diskriminasi :

(a) Diskriminasi Harga Darjah Pertama
- dikenali diskriminasi harga sempurna dengan setiap pengguna akan dikenakan tingkat harga maksimum atau harga yang sanggup dibayar untuk sesuatu jenis barang dan pada kuantiti tertentu.
- harga berbeza bukan sahaja dikenakan mengikut pengguna yang berbeza malah pengguna yang sama juga akan dikenakan harga yang berlainan bergantung kepada kemampuan membayarnya untuk memperoleh kuantiti barang tersebut.

(b) Diskriminasi Harga Darjah Kedua
- pemonopoli akan mengenakan harga yang berbeza untuk blok unit yang berbeza atas barang yang sama.
- Cth harga barang mengikut blok unit ialah bekalan elektrik dan air.

(c) Diskriminasi Harga Darjah Ketiga
- meletakkan harga berbeza mengikut kumpulan pengguna.
- kumpulan pengguna mengikut kriteria tertentu seperti jantina, kelas sosial, geografi dan sebagainya.
- tingkat harga yang tinggi dikenakan kepada keanjalan DD tidak anjal.
- tingkat harga yang rendah dikenakan kepada keanjalan DD anjal.


Penentuan Keseimbangan Diskriminasi Harga

Dasar Diskriminasi Harga

Huraian :

(a) Andaikan terdapat 2 buah pasaran iaitu pasaran A yang mempunyai keanjalan permintaan yang tidak anjal dan pasaran B yang mempunyai keanjalan permintaan yang anjal.

(b) Keluk AR'a+b diperoleh dengan mencampurkan keluk AR'a dan AR'b secara mendatar. Begitu juga dengan keluk MR'a+b yang diperoleh dengan mencampurkan keluk MR'a dan MR'b secara mendatar.

(c) Firma monopoli mencapai keseimbangan di kedua-dua pasaran A dan B apabila MC=MR di titik E dengan keluaran Q'a+b.

(d) Di pasaran A, tingkat keseimbangan dicapai di A (MC=MR'a) dengan tingkat output Q'a dan harga keseimbangan P'a, manakala di pasaran B pula, tingkat keseimbangan dicapai di B (MC=MR'b) dengan tingkat output Q'b dan harga keseimbangan P'b.

(e) Tingkat harga di pasran B adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran B (P'a > P'b) kerana keanjalan permintaannya adalah kurang anjal, manakala tingkat keluarannya adalah kurang berbanding pasran B (Q'a < Q'b).

(f) Kesimpulannya, pasaran yang mempunyai keanjalan permintaan yang lebih anjal dikenakan harga yang rendah manakala pasaran yang mempunyai keanjalan permintaan yang kurang anjal dikenakan harga yang tinggi.

p/s : hanya ingin menunjukkan perbezaan harga mengikut keanjalan permintaan.