TESTING

Sabtu, 27 Februari 2010

Penutupan Firma


Dalam jangka pendek
:
- TC terdiri daripada VC dan FC.
- FC perlu ditanggung walaupun Q = 0.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Dalam jangka panjang
:
- TC hanya ada VC sahaja.
- FC telah berubah menjadi VC. Cth, pertambahan kilang.
- TR hendaklah sekurang-kurangnya menyamai VC untuk teruskan operasi.
- jika TR lebih kecil daripada VC, firma perlu tutup operasinya.

Huraian situasi melalui keluk :

Keadaan apabila AR sama dengan AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OPEQ dan FC sebanyak PRXE (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR sama dengan AVC, firma dapat menanggung VC. Dengan ini, firma hanya mengalami kerugian sebanyak PRXE (FC) sahaja. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih kecil daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = AVC + AFC). Oleh sebab AR lebih kecil daripada AVC, firma tidak mampu menampung keseluruhan VC. Dengan ini, firma mengalami kerugian sebanyak PRXE (baki VC (PP1YE) + FC). Maka, firma tidak boleh meneruskan operasinya.


Keadaan apabila AR lebih besar daripada AVC

Huraian : Firma mencapai E apabila MC = MR, iaitu pada harga P, dan kuantiti Q. Pada keluaran Q, TC firma adalah sebanyak ORXQ iaitu terdiri daripada VC sebanyak OP1YQ dan FC sebanyak P1RXY (AC = VC + FC). Oleh sebab AR lebih besar daripada AVC, firma dapat menanggung VC, dan ada baki TR sebanyak P1PEY. Dengan ini, firma dapat mengurangkan kerugian FC sebanyak P1PEY. Maka, firma masih boleh meneruskan operasinya.


p/s : terdapat banyak faktor lain kenapa firma tetap meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian yang banyak.

Rabu, 24 Februari 2010

Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal dan Kurang Normal


Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal


Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Lebih Normal

Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung lebih normal, iaitu untung sebanyak PUXE (lorekan kelabu). PPS yang dalam keadaan untung lebih normal akan menarik minat firma lain untuk masuk ke dalam pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kanan, dari SS kepada S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran menurun dari P kepada P1, dan kuantiti bertambah dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima harga akan menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pertambahan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat untung normal (pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.


Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Kurang Normal

Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Kurang Normal

Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung kurang normal, iaitu kerugian sebanyak PRXE (lorekan kelabu). PPS yang dalam keadaan untung kurang normal akan menyebabkan firma seadanya keluar dari pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kiri, dari SS kepada S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran meningkat dari P kepada P1, dan kuantiti berkurang dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima harga akan menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pengurangan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat untung normal (pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.


p/s : lakar keluk, keluk akan menceritakannya.

Keseimbangan Firma Dalam Jangka Panjang


- semua input adalah input berubah.
- firma-firma dalam pasaran boleh keluar masuk secara bebas.
- hanya 1 jenis untung sahaja yang wujud iaitu untung normal (pulang modal).

pada MC = MR, keluk AC = AR

Keluk Untung Normal


p/s : simple je.

Jenis Inflasi


(a) Inflasi Tarikan Permintaan
- proses kenaikan harga umum akibat kenaikan AD.
- berpunca daripada pertambahan dalam bekalan wang, pertambahan G, ↑ I, dan ↓ kadar T.
- punca-punca tersebut akan ↑ AD sehingga wujud lebihan AD pada tingkat guna tenaga penuh.

Keluk Inflasi Tarikan Permintaan

Huraian : keseimbangan ekonomi berada pada tingkat harga umum P, dan Yn ialah Y. Terdapat banyak faktor pengeluaran yang belum digunakan, maka permintaan agregat dapat ditambahkan dari AD kepada AD1, tanpa menaikkan tingkat harga umum P. Apabila tingkat Yn bertambah dari Y kepada Y1, menunjukkan bahawa ekonomi hampir mencapai tingkat guna tenaga penuh. Hanya tinggal sedikit faktor pengeluaran sahaja yang dapat digunakan untuk menambahkan AS daripada Y1 kepada Y2 bagi memenuhi permintaan agregat dari AD1 kepada AD2. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik daripada P kepada P1. Apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh pada Y2, ini menunjukkan bahawa ekonomi telah mengguna seluruh faktor pengeluaran sepenuhnya. Kesannya, tingkat harga umum terus meningkat daripada P1 kepada P2, dan tarikan permintaan berlaku.


(b) Inflasi Tolakan Kos
- proses kenaikan harga umum akibat ↑ kos pengeluaran.
- berpunca daripada ↑ untung firma, ↑ upah buruh, dan ↑ kos faktor pengeluaran lain.
- punca-punca tersebut akan ↓ AS sehingga ↑ tingkat harga umum.

Keluk Inflasi Tolakan Kos

Huraian : apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh pada Y, kuasa menuntut upah oleh kesatuan sekerja adalah sangat kuat. Keadaan ini akan menambahkan kos pengeluaran firma. Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran untuk meninggikan harga bagi menampung beban pertambahan kos, pada masa yang sama firma telah memindahkan beban kenaikan kos kepada pihak pengguna. Jika banyak keluaran dalam pasaran mengalami kenaikan kos, AS akan berkurangan (keluk AS beralih ke kiri) dan tingkat harga umum akan naik. Kesannya, inflasi tolakan kos terjadi.


(c) Inflasi Diimport
- keadaan berpunca daripada ↑ harga barang-barang diimport.
- ↑ mata wang asing menyebabkan pertukaran wang tempatan bertambah.
- apabila sesebuah negara mengimport barang dari negara asing yang sedang mengalami inflasi, maka barang yang diimport tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang import mengalami ↑ harga, inflasi diimport berlaku di negara.


p/s : Inflasi => Kos Taraf Hidup Rakyat Meningkat.

Selasa, 23 Februari 2010

Inflasi


Inflasi : ↑ tingkat harga umum secara berterusan.
- banyak duit, tapi barang sikit => RM10 boleh dapat 6 barang, tetapi semasa keadaan inflasi, RM10 hanya boleh dapat 2 barang sahaja.

Formulae :

Kadar Inflasi = (IH1 - IH0/IH0) x 100%

IH1 = indeks harga pengguna tahun baru.
IH0 - Indeks harga pengguna tahun lama.


Darjah inflasi dialami oleh negara menentukan sama ada inflasi akan menggalakkan perkembangan ekonomi atau sebaliknya :

(a) Inflasi Sederhana
- berlaku semasa kadar tingkat harga umum diantara 2% - 3%.
- pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan.
- peluang pekerjaan bertambah.

(b) Inflasi Merayap
- berlaku semasa kadar tingkat harga umum diantara 4% - 5%.
- isi rumah hadapi bebanan ↑ kos hidup.
- firma hadapi beban ↑ kos pengeluaran.

(c) Inflasi Melampau
- berlaku semasa kadar tingkat harga umum ↑ sangat tinggi.
- isi rumah hadapi masalah menanggung kos hidup.
- firma kecil-kecilan akan muflis.


Inflasi Tertekan = dapat dikawal oleh G
Inflasi Terbuka = gagal dikawal oleh G

Slumpflasi = inflasi berlaku semasa deflasi (kemelesetan), iaitu tingkat harga umum secara berterusan diiringi kadar pengangguran yang membimbangkan.


p/s : teori.. teori.. teori..

Pengangguran


Tenaga Buruh : jumlah penduduk dalam negara.
Guna Tenaga : penduduk yang sedang berkerja.
Penganggur : penduduk yang sedang mencari perkerjaan.

Formulae :

Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna Tenaga
Kadar Penganggur = (Jumlah Penganggur/Jumlah Tenaga Buruh) x 100%

Jenis-jenis Pengangguran :

(a) Pengangguran Kitaran
- apabila Ms ↓, C ↓, AE ↓, nilai M ↓, maka berlaku deflasi.
- akibat ↓ AE, maka pengeluaran firma juga ↓, kemudian Labour (L) akan ↓.
- pengangguran jangka panjang.

(b) Pengangguran Struktur
- sebuah negara mengalami ∆ struktur ekonomi.
cth : ∆ dalam sektor utama, kehausan perlombongan bijih timah.
- L akan menganggur kerana tiada kelayakan untuk berkerja dengan sektor lain.
- pengangguran jangka panjang.

(c) Pengangguran Teknologi
- firma mengguna teknologi/mesin baru yang dapat ↑ produktiviti, maka firma akan ↓ L, untuk ↓ kos pengeluaran.

(d) Pengangguran Geseran
- pelajar sekolah yang sedang mencari perkerjaan.
- pekerja yang berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih lumayan.
- pekerja kontrak.
- pengangguran bersifat sementara.

(e) Pengangguran Bermusim
- pesawah padi yang menunggu musim menanam semula setelah musim menuai.
- penoreh getah yang tidak dapat menoreh kerana musim hujan.
- nelayan yang tidak dapat ke laut semasa musim tengkujuh.


p/s : hafal 5 sudah la.. :D

Isnin, 22 Februari 2010

Keseimbangan Firma Dalam Jangka Pendek


E : MR = MC

wujud 3 jenis untung iaitu :


(a) Untung Normal (pulang modal)

pada MC = MR, keluk AC = AR

Keluk Untung Normal


(b) Untung Lebih Normal (untung)

pada MC = MR, keluk AC < AR

Keluk Untung Lebih Normal


(c) Untung Kurang Normal (rugi)

pada MC = MR, keluk AC > AR

Keluk Untung Kurang Normal


p/s : keluk MR mesti bersilang pada keluk AC minimum.