TESTING

Selasa, 22 Jun 2010

Alat Dasar Fiskal


merujuk kepada perubahan G dan T

Mengatasi Inflasi
- ↓ G
- ↑ T

Mengatasi Deflasi
- ↑ G
- ↓ T


Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan Keynesian

Mengurangkan Perbelanjaan Kerajaan (↓ G)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan mengurangkan G untuk menutup lompang inflasi. Inflasi berlaku apabila AE lebih besar daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan mengurangkan G, keluk suntikan I+G akan beralih kepada keluk I+G-ΔG dan menyebabkan tingkat pendapatan negara berkurang dari Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang inflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah kenaikan tingkat harga umum dapat diatasi.

Menambah Cukai (↑ T)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan menambahkan T untuk menutup lompang inflasi. Inflasi berlaku apabila AE lebih besar daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan menambahkan T, keluk bocoran S+T akan beralih kepada S+T+ΔT dan menyebabkan tingkat pendapatan berkurang daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang inflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah kenaikan tingkat harga umum dapat diatasi.

Menambah Perbelanjaan Kerajaan (↑ G)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan menambahkan G untuk menutup lompang deflasi. Deflasi berlaku apabila AE lebih kecil daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan menambahkan G, keluk suntikan I+G akan beralih kepada I+G+ΔG dan menyebabkan tingkat pendapatan bertambah daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang deflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah pengangguran dapat diatasi.

Mengurangkan Cukai (↓ T)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan mengurangkan T untuk menutup lompang deflasi. Deflasi berlaku apabila AE lebih kecil daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan mengurangkan T, keluk bocoran S+T akan beralih kepada S+T-ΔT dan menyebabkan tingkat pendapatan bertambah daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang deflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah pengangguran dapat diatasi.


p/s : soalan berkenaan keynesian popular.

Isnin, 21 Jun 2010

Kesatuan Sekerja



merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan oleh pekerja untuk mewakili pekerja dalam sebarang rundingan.


Matlamat Kesatuan Sekerja

(1) Menjaga Kebajikan Para Pekerja
- dapatkan tingkat upah yang selaras dengan tingkat harga umum.
- dapatkan suasana bekerja yang kondusif.
- melindungi para pekerja daripada dieksploitasi oleh majikan.

(2) Mencapai Tujuan Ekonomi Umum
- kesatuan sekerja, pihak majikan dan pihak kerajaan bersama-sama berunding bagi mencapai matlamat ekonomi seperti tingkat guna tenaga penuh, mengurangkan pengangguran, mengatasi masalah inflasi dan deflasi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menstabilkan ekonomi.

(3) Tujuan Politik
- penglibatan pihak pekerja dalam membincangkan penentuan dasar atau polisi industri.


Cara-cara Kesatuan Sekerja Menuntut Tingkat Upah

(1) Menaikkan Daya Pengeluaran Sut Buruh
- tingkat upah mempunyai hubungan positif dengan tingkat daya pengeluaran.
- apabila daya pengeluaran bertambah, maka tingkat upah turut bertambah.

Peningkatan Daya Pengeluaran Sut

Huraian : Keseimbangan asal ialah pada E1, dengan tingkat upah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila keluk MRP1 beralih ke MRP2, keseimbangan baru tercapai pada E2, dengan tingkat upah bertambah kepada W2 dan tingkat buruh bertambah kepada L2 orang.

(2) Mengehadkan Penawaran Buruh
- dengan mengenakan syarat-syarat keahlian yang ketat, kuota keahlian, mengehadkan peluang untuk menjalankan latihan dan sebagainya.

Mengehadkan Penawaran Buruh

Huraian : Keseimbangan asal ialah pada E1, dengan tingkat upah ialah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila keluk SL1 beralih ke SL2, keseimbangan baru tercapai pada E2, dengan tingkat upah bertambah kepada W2 dan tingkat buruh berkurang kepada L2 orang. Wujud pengangguran sebanyak L1-L2 orang.

(3) Memaksa Majikan Membayar Upah Yang Lebih Tinggi Daripada Upah Pasaran
- melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran.
- boleh tuntut upah minimum.

Tingkat Upah Minimum

Huraian : Keseimbangan asal pada E1, dengan tingkat upah ialah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila kesatuan sekerja menuntut upah minimum pada tingkat upah W2, bilangan buruh yang digunakan ialah pada tingkat buruh L2 orang, tetapi bilangan buruh yang ditawarkan ialah pada tingkat buruh L3 orang, ini menyebabkan wujud lebihan buruh yang ditawarkan sebanyak L3-L2 orang.

(4) Perundingan Kolektif
- rundingan secara beramai-ramai atau proses tawar-menawar antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan untuk menentukan tingkat upah.
- dalam proses tawar-menawar terdapat 2 tingkat upah iaitu upah minimum dan upah maksimum. Kesatuan sekerja menyatakan upah maksimum manakala pihak majikan menyatakan upah minimum.
- kesatuan sekerja cuba tuntut tingkat upah yang paling tinggi, manakala pihak majikan cuba mengenakan tingkat upah yang paling minimum.
- tingkat upah yang dipersetujui bergantung kepada kekuatan tawar-menawar. jika tidak mencapai persetujuan maka wujud mogok, barisan berpiket, pemulauan dan melambatkan kerja oleh pihak pekerja.


Penyelesaian Pertelingkahan

(1) Pendamaian
- tindakan antara kesatuan sekerja dan pihak majikan membincang masalah-masalah yang timbul tanpa bantuan daripada pihak luar.
- kedua-dua pihak harus bersifat terbuka.

(2) Timbang Tara
- dilakukan selepas tiada kata sepakat semasa pendamaian.
- terdapat 2 jenis timbang tara iaitu timbah tara sukarela dan timbang tara palsu/wajib.

(3) Mahkamah Perindustrian
- jika masalah diantara kesatuan sekerja dan pihak majikan merugikan masyarakat dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara, maka pihak kementerian sumber manusia akan memaksa mereka menyerahkan masalah mereka kepada Mahkamah Perindustrian.
- sebarang keputusan daripada Mahkamah Perindustrian adalah muktamad.


Keadaan Yang Mempengaruhi Kejayaan dan Kegagalan Kesatuan Sekerja Dalam Menuntut Upah Yang Lebih Tinggi

(1) Bahagian Upah Dalam Jumlah Kos Pengeluaran
- bergantung kepada jumlah kos pengeluaran.
- jika kos upah adalah kecil dalam jumlah kos pengeluaran maka tingkat upah boleh dinaikkan. dan sebaliknya.

(2) Keanjalan Permintaan Keluaran Yang Dihasilkan
- jika permintaan keluaran adalah tidak anjal, maka kesatuan sekerja berjaya menuntut kenaikan upah kerana firma boleh memindahkan kenaikan kos disebabkan kenaikan tingkat upah tadi dengan menaikkan harga keluaran. dengan naiknya tingkat harga keluaran dapat meningkatkan jumlah hasil firma. dan sebaliknya.

(3) Bilangan Pekerja Yang Menganggotai Kesatuan Sekerja
- kekuatan kesatuan sekerja bergantung kepada bilangan ahlinya.
- jika kesatuan sekerja mempunyai bilangan ahli yang ramai, maka kuasa tawar-menawar adalah kuat. dan sebaliknya.

(4) Keadaan Guna Tenaga Dalam Ekonomi
- jika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran rendah, maka kesatuan sekerja mempunyai kuasa tawar-menawar adalah kuat. dan sebaliknya.

(5) Kekuatan Kewangan Kesatuan Sekerja
- tindakan mogok akan lebih lama jika kesatuan sekerja mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kerana para pekerja diberi elaun. dan sebaliknya.


p/s : alhamdulillah.. 5 bulan terakhir ini menjadi medan pertarungan!.

Khamis, 13 Mei 2010

Perbezaan Upah


mengikut teori, kadar upah dibayar mengikut daya pengeluaran sut buruh, tapi hanya berlaku dalam PPS sahaja. Dalam keadaan sebenar, pasaran buruh adalah pasaran tidak sempurna dimana buruh bukan faktor homogen tetapi masing-masing mempunyai kemahiran, kecekapan, taraf pendidikan yang berbeza.

Perbezaan Upah antara Individu

(a) Perbezaan Dalam Kecekapan dan Kemahiran
- setiap individu mempunyai kebolehan mental yang berbeza, ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kecekapan yang homogen.
- cth : pandai, cekap, bertanggungjawab dan mahir dalam sesuatu bidang seperti peguam, guru dan lain-lain yang akan menerima upah yang lebih tinggi kerana mempunyai permintaan yang tinggi berbanding dengan penawarannya.

(b) Perbezaan Dalam Kebolehan Fizikal dan Risiko
- individu yang kuat dan sanggup bekerja berat dan berbahaya akan menerima upah yang lebih tinggi berbanding individu yang lemah.

(c) Kos Latihan dan Taraf Pendidikan
- individu yang mempunyai latihan kemahiran dan pelajaran yang tinggi akan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi seterusnya memperoleh upah yang tinggi.
- cth : doktor pakar yang menerima upah lebih tinggi kerana kos latihan yang mahal.

(d) Faedah Bukan Wang
- buruh yang mendapat upah yang rendah tetapi mempunyai faedah bukan wang seperti jaminan perkeso, asrama di tempat kerja dan lain-lain.
- cth : tentera yang mendapat banyak faedah daripada kerajaan diantaranya mereka boleh mendapat rawatan percuma daripada hospital kerajaan.

(e) Perbezaan Dari Segi Tanggungjawab
- jawatan yang berbeza punyai tanggungjawab yang tidak sama, ini menyebabkan bayaran upah juga berbeza.
- cth : upah seorang pengurus syarikat lebih besar daripada upah seorang penyelia kerana pengurus syarikat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menguruskan syarikat.

(f) Perbezaan Pengalaman
- menjawat jawatan yang sama dan taraf pendidikan sama tidak semestinya mendapat upah yang sama kerana mempunyai pengalaman yang tidak sama.
- pekerja yang lebih berpengalaman akan diberikan upah yang lebih tinggi daripada pekerja yang kurang berpengalaman.

(g) Perbezaan Dalam Mobiliti Buruh
- buruh yang mempunyai mobiliti yang kurang akan mendapat upah yang lebih rendah daripada buruh yang mempunyai mobiliti yang tinggi.

(h) Perasaan Prejudis/Prasangka
- perbezaan jantina contohnya perempuan akan mendapat upah yang lebih rendah daripada lelaki kerana pengusaha prejudis terhadap perempuan yang dikatakan mempunyai daya pengeluaran sut lebih rendah daripada lelaki.

p/s : teori-teori-teori.

Rabu, 12 Mei 2010

Penerbitan Keluk DD Buruh

Penerbitan Keluk DD Buruh

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila MCL1=MRP di titik E1 dengan tingkat upah W1 dan kuantiti buruh diminta L1 orang. Ini ditunjukkan pada titik A. Apabila tingkat upah meningkat kepada W2, keseimbangan baru firma tercapai apabila MCL2=MRP di titik E2 dengan tingkat upah W2 dan kuantiti buruh diminta L2 orang. Ini ditunjukkan pada titik B. Apabila tingkat upah menurun kepada W3, keseimbangan baru firma tercapai apabila MCL3=MRP di titik E3 dengan tingkat upah W3 dan kuantiti buruh diminta L3 orang. Ini ditunjukkan pada titik C.

apabila titik A,B dan C disambungkan, maka terbentuk keluk DD buruh yang cerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk ini juga mewakili MRP kerana mempunyai hubungan dengan MPP iaitu MRP = MPP x P. Dalam PPS, harga barang adalah anjal sempurna. Oleh sebab MPP tertakluk kepada hukum pulangan berkurangan, maka secara tidak langsung MRP juga dipengaruhi olehnya.


p/s : keluk MRP yang berada di bawah keluk ARP dikenali keluk DD juga.

Penentuan Penggunaan Buruh oleh Firma dan Keluk DD

E Pasaran Buruh

Huraian : keseimbangan firma tercapai apabila MCL1=MRP di titik E1 dengan tingkat upah W1 dan kuantiti buruh L1 orang. Jika tingkat upah meningkat dari W1 kepada W2, firma mencapai keseimbangan baru apabila MCL2=MRP di titik E2 dengan tingkat upah W2 dan kuantiti buruh L2 orang. Sebaliknya, jika tingkat upah menurun dari W1 kepada W3, firma mencapai keseimbangan baru apabila MCL3=MRP di titik E3 dengan tingkat upah W3 dan kuantiti buruh L3 orang.

Kesimpulan : pada tingkat upah yang tinggi, kuantiti buruh yang diminta oleh firma semakin berkurang. Sebaliknya jika tingkat upah yang rendah, kuantiti buruh yang diminta oleh firma semakin bertambah.


p/s : keluk permintaan bersifat songsang.

Isnin, 10 Mei 2010

Penentuan Tingkat Upah Dalam PPS


- dalam PPS terdapat bilangan buruh dan firma yang banyak.
- masing-masing adalah bersifat penerima pasaran yang telah ditetapkan.
- keluk SS pasaran buruh diperoleh daripada campuran secara mendatar semua keluk SS buruh individu pada pelbagai tingkat upah dan berbentuk cerun ke atas dari kiri ke kanan yang bersifat positif.
- keluk DD pasaran buruh diperoleh daripada campuran secara mendatar semua keluk DD buruh individu (MRP) pada pelbagai tingkat upah dan berbentuk cerun ke bawah dari kiri ke kanan yang bersifat songsang.

Penentuan Tingkat Upah Dalam PPS

Huraian :

(a) keseimbangan tingkat upah pasaran tercapai apabila keluk permintaan buruh (DL) bersilang dengan keluk penawaran buruh (SL) di titik E1 dengan tingkat upah ialah W1 dan kuantiti buruh B1. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL1 (kos sut buruh) =ACL1 (kos purata buruh) yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W1.

(b) kenaikan daya pengeluaran sut menyebabkan keluk DL beralih dari DL1 kepada DL2, keseimbangan tingkat upah pasaran baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah ialah W2 dan kuantiti buruh B2. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL2=ACL2 yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W2.

(c) andaikan daya pengeluaran sut merosot menyebabkan keluk DL beralih dari DL1 kepada DL3, keseimbangan tingkat upah pasaran baru tercapai di titik E3 dengan tingkat upah ialah W2 dan kuantiti buruh B3. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL3=ACL3 yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W3.

(d) keseimpulannya, firma dalam PPS akan menerima tingkat upah yang telah ditetapkan oleh pasaran. Ini ditunjukkan oleh keluk penawaran buruh atau keluk kos sut buruh (MCL) dan keluk kos purata buruh (ACL) yang berbentuk anjal sempurna iaitu MCL=ACL=W.


p/s : konsep keluk serupa dengan tajuk permintaan firma dan hasil dalam bab 7.

Penawaran Buruh


SS Buruh Individu

- buruh ditawarkan oleh individu dan bukannya firma.
- SS buruh individu merujuk kepada jumlah jam yang sanggup ditawarkan oleh seorang buruh untuk berkerja untuk memaksimumkan kepuasannya.
- upah adalan faktor penting dalam menentukan jumlah jam untuk seseorang buruh itu sanggup berkerja.

Keluk SS Buruh

Huraian : tingkat upah asal ialah pada W dengan buruh menawarkan L jam untuk bekerja. Jika firma meningkatkan upah dari W kepada W1, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah bertambah dari L kepada L1. Sebaliknya, jika firma menurunkan upah dari W kepada W2, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah berkurang dari L kepada L2.

- walaubagaimanapun, jika tingkat upah terus meningkat, keluk SS buruh berbentuk melengkok ke belakang mungkin akan terbentuk dan menyebabkan kejatuhan dalam jumlah jam kerja yang sanggup ditawarkan oleh buruh.

Keluk SS Buruh Melengkok ke Belakang

Huraian : tingkat upah asal ialah pada W dengan buruh menawarkan L jam untuk bekerja. jika firma meningkatkan upah dari W kepada W1, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah merosot dari L kepada L1. Kejadian ini dipanggil hukum SS berkecuali.


p/s : keluk melengkuk disebabkan hukum utiliti sut berkurangan.