TESTING

Isnin, 5 Julai 2010

Pertumbuhan Ekonomi


menunjukkan perkembangan ekonomi berbentuk fizikal dari semasa ke semasa seperti pertambahan infrastruktur dan pertambahan prasarana, akan menyebabkan KDNK/KNK benar bertambah.

menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa seperti pendapatan benar bertambah, akan menyebabkan KDNK/KNK per kapita meningkat.


KKP dan Pertumbuhan Ekonomi


Huraian : berdasarkan rajah di atas, peralihan keluk KKP dari AB kepada CD menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi telah berlaku. Pertumbuhan ekonomi menunjukkan bahawa jumlah keluaran maksimum barang X telah bertambah daripada OA unit kepada OC unit manakala barang Y telah bertambah daripada OB unit kepada OD unit.


Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

(a) Pertumbuhan Jumlah Penduduk
- akan menambahkan jumlah tenaga buruh, jumlah pengeluaran, saiz pasaran dan akan meningkatkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(b) Kemahiran Buruh dan Usahawan
- dapat mengendalikan pengeluaran berasaskan teknologi tinggi, ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(c) Pertambahan Pelaburan
- dapat membantu pengeluaran melalui modal yang disalurkan dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(d) Kekayaan Sumber Alam
- kekayaan sumber alam menjamin bekalan faktor pengeluaran yang mencukupi untuk proses pengeluaran dan akan menarik minat pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(e) Kemajuan Teknologi
- dapat meninggikan kecekapan pengeluaran, meningkatkan jumlah pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(f) Perluasan Pasaran
- perluasan pasaran ke luar negara akan membolehkan industri berasaskan eksport meningkatkan pengeluaran eksport ke luar negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(g) Galakan Kerajaan
- galakan melalui dasar-dasar ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur membantu penubuhan kawasan perindustrian baru dan akan menggalakkan pelabur untuk melabur dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(h) Kestabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- keadaan politik yang stabil, sosial masyarakat yang teratur dan keadaan ekonomi yang stabil akan menarik pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.


Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi

(a) Perledakan Penduduk
- bagi negara yang mempunyai sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan negara tersebut tidak dapat menampung kebajikan penduduk negara tersebut seperti menyediakan peluang pekerjaan dan sebagainya akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(b) Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan
- akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan projek-projek pembangunan dan menyekat usaha penyelidikan dan pembanggunan akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(c) Kurang Pelaburan
- jumlah tabungan yang terhad disebabkan pendapatan negara yang rendah akan menyebabkan kurang pelabur untuk melabur ke dalam negara akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(d) Tingkat Teknologi yang Rendah
- kekurangan modal dan buruh mahir untuk mengendalikan alat teknologi yang canggih menyebabkan penyelidikan dan pembanggunan terjejas dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(e) Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat
- sikap kurang menabung akan menyekat kebolehan negara mengumpulkan modal untuk tujuan pelaburan. selain itu, masyarakat yang lebih suka mengamalkan ekonomi sara diri menyebabkan kurang persaingan komersial akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(f) Pasaran Terhad
- sekatan perdagangan antarabangsa menghalang perluasan pasaran eksport dan saiz pasaran domestik yang terhad disebabkan bilangan penduduk dan taraf hidup yang rendah menyebabkan pasaran menjadi kecil akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(g) Ketidakstabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- masalah politik, keruntuhan akhlak, jenayah yang berleluasa, negara mengalami inflasi dan mata wang jatuh akan menyebabkan kurang pelabur asing untuk melabur dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.


Galakan Kerajaan Untuk Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi

(a) Menyediakan Kemudahan Awam
- seperti infrastruktur fizikal, prasarana, meningkatkan taraf pendidikan dan mengembangkan golongan usahawan.

(b) Menggalakkan Pelabur
- dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman bank untuk pelabur meminjam wang untuk melakukan pelaburan ke dalam negara.

(c) Menjaga Kestabilan Politik dan Ekonomi
- dengan cara mengelakkan berlaku penyelewengan dalam badan kerajaan dan mengamalkan dasar-dasar ekonomi untuk menjaga kestabilan ekonomi negara.

(d) Meliberalisasikan Sistem Kewangan
- untuk menggalakkan aliran wang dalam negara agar keluaran negara bertambah seterusnya mengembangkan pertumbuhan ekonomi negara.


p/s : maka tamatlah tugas saya sebagai seorang blogger ekonomi stpm. :)

Ahad, 4 Julai 2010

Globalisasi


peningkatan saling bergantungan antara negara dengan negara asing dan kemudiannya menjadikan dunia sebagai satu sistem pasaran antarabangsa yang saling bergantung.

Kesan Globalisasi Terhadap Negara

(a) Perdagangan
- dapat menghantar barang dengan cepat.
- pertumbuhan eksport berkembang.
- pertumbuhan import berkembang.
- kegiatan ekonomi dalam pelbagai bidang berkembang.
- harga barang menjadi rendah dan berkualiti tinggi.
- perubahan terhadap imbangan pembayaran.

(b) Aliran Faktor
- kemasukan tenaga kerja asing meningkat.
- buruh mahir asing berhijrah ke dalam negara dan ini dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
- dapat mengembangkan pembanggunan sumber manusia dan kemudiannya meningkatkan mobiliti buruh.
- buruh tempatan yang tidak dapat bersaing dengan buruh asing akan menganggur.

(c) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
- aliran modal ke dalam negara semakin mudah.
- menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
- pembukaan pasaran baru dalam negara.
- dapat mengurangkan kadar pengangguran.
- mengembangkan industri negara.

(d) Kegiatan Syarikat Multinasional (MNC)
- mempercepatkan pemindahan teknologi asing ke dalam negara.
- memperluaskan pasaran eksport negara.
- berlaku perubahan operasi dalam sesebuah firma.
- membuka banyak peluang pekerjaan.

Faktor-faktor Yang Menggalakkan Globalisasi

(a) Pengaruh Sistem Pasaran Bebas Yang Semakin Meluas
- negara-negara yang membangun yang melonggarkan sistem perdagangan mereka akan menggalakkan globalisasi.

(b) Sekatan Terhadap Perdagangan Bebas Semakin Berkurangan
- pengurangan sekatan perdagangan antarabangsa sesetengah negara akan mempercepatkan globalisasi. begitu juga kerajaan yang mengurangkan tarif dan bukan tarif terhadap perdagangan bebas akan juga menggalakkan globalisasi antara negara asing.

(c) Kemajuan Teknologi Dalam Bidang Kewangan
- kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan urus niaga 24 jam dan mempermudahkan pergerakan modal antarabangsa. keadaan ini menggalakkan globalisasi di negara-negara rantau.

(d) Peningkatan Aliran Wang Dalam Pasaran Saham dan Pasaran Modal Ke negara Membangun
- kemajuan ICT dalam bidang kewangan serta pertambahan dana pelaburan di negara-negara maju akan meningkatkan aliran wang dalam pasaran saham dan pasaran modal ke negara membangun. keadaan ini akan meluaskan globalisasi.


p/s : maka tamatlah bab 8..

Sabtu, 3 Julai 2010

Sistem Kadar Pertukaran Tetap


dibawah sistem ini, kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan dengan tujuan memperbaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi, sama ada kerajaan menetapkan pada kadar lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Kadar Pertukaran Tetap Lebih Tinggi

Huraian : berdasarkan rajah di atas, pertukaran antara US$ dan ringgit pada titik E iaitu US$ 1 = RM3.50. Apabila kerajaan malaysia hendak memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan malaysia telah menetapkan kadar pertukaran lebih tinggi dari kadar pertukaran asing di pasaran iaitu US$ 1 = RM4.00. Tindakan ini menyebabkan nilai mata wang ringgit jatuh dan nilai mata wang US$ naik, dan juga wujud lebihan penawaran US$ sebanyak Q2-Q1. Untuk mengatasi lebih penawaran US$ ini, kerajaan malaysia perlu membeli US$ dalam pasaran pertukaran asing sehingga DD=SS.

Kadar Pertukaran Asing Lebih Rendah

Huraian : berdasarkan rajah di atas, pertukaran antara US$ dan ringgit pada titik E iaitu US$ 1 = RM3.50. Apabila kerajaan malaysia hendak memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan malaysia telah menetapkan kadar pertukaran lebih rendah dari kadar pertukaran asing di pasaran iaitu US$ 1 = RM3.00. Tindakan ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ jatuh, dan juga wujud lebihan permintaan US$ sebanyak Q2-Q1. Untuk mengatasi lebih permintaan US$ ini, kerajaan malaysia perlu menjual US$ dalam pasaran pertukaran asing sehingga DD=SS.


Implikasi Penentuan Kadar Pertukaran Tetap
- akan mempengaruhi import dan eksport negara dan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara.

Terkurang dan Terlebih nilai Ringgit

Terkurang Nilai Ringgit
- apabila kerajaan malaysia menetapkan kadar pertukaran asing pada US$ 1 = RM4.00, ringgit malaysia menjadi terkurang nilai.
- ini bermakna nilai mata wang ringgit jatuh dan nilai mata wang US$ naik.
- keadaan ini menyebabkan harga import menjadi lebih mahal.
- harga eksport menjadi lebih murah.
- pertambahan eksport dan pengurangan import mewujudkan lebihan SS mata wang asing dan ini menyebabkan imbangan pembayaran malaysia diperbaiki.
- pertambahan eksport malaysia akan memajukan industri eksport dan ini menyebabkan ekonomi negara berkembang.
- kegiatan pelaburan dalam industri eksport akan bertambah dan ini menyebabkan dapat meningkatkan tingkat guna tenaga dan pendapatan negara.
- penetapan ini sesuai semasa ekonomi negara mengalami deflasi.

Terlebih Nilai Ringgit
- apabila kerajaan malaysia menetapkan kadar pertukaran asing pada US$ 1 = RM3.00, ringgit malaysia menjadi terlebih nilai.
- ini bermakna nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ jatuh.
- keadaan ini menyebabkan harga import menjadi lebih murah.
- harga eksport menjadi lebih mahal.
- pengurangan eksport dan pertambahan import mewujudkan lebihan DD mata wang asing dan ini menyebabkan imbangan pembayaran malaysia diperburukkan.
- pengurangan eksport malaysia akan menghalang perkembangan industri eksport dan ini menyebabkan ekonomi negara terjejas.
- kegiatan pelaburan dalam industri eksport akan berkurang dan ini menyebabkan berlaku penurunan tingkat guna tenaga dan pendapatan negara.
- penetapan ini sesuai semasa ekonomi negara mengalami inflasi.


Devaluasi
- satu dasar kerajaan untuk menurunkan nilai mata wang tempatan.
- harga import akan jadi lebih mahal dan berlaku penurunan DD mata wang asing.
- harga eskport akan jadi lebih murah dan berlaku peningkatan SS mata wang asing.
- imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

Revaluasi
- satu dasar kerajaan untuk menaikkan nilai mata wang tempatan.
- harga import akan jadi lebih murah dan berlaku peningkatan DD mata wang asing.
- harga eksport akan jadi lebih mahal dan berlaku penurunan SS mata wang asing.
- imbangan pembayaran akan diperburukkan.


p/s : sistem kadar pertukaran tetap ini adalah untuk mempengaruhi perdagangan antarabangsa seterusnya pelaburan ke dalam negara.

Khamis, 1 Julai 2010

Perubahan Kadar Pertukaran Asing Dalam Sistem Boleh Ubah



(a) Perubahan DD Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Apabila pengimport malaysia menambahkan import dari amerika ini menyebabkan pertambahan terhadap permintaan US$ di pasaran pertukaran asing dari Q kepada Q1, keadaan ini akan menyebabkan keluk DD beralih kepada D1D1, dan menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia akan bertambah buruk daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM4.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit telah turun dan nilai mata wang US$ naik. Begitu juga sebaliknya jika pengimport malaysia mengurangkan import dari amerika.

(b) Perubahan SS Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Apabila pengimport amerika menambahkan import dari malaysia ini menyebabkan pertambahan terhadap penawaran US$ di pasaran pertukaran asing dari Q kepada Q1, keadaan ini akan menyebabkan keluk SS beralih kepada S1S1, dan menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia akan bertambah baik daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM3.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit telah naik dan nilai mata wang US$ turun. Begitu juga sebaliknya jika pengimport amerika mengurangkan import dari malaysia.

Perubahan Dalam DD dan SS Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Pengurangan DD US$ yang akan menyebabkan keluk DD beralih kepada D1D1, dan pertambahan SS US$ yang akan menyebabkan keluk SS beralih kepada S1S1 menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia bertambah baik daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM3.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ turun.


Kadar Pertukaran Asing Sesebuah Negara Akan Bertambah Baik Jika :
- DD mata wang asing berkurang.
- SS mata wang asing bertambah.

Kadar Pertukaran Asing Sesebuah Negara Akan Bertambah Buruk Jika :
- DD mata wang asing bertambah.
- SS mata wang asing berkurang.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

(a) Perubahan Cita Rasa Rakyat
- rakyat tempatan suka guna barang import, DD mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk.
- rakyat tempatan suka guna barang tempatan, DD mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik.
- rakyat asing suka guna barang eksport negara itu, SS mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik.
- rakyat asing suka guna barang negara sendiri, SS mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk.

(b) Perubahan Tingkat Harga Umum
- jika negara itu mengalami kenaikan kadar tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara dagangnya, harga barang eksport negara itu akan menjadi mahal, kemudiannya berlaku pengurangan dalam eksport negara itu. Keadaan ini menyebabkan SS mata wang asing berkurang. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- jika negara dagangnya mengalami kenaikan kadar tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara itu, harga barang eksport negara dagangnya akan menjadi mahal, kemudiannya berlaku pengurangan dalam import negara itu. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing berkurang. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(c) Perubahan Kadar Bunga dan Kadar Pulangan Pelaburan
- penurunan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal negara itu ke negara lain dan menambahkan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- kenaikan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal dari negara lain ke dalam negara dan menambahkan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(d) Perubahan Harga Barang Eksport dan Import
- jika harga eksport negara itu naik, harga barang eksport negara itu menjadi mahal, dan negara lain kurang mengimport barang negara itu, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- jika harga import negara itu naik, harga barang import negara itu menjadi mahal, dan negara itu kurang mengimport barang negara lain, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(e) Pertumbuhan Ekonomi
- pertumbuhan ekonomi dalam negara akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara itu membeli barang import. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- pertumbuhan ekonomi dalam negara lain akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara tersebut membeli barang eksport. Keadaan ini menyebabkan SS mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.


p/s : selepas ini berkenaan bank pusat menetapkan kadar pertukaran tetap.

Rabu, 30 Jun 2010

Kadar Pertukaran Asing



- harga mata wang asing dalam sebutan nilai mata wang tempatan.
- cth : US$ 1 = RM 3.50, memerlukan 3 unit wang kertas 1 ringgit dan 1 unit syiling 50 sen untuk mendapatkan 1 unit wang kertas US$ 1.


Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah

- kadar pertukaran asing ditentukan oleh DD dan SS mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.

Permintaan Mata Wang Asing
- pengimport malaysia meminta wang dolar untuk membayar pengeksport amerika.
- pelabur malaysia meminta wang dolar untuk melabur di amerika.
- penduduk malaysia meminta wang dolar untuk melancong atau belajar di amerika.

Penawaran Mata Wang Asing
- pengimport amerika meminta wang ringgit untuk membayar pengeksport malaysia.
- pelabur amerika meminta wang ringgit untuk melabur di malaysia.
- penduduk amerika meminta wang ringgit untuk melancong atau belajar di malaysia.

Keluk Permintaan Mata Wang Asing
- apabila lebih sedikit ringgit diperlukan untuk dapatkan US$, maka harga import dari amerika akan menjadi lebih murah dan seterusnya permintaan import dari amerika akan bertambah. Kesannya, permintaan terhadap US$ bertambah. Begitu juga sebaliknya.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, penurunan RM3.50 kepada RM3.00 menunjukkan bahawa nilai mata wang RM meningkat, ini menyebabkan permintaan mata wang US$ bertambah dari Q1 kepada Q2. Ini juga menyebabkan harga barang eksport amerika menurun seterusnya kuantiti barang yang diimport oleh malaysia bertambah. Oleh itu, urus niaga diantara malaysia dan amerika bertambah.

Keluk Penawaran Mata Wang Asing
- apabila lebih sedikit ringgit diperlukan untuk dapatkan US$, maka harga eksport malaysia ke amerika akan menjadi lebih mahal dan seterusnya penawaran eksport malaysia ke amerika akan berkurang. Kesannya, penawaran terhadap US$ berkurang. Begitu juga sebaliknya.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, penurunan RM3.50 kepada RM3.00 menunjukkan bahawa nilai mata wang RM meningkat, ini menyebabkan penawaran mata wang US$ berkurang dari Q2 kepada Q1. Ini juga menyebabkan harga barang eksport malaysia ke amerika meningkat seterusnya kuantiti barang yang diimport oleh amerika berkurang. Oleh itu, urus niaga diantara malaysia dan amerika berkurang.

Penentuan Kadar Pertukaran Asing
- kadar pertukaran asing ditentukan apabila permintaan mata wang asing sama dengan penawaran mata wang asing di pasaran pertukaran asing.


Huraian : berdasarkan keluk di atas, titik keseimbangan E menentukan kadar pertukaran antara US$ dan ringgit sebagai US$ 1 = RM3.50 apabila permintaan US$ sama dengan penawaran US$ sebanyak Q0. Jika nilai US$ ditentukan pada US$ 1 = RM4.00, ini bermakna nilai mata wang ringgit telah menurun dan nilai mata wang US$ meningkat. Kesannya, permintaan US$ akan berkurang dari Q0 kepada Q1, sebaliknya penawaran US$ yang akan bertambah dari Q0 kepada Q2. Keadaan ini menyebabkan wujud lebihan penawaran sebanyak Q2-Q1. Mekanisme pasaran akan mendesak harga US$ turun dari US$ 1 = RM4.00 kepada US$ 1 = RM3.50 di titik keseimbangan.

Jika nilai US$ ditentukan pada US$ 1 = RM3.00, ini bermakna nilai mata wang ringgit telah meningkat dan nilai mata wang US$ menurun. Kesannya, permintaan US$ akan bertambah dari Q0 kepada Q2, sebaliknya penawaran US$ yang akan berkurang dari Q0 kepada Q1. Keadaan ini menyebabkan wujud lebihan permintaan sebanyak Q2-Q1. Mekanisme pasaran akan mendesak harga US$ naik dari US$ 1 = RM3.00 kepada US$ 1 = RM3.50 di titik keseimbangan.

Peralihan Keluk Permintaan Ringgit Malaysia
- keluk DD akan beralih ke kiri jika :
(a) firma-firma asing mengurangkan pelaburan di malaysia.
(b) pengimport negara asing mengurangkan import dari malaysia.
(c) pelancong asing kurang melancong ke malaysia.
(d) pelajar asing kurang mendapatkan pendidikan di malaysia.
- keluk DD akan beralih ke kanan jika :
(a) firma-firma asing menambahkan pelaburan di malaysia.
(b) pengimport negara asing menambahkan import dari malaysia.
(c) pelancong asing bertambah melancong ke malaysia.
(d) pelajar asing bertambah mendapatkan pendidikan di malaysia.

Peralihan Keluk Penawaran Ringgit Malaysia
- keluk SS akan beralih ke kiri jika :
(a) pengimport malaysia mengurangkan import dari luar negara.
(b) pelabur malaysia mengurangkan pelaburan asing ke luar negara.
(c) pelancong tempatan kurang melancong ke luar negara.
(d) pelajar tempatan kurang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
- keluk SS akan beralih ke kanan jika :
(a) pengimport malaysia menambahkan import dari luar negara.
(b) pelabur malaysia menambahkan pelaburan asing ke luar negara.
(c) pelancong tempatan bertambah melancong ke luar negara.
(d) pelajar tempatan bertambah melanjutkan pelajaran ke luar negara.


p/s : basic perubahan kadar pertukaran mata wang.

Selasa, 29 Jun 2010

Sekatan Perdagangan Bebas


perdagangan antarabangsa kekadang tidak mewujudkan keuntungan disebabkan defisit dalam imbangan pembayaran dan inflasi yang diimport berlaku, apabila wujud sekatan terhadap eksport dan import, maka jenis perdagangan yang dilakukan adalah perdagangan antarabangsa terkawal.


Sebab-sebab Sekatan

(a) Melindungi Industri Penting
- seperti industri beras dan senjata perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu darurat atau peperangan.
- kerajaan akan mengenakan sekatan import.

(b) Melindungi Industri Muda
- iaitu industri yang baru ditubuhkan seperti industri kereta produa.
- industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan.
- industri muda belum setanding dalam pasaran, oleh itu kerajaan akan menyekat barang import supaya industri muda dapat berkembang dan bertanding dengan industri asing.

(c) Mempelbagaikan Ekonomi Negara
- untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, kerajaan akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
- usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
- kerajaan akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
- kerajaan juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

(d) Meningkatkan Guna Tenaga
- industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran, oleh itu kerajaan akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

(e) Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
- hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
- untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, kerajaan akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.

(f) Menambah Pendapatan Kerajaan
- sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada kerajaan.
- tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.


Jenis Sekatan

alat sekatan perdagangan untuk mengawal eksport dan import negara.

(a) Tarif
- adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
- tarif dikenakan dalam 2 bentuk iaitu tarif ad-valorem dan tarif spesifik.
- tarif ad-valorem ialah cukai import dihitung berdasarkan harga barang import.
- tarif spesifik ialah cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
- tarif dapat menaikkan harga barang import dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import, akhirnya menambahkan permintaan terhadap barang tempatan.
- tarif juga dapat memperbaiki imbangan perdagangan serta menambahkan pendapatan kerajaan.

(b) Kuota Import
- adalah had kuantiti maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan yang diimport untuk satu tempoh tertentu.
- dapat mengurang dan mengehadkan jumlah kuantiti import.
- berkesan untuk mengurangkan persaingan dalam pasaran tempatan.
- tidak dapat menambahkan pendapatan negara.

(c) Kawalan Pertukaran Asing
- adalah kawalan bank pusat terhadap jumlah mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.
- bank pusat akan mengurangkan jumlah mata wang tempatan yang boleh dibawa ke luar negara agar jumlah perbelanjaan mereka di luar negara akan dikurangkan.
- dapat mengurangkan permintaan terhadap barang import.

(d) Subsidi Eksport
- bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar tempatan yang berorentasikan eksport.
- dapat mengurangkan kos pengeluar.

(e) Embargo
- dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import negara tertentu.
- kerajaan akan mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menyekat kemasukan barang import tersebut ke dalam negara.
- selalunya bukan semata-mata untuk menyekat barang import dari negara tersebut, malah sebagai satu sekatan ekonomi terhadap negara musuh.

(f) Piawai Kesihatan dan Keselamatan
- sekiranya barang import tidak mematuhi piawai kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan, maka barang tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.


p/s : maka tamatlah bab 7.

Isnin, 28 Jun 2010

Kadar Syarat Perdagangan


salah satu cara untuk menetukan pengagihan laba perdagangan antarabangsa ialah merujuk kepada perubahan kadar syarat perdagangan antara negara-negara terlibat.

KSP = (Px/Pm) x 100

KSP = kadar syarat perdagangan
Px = indeks harga eksport
Pm = indeks harga import

jika KSP bagi tahun semasa melebihi 100, ini bermakna KSP telah bertambah baik dan lebih menguntungkan, KSP > 100 menunjukkan Px > Pm.

KSP bertambah baik sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut.
- kejatuhan harga import.
- kenaikan harga eksport.
- nilai mata wang tempatan menjadi relatif lebih tinggi.


jika KSP bagi tahun semasa kurang daripada 100, ini bermakna KSP telah bertambah buruk dan kurang menguntungkan, KSP < 100 menunjukkan Px < Pm.

KSP bertambah buruk sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut.
- kenaikan harga import.
- kejatuhan harga eksport.
- nilai mata wang tempatan menjadi relatif lebih rendah.


p/s : KSP ini adalah untuk melihat tingkat pencapaian urus niaga perdagangan antarabangsa.