Keluk SS berbentuk Cerun NegatifKeluk SS Industri Kos MenurunHuraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati
untung normal apabila
MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.
(c) Andaikan
permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati
untung lebih normal apabila
AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati
untung lebih normal telah
menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan
penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P2 dan keluaran Q2.
(f) Kemasukan firma baru telah
menurunkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke
bawah menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke
bawah menjadi MC1.
(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat
untung normal sahaja apabila
MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.
Keluk SS berbentuk Cerun PositifKeluk SS Industri Kos MeningkatHuraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
(b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati
untung normal apabila
MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.
(c) Andaikan
permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati
untung lebih normal apabila
AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati
untung lebih normal telah
menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan
penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P2 dan keluaran Q2.
(f) Kemasukan firma baru telah
meningkatkan kos pengeluaran, maka AC beralih ke
atas menjadi AC1, begitu juga dengan MC beralih ke
atas menjadi MC1.
(g) Pada tingkat harga P2, firma dapat
untung normal sahaja apabila
MC1 = MR2 = AR2 = AC1 pada titik E2 dengan keluaran Q2.
Keluk SS berbentuk Cerun MendatarKeluk SS Industri Kos MalarHuraian :
(a) Keseimbangan industri tercapai apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS iaitu pada titik E, dengan harga P dan kuantiti Q.
b) Firma sebagai penerima harga telah menerima tingkat harga industri, ketika ini firma sedang menikmati
untung normal apabila
MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.
(c) Andaikan
permintaan industri bertambah, keluk DD akan beralih ke kanan iaitu pada D1D1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk SS pada titik E1, dengan harga P1 dan keluaran Q1.
(d) Kesan peralihan keluk DD industri telah menyebabkan firma dapat menikmati
untung lebih normal apabila
AR lebih besar daripada AC.
(e) Keadaan firma dalam industri yang sedang menikmati
untung lebih normal telah
menarik kemasukan firma-firma baru ke dalam industri, keadaan ini menyebabkan
penawaran industri bertambah, keluk SS beralih ke kanan iaitu pada S1S1, maka keseimbangan baru keluk SS industri tercapai apabila keluk D1D1 bersilang dengan keluk S1S1 pada titik E2, dengan harga P dan keluaran Q2.
(f) Oleh sebab tingkat harga keseimbangan
jatuh semula kepada P, maka firma menikmati
untung normal sahaja apabila
MC = MR = AR = AC pada titik E dengan keluaran Q.
p/s : konsep yang serupa, cuma alami perubahan turun, naik dan malar.