TESTING

Rabu, 30 Jun 2010

Kadar Pertukaran Asing



- harga mata wang asing dalam sebutan nilai mata wang tempatan.
- cth : US$ 1 = RM 3.50, memerlukan 3 unit wang kertas 1 ringgit dan 1 unit syiling 50 sen untuk mendapatkan 1 unit wang kertas US$ 1.


Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah

- kadar pertukaran asing ditentukan oleh DD dan SS mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.

Permintaan Mata Wang Asing
- pengimport malaysia meminta wang dolar untuk membayar pengeksport amerika.
- pelabur malaysia meminta wang dolar untuk melabur di amerika.
- penduduk malaysia meminta wang dolar untuk melancong atau belajar di amerika.

Penawaran Mata Wang Asing
- pengimport amerika meminta wang ringgit untuk membayar pengeksport malaysia.
- pelabur amerika meminta wang ringgit untuk melabur di malaysia.
- penduduk amerika meminta wang ringgit untuk melancong atau belajar di malaysia.

Keluk Permintaan Mata Wang Asing
- apabila lebih sedikit ringgit diperlukan untuk dapatkan US$, maka harga import dari amerika akan menjadi lebih murah dan seterusnya permintaan import dari amerika akan bertambah. Kesannya, permintaan terhadap US$ bertambah. Begitu juga sebaliknya.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, penurunan RM3.50 kepada RM3.00 menunjukkan bahawa nilai mata wang RM meningkat, ini menyebabkan permintaan mata wang US$ bertambah dari Q1 kepada Q2. Ini juga menyebabkan harga barang eksport amerika menurun seterusnya kuantiti barang yang diimport oleh malaysia bertambah. Oleh itu, urus niaga diantara malaysia dan amerika bertambah.

Keluk Penawaran Mata Wang Asing
- apabila lebih sedikit ringgit diperlukan untuk dapatkan US$, maka harga eksport malaysia ke amerika akan menjadi lebih mahal dan seterusnya penawaran eksport malaysia ke amerika akan berkurang. Kesannya, penawaran terhadap US$ berkurang. Begitu juga sebaliknya.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, penurunan RM3.50 kepada RM3.00 menunjukkan bahawa nilai mata wang RM meningkat, ini menyebabkan penawaran mata wang US$ berkurang dari Q2 kepada Q1. Ini juga menyebabkan harga barang eksport malaysia ke amerika meningkat seterusnya kuantiti barang yang diimport oleh amerika berkurang. Oleh itu, urus niaga diantara malaysia dan amerika berkurang.

Penentuan Kadar Pertukaran Asing
- kadar pertukaran asing ditentukan apabila permintaan mata wang asing sama dengan penawaran mata wang asing di pasaran pertukaran asing.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, titik keseimbangan E menentukan kadar pertukaran antara US$ dan ringgit sebagai US$ 1 = RM3.50 apabila permintaan US$ sama dengan penawaran US$ sebanyak Q0. Jika nilai US$ ditentukan pada US$ 1 = RM4.00, ini bermakna nilai mata wang ringgit telah menurun dan nilai mata wang US$ meningkat. Kesannya, permintaan US$ akan berkurang dari Q0 kepada Q1, sebaliknya penawaran US$ yang akan bertambah dari Q0 kepada Q2. Keadaan ini menyebabkan wujud lebihan penawaran sebanyak Q2-Q1. Mekanisme pasaran akan mendesak harga US$ turun dari US$ 1 = RM4.00 kepada US$ 1 = RM3.50 di titik keseimbangan.

Jika nilai US$ ditentukan pada US$ 1 = RM3.00, ini bermakna nilai mata wang ringgit telah meningkat dan nilai mata wang US$ menurun. Kesannya, permintaan US$ akan bertambah dari Q0 kepada Q2, sebaliknya penawaran US$ yang akan berkurang dari Q0 kepada Q1. Keadaan ini menyebabkan wujud lebihan permintaan sebanyak Q2-Q1. Mekanisme pasaran akan mendesak harga US$ naik dari US$ 1 = RM3.00 kepada US$ 1 = RM3.50 di titik keseimbangan.

Peralihan Keluk Permintaan Ringgit Malaysia
- keluk DD akan beralih ke kiri jika :
(a) firma-firma asing mengurangkan pelaburan di malaysia.
(b) pengimport negara asing mengurangkan import dari malaysia.
(c) pelancong asing kurang melancong ke malaysia.
(d) pelajar asing kurang mendapatkan pendidikan di malaysia.
- keluk DD akan beralih ke kanan jika :
(a) firma-firma asing menambahkan pelaburan di malaysia.
(b) pengimport negara asing menambahkan import dari malaysia.
(c) pelancong asing bertambah melancong ke malaysia.
(d) pelajar asing bertambah mendapatkan pendidikan di malaysia.

Peralihan Keluk Penawaran Ringgit Malaysia
- keluk SS akan beralih ke kiri jika :
(a) pengimport malaysia mengurangkan import dari luar negara.
(b) pelabur malaysia mengurangkan pelaburan asing ke luar negara.
(c) pelancong tempatan kurang melancong ke luar negara.
(d) pelajar tempatan kurang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
- keluk SS akan beralih ke kanan jika :
(a) pengimport malaysia menambahkan import dari luar negara.
(b) pelabur malaysia menambahkan pelaburan asing ke luar negara.
(c) pelancong tempatan bertambah melancong ke luar negara.
(d) pelajar tempatan bertambah melanjutkan pelajaran ke luar negara.


p/s : basic perubahan kadar pertukaran mata wang.

Selasa, 29 Jun 2010

Sekatan Perdagangan Bebas


perdagangan antarabangsa kekadang tidak mewujudkan keuntungan disebabkan defisit dalam imbangan pembayaran dan inflasi yang diimport berlaku, apabila wujud sekatan terhadap eksport dan import, maka jenis perdagangan yang dilakukan adalah perdagangan antarabangsa terkawal.


Sebab-sebab Sekatan

(a) Melindungi Industri Penting
- seperti industri beras dan senjata perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu darurat atau peperangan.
- kerajaan akan mengenakan sekatan import.

(b) Melindungi Industri Muda
- iaitu industri yang baru ditubuhkan seperti industri kereta produa.
- industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan.
- industri muda belum setanding dalam pasaran, oleh itu kerajaan akan menyekat barang import supaya industri muda dapat berkembang dan bertanding dengan industri asing.

(c) Mempelbagaikan Ekonomi Negara
- untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, kerajaan akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
- usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
- kerajaan akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
- kerajaan juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

(d) Meningkatkan Guna Tenaga
- industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran, oleh itu kerajaan akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

(e) Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
- hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
- untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, kerajaan akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.

(f) Menambah Pendapatan Kerajaan
- sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada kerajaan.
- tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.


Jenis Sekatan

alat sekatan perdagangan untuk mengawal eksport dan import negara.

(a) Tarif
- adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
- tarif dikenakan dalam 2 bentuk iaitu tarif ad-valorem dan tarif spesifik.
- tarif ad-valorem ialah cukai import dihitung berdasarkan harga barang import.
- tarif spesifik ialah cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
- tarif dapat menaikkan harga barang import dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import, akhirnya menambahkan permintaan terhadap barang tempatan.
- tarif juga dapat memperbaiki imbangan perdagangan serta menambahkan pendapatan kerajaan.

(b) Kuota Import
- adalah had kuantiti maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan yang diimport untuk satu tempoh tertentu.
- dapat mengurang dan mengehadkan jumlah kuantiti import.
- berkesan untuk mengurangkan persaingan dalam pasaran tempatan.
- tidak dapat menambahkan pendapatan negara.

(c) Kawalan Pertukaran Asing
- adalah kawalan bank pusat terhadap jumlah mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.
- bank pusat akan mengurangkan jumlah mata wang tempatan yang boleh dibawa ke luar negara agar jumlah perbelanjaan mereka di luar negara akan dikurangkan.
- dapat mengurangkan permintaan terhadap barang import.

(d) Subsidi Eksport
- bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar tempatan yang berorentasikan eksport.
- dapat mengurangkan kos pengeluar.

(e) Embargo
- dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import negara tertentu.
- kerajaan akan mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menyekat kemasukan barang import tersebut ke dalam negara.
- selalunya bukan semata-mata untuk menyekat barang import dari negara tersebut, malah sebagai satu sekatan ekonomi terhadap negara musuh.

(f) Piawai Kesihatan dan Keselamatan
- sekiranya barang import tidak mematuhi piawai kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan, maka barang tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.


p/s : maka tamatlah bab 7.

Isnin, 28 Jun 2010

Kadar Syarat Perdagangan


salah satu cara untuk menetukan pengagihan laba perdagangan antarabangsa ialah merujuk kepada perubahan kadar syarat perdagangan antara negara-negara terlibat.

KSP = (Px/Pm) x 100

KSP = kadar syarat perdagangan
Px = indeks harga eksport
Pm = indeks harga import

jika KSP bagi tahun semasa melebihi 100, ini bermakna KSP telah bertambah baik dan lebih menguntungkan, KSP > 100 menunjukkan Px > Pm.

KSP bertambah baik sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut.
- kejatuhan harga import.
- kenaikan harga eksport.
- nilai mata wang tempatan menjadi relatif lebih tinggi.


jika KSP bagi tahun semasa kurang daripada 100, ini bermakna KSP telah bertambah buruk dan kurang menguntungkan, KSP < 100 menunjukkan Px < Pm.

KSP bertambah buruk sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut.
- kenaikan harga import.
- kejatuhan harga eksport.
- nilai mata wang tempatan menjadi relatif lebih rendah.


p/s : KSP ini adalah untuk melihat tingkat pencapaian urus niaga perdagangan antarabangsa.

Ahad, 27 Jun 2010

Pengkhususan dan Laba Perdagangan Antarabangsa


andaian-andaian menentukan pengkhususan dan laba daripada perdagangan antarabangsa :
- terdapat 2 buah negara sahaja yang mengeluarkan 2 jenis keluaran.
- kedua-dua buah negara mengguna 2 orang buruh sama cekap.
- mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna.
- ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.
- kos pengangkutan adalah sifar.
- sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan bebas.


Akibat Faedah Mutlak (kaedah jadual)

Jadual Pengeluaran Sebelum Pengkhususan

- berdasarkan jadual diatas, negara X mengeluarkan kain lebih banyak daripada negara Y, oleh itu negara X menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran kain. Manakala negara Y mengeluarkan basikal lebih banyak daripada negara X, oleh itu negara Y menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran basikal.
- negara X harus mengkhusus dalam pengeluaran kain manakala negara Y harus mengkhusus dalam pengeluaran basikal.

Jadual Pengeluaran Selepas Pengkhususan

- berdasarkan jadual diatas, disebabkan terdapat mobiliti faktor-faktor pengeluaran, maka buruh di negara X boleh berpindah ke pengeluaran kain manakala buruh di negara Y boleh berpindah ke pengeluaran basikal.
- dengan dua orang buruh yang sama cekap, negara X dapat mengeluarkan kain sebanyak 2000 (1000 x 2) dan negara Y dapat mengeluarkan basikal sebanyak 800 (400 x 2).
- pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap dan menyebabkan jumlah keluaran bagi kain bertambah dari 1800 kepada 2000 manakala jumlah keluaran bagi basikal bertambah juga dari 600 kepada 800 di pasaran antarabangsa.

Jadual Kegunaan Selepas Perdagangan

- andaikan negara X dan Y melakukan perdagangan apabila negara X akan mengeksport kain ke negara Y dan mengimport basikal dari negara Y, begitu juga bagi negara Y yang akan mengeksport basikal ke negara X dan mengimport kain dari negara X.
- kadar pertukaran kain dan basikal bergantung kepada harga relatif kain dan basikal.
- sekiranya negara X ingin menggunakan 1100 meter kain dalam negara dan mengeksport 900 meter kain ke negara Y, negara X dapat mengimport 360 buah basikal (900 x 0.4) dari negara Y.
- apabila negara Y mengimport 900 meter kain dari negara X dan mengeksport 360 buah basikal ke negara X, maka negara Y dapat mengguna 440 buah basikal dalam negara.


Akibat Faedah Berbanding (kaedah jadual)

Jadual Pengeluaran Sebelum Pengkhususan

- berdasarkan jadual diatas, negara Y mengeluarkan kereta dan Motosikal lebih banyak daripada negara Y, oleh itu negara X menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran Kereta dan Motosikal.
- kedua-dua negara masih boleh mengadakan pengkhususan dan perdagangan yang saling menguntungkan kerana terdapat perbezaan harga relatif kereta dan motosikal di kedua-dua negara tersebut.
- secara perbandingan, keluaran motosikal negara X mempunyai kos lepas yang lebih rendah daripada negara Y, maka negara X menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran motosikal. Manakala, keluaran kereta negara Y mempunyai kos lepas yang lebih rendah daripada negara X, maka negara Y menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran kereta.
- negara X harus mengkhusus dalam pengeluaran motosikal manakala negara Y harus mengkhusus dalam pengeluaran kereta.

Jadual Pengeluaran Selepas Pengkhususan

- berdasarkan jadual diatas, disebabkan terdapat mobiliti faktor-faktor pengeluaran, maka buruh di negara X boleh berpindah ke pengeluaran kain manakala buruh di negara Y boleh berpindah ke pengeluaran basikal.
- dengan dua orang buruh yang sama cekap, negara X dapat mengeluarkan motosikal sebanyak 600 (300 x 2) dan negara Y dapat mengeluarkan kereta sebanyak 500 (250 x 2).
- pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap dan menyebabkan jumlah keluaran bagi kereta bertambah dari 350 kepada 500. Walaubagaimanapun, jumlah keluaran bagi motosikal berkurang dari 650 kepada 600 di pasaran antarabangsa.

Jadual Penggunaan Selepas Perdagangan

- andaikan negara X dan Y melakukan perdagangan apabila negara X akan mengeksport motosikal ke negara Y dan mengimport kereta dari negara Y, begitu juga bagi negara Y yang akan mengeksport kereta ke negara X dan mengimport motosikal dari negara X.
- kadar pertukaran kain dan basikal bergantung kepada harga relatif kain dan basikal.
- sekiranya negara X ingin menggunakan 300 buah motosikal dalam negara dan mengeksport 300 buah motosikal ke negara Y, negara X dapat mengimport 150 buah kereta (300 x 0.5) dari negara Y.
- apabila negara Y mengimport 300 buah motosikal dari negara X dan mengeksport 150 buah kereta ke negara X, maka negara Y dapat mengguna 350 buah kereta dalam negara.


p/s : pengkhususan membolehkan sesebuah negara menggunakan buruh dengan lebih cekap.

Faedah Pengkhususan


Faedah Mutlak
- dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan suatu keluaran yang lebih banyak daripada negara lain berdasarkan faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Jadual Faedah Mutlak

Huraian : berdasarkan jadual diatas, negara X sanggup mengeluarkan lebih banyak kain berbanding negara Y, sebaliknya negara Y sanggup mengeluarkan lebih banyak basikal berbanding negara X. Dengan ini, negara X menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran kain manakala negara Y menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran basikal.


Faedah Berbanding
- dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan suatu keluaran yang mempunyai kos lepas yang lebih rendah daripada negara lain berdasarkan faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Jadual Faedah Berbanding

Huraian : berdasarkan jadual diatas, negara X sanggup mengeluarkan 100 buah kereta dan 300 buah motosikal, sementara negara Y sanggup mengeluarkan 250 buah kereta dan 350 buah motosikal. Kos lepas yang ditanggung oleh negara X bagi pengeluaran motosikal adalah lebih rendah berbanding negara Y, menunjukkan bahawa negara X menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran motosikal. Kos lepas yang ditanggung oleh negara Y bagi pengeluaran kereta adalah lebih rendah berbanding negara X, menunjukkan bahawa negara Y menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran kereta. Walaupun negara Y menikmati faedah mutlak bagi kedua-dua pengeluaran tersebut, namun perdagangan antara kedua-dua negara ini masih menguntungkan kepada kedua-dua pihak kerana negara X menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran motosikal, manakala negara Y menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran kereta.


p/s : selepas ini pengkhususan dan laba.

Sabtu, 26 Jun 2010

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Makroekonomi


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Inflasi

- inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan ini bermakna kos taraf hidup masyarakat naik berterusan.
- semasa inflasi tarikan permintaan, dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup akan dilaksanakan.
- semasa inflasi tolakan kos, dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan dasar harga maksimum akan dilaksanakan.
- semasa inflasi diimport, kawalan langsung dan kempen penggantion import akan dilaksanakan.

(a) Dasar Fiskal Menguncup
- kerajaan akan mengurangkan G dan menaikkan T, dengan ini kemampuan membeli masyarakat akan menurun, seterusnya akan mengurangkan AD dan AE.

-pengurangan dalam G dan pertambahan dalam T akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar fiskal menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Menguncup
- bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi melalui menaikkan nisbah cadangan, menaikkan kadar faedah, menjual bon kerajaan, melaksanakan funding, mengetatkan kawalan kredit dan pembujukan moral.

- pengurangan bekalan wang dalam ekonomi akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar kewanganl menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(c) Dasar Sebelah Penawaran
- kerajaan menggalakkan pertambahan dalam penawaran agregat dengan mengurangkan T dan sebagainya.

- pertambahan penawaran agregat akibat dasar sebelah penawaran akan menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(d) Kawalan Terhadap Kesatuan Sekerja
- tuntutan kenaikan upah semasa tingkat guna tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma-firma, keadaan ini menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran agregat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga umum.
- pihak kerajaan/kesatuan majikan akan berunding dengan kesatuan sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah, dengan ini dapat mengatasi masalah inflasi tolakan kos.

(e) Dasar Harga Maksimum
- dasar harga maksimum akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal harga faktor pengeluaran.

- apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum terhadap faktor pengeluaran, maka harga faktor pengeluaran tersebut tidak boleh dinaikkan lagi, akhirnya masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(f) Kawalan Langsung
- kawalan langsung dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi diimport iaitu kenaikan tingkat harga umum disebabkan kenaikan harga barang import.
- kawalan langsung melalui tarif (cukai import), kuaota (had maksimum kuantiti import) dan sebagainya bagi mengurangkan import untuk mengatasi inflasi diimport.

(g) Kempen Penggantian Import
- menggalakkan orang ramai mengguna barang tempatan.
- cth, untuk menggalakkan orang ramai melancong dalam negara, maka pihak kerajaan dan swasta akan menganjurkan kempem cuti-cuti malaysia, dengan ini orang ramai akan kurang melancong ke luar negara. Akhirnya inflasi diimport dapat diatasi.

(h) Peningkatan Kualiti Faktor Pengeluaran
- melalui perkembangan teknologi dan perkembangan daya pengeluaran buruh boleh menambahkan penawaran agregat, kesannya keluk AS akan beralih ke kanan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum dan akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Deflasi

- deflasi berlaku apabila kadar pengangguran meningkat dan ini berlaku pembaziran sumber manusia dan wujud lebihan kapasiti ekonomi dalam negara.
- apabila berlaku pengangguran, permintaan agregat lebih kurang daripada penawaran agregat setelah kemampuan membeli masyarakat adalah rendah.
- untuk menambahkan permintaan agregat, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang, pembanggunan sumber manusia dan sebagainya.

(a) Dasar Fiskal Mengembang
- kerajaan akan menambahkan G dan mengurangkan T untuk pertumbuhan pembanggunan negara dan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat.

- pertambahan G dan pengurangan T menaikkan permintaan agregat bertambah seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Mengembang
- bank pusat akan menambahkan bekalan wang melalui menurunkan nisbah cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan, melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.

- pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan menaikkan permintaan agregat seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(c) Pembangunan Sumber Manusia
- penganggur akan diberi latihan, kursus dan kemahiran supaya mereka dapat pekerjaan baru dalam sektor tertentu.


p/s : maka tamatlah bab 6.

Khamis, 24 Jun 2010

Dasar Kewangan


- selain pihak kerajaan.. pihak bank pusat juga memainkan peranan dalam mengawal kestabilan ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan terhadap bank-bank.
- dasar kewangan ini adalah untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r).
- dibahagikan kepada 2 iaitu dasar kewangan kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan dasar kewangan kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan).


Dasar Kewangan Kuantitatif

(a) Mengubah Kadar Bank
- tindakan bank pusat membuat perubahan terhadap kadar faedah terhadap bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bunga untuk meninggikan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk mengurangkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan merendahkan kadar bunga untuk menurunkan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk menambahkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya meningkatkan tingkat guna tenaga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(b) Operasi Dalam Pasaran Terbuka
- tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal.
- semasa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai berkurang, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat dikurangkan juga, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharan atau bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai bertambah, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat ditingkatkan juga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(c) Mengubah Nisbah Rizab Berkanun dan Mengubah Nisbah Harta Cair
- kejayaan dasar kewangan kuantitatif adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank-bank perdagangan boleh beli bil perbendaharan dengan lebihan rizab dan tidak perlu kurangkan jumlah deposit semasa, dengan ini bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan di pasaran terbuka akan gagal.
- semasa deflasi, nisbah rizab (berkanun dan harta cair) perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalan negara. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi dapat diatasi.

(d) Funding
- tindakan bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi mengatasi inflasi.
- melambatkan penjualan sekeruti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi dapat diatasi.


Dasar Kewangan Kualitatif

(a) Kredit Terpilih
- bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi

Kawalan Kredit Ansuran
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

Kawalan Gadai Janji
- semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut.

Kawalan Keperluan Margin
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan meninggikan keperluan margin supaya dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin dinaikkan dari 30% kepada 40%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 40% x RM5000 = RM2000, ini menunjukkan kenaikan keperluan margin sebanyak 10% dapat mengurangkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan menurunkan keperluan margin supaya dapat meningkatkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin diturunkan dari 30% kepada 20%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 20% x RM5000 = 1000, ini menunjukkan penurunan keperluan margin sebanyak 10% dapat menambahkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.

(b) Pembujukan Moral
- bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan kaedah-kaedah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat.
- bank pusat akan mengadakan pertemuan secara langsung dengan bank-bank perdagangan untuk menjelaskan kaedah-kaedah kewangan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh bank-bank tersebut.
- semasa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.


p/s : teori.. teori.. teori..