TESTING

Jumaat, 19 Oktober 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah lama penulis tidak update blog Ekonomi STPM ini disebabkan sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar kampus di Universiti Utara Malaysia.. Untuk pengetahuan pembaca, penulis kini sudah pun menjadi pelajar tahun ke-2 dalam jurusan Ekonomi.. Penulis ada baki 1 tahun lagi sebelum bergraduat sebagai pelajar Universiti Utara Malaysia.

Nak kata sibuk sahaja sampai tidak update blog Ekonomi STPM ini bukahlah alasan utama.. Alasan utamanya adalah silibus Ekonomi peringkat Universiti yang sama hanyalah subjek Prinsip Ekonomi (paper tahap 1000) sahaja.. Dan subjek Mikroekonomi dan Makroekonomi (paper tahap 2000) peringkat Universiti yang sama dengan peringkat STPM cuma 30% (pendapat penulis) dan selebihnya lebih advance sehingga mengaplikasikan kaedah Add Math dalam kedua-dua subjek ini.

Oleh itu, penulis memohon maaf kerana tidak dapat update blog Ekonomi STPM ini dan juga memberi tips untuk pembaca mudah faham akan subjek Ekonomi STPM ini oleh disebabkan berlaku pergeseran pemahaman penulis terhadap silibus peringkat STPM dan silibus peringkat Universiti.. Pada pengetahuan penulis sistem STPM sudah berubah kepada sistem Semester bermula tahun ini bukan?.. diharapkan silibus Ekonomi STPM masih sama seperti sebelumnya.. Sekian Terima Kasih.



p/s : Kepada pembaca yang kini sedang belajar di Universiti Utara Malaysia.. kalau nampak penulis di sekitar Kolej Perniagaan (COB) khususnya di Bangunan Ekonomi (SFEB) tegur-tegurlah ya.. Hehehe