TESTING

Khamis, 24 Jun 2010

Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan AD-AS



Mengurangkan G atau Menambahkan T (dasar fiskal menguncup)
- tindakan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan agregat seterusnya menurunkan pendapatan negara dan harga umum.


Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal menguncup dengan mengurangkan G atau menambahkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum merosot kepada P1 dan pendapatan negara berkurangan kepada Y1.


Menambahkan G atau Mengurangkan T (dasar fiskal mengembang)
- tindakan kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan agregat seterusnya menaikkan pendapatan negara dan harga umum.


Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal mengembang dengan menambahkan G atau mengurangkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum meningkat kepada P1 dan pendapatan negara bertambah kepada Y1.


Kelebihan dan Kelemahan Dasar Fiskal Budi Bicara

Kelebihan
- selepas perlaksanaan, lompang inflasi dan lompang deflasi dapat dikurangkan. Ini menunjukkan masalah inflasi dan deflasi dapat dikurangkan.
- membolehkan pendapatan guna tenaga penuh tercapai tanpa masalah inflasi dan deflasi.
- untuk mengekalkan kestabilan ekonomi melalui masa.

Kelemahan
- ramalan kerajaan entang masalah ekonomi tidak selalu tepat.
- kerajaan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengubah G dan T.
- perlaksanaan dasar fiskal mengembang berterusan akan meningkatkan permintaan agregat dan seterusnya menyebabkan inflasi tarikan permintaan berlaku. Pertambahan permintaan agregat juga menyebabkan wujud persaingan di kalangan firma yang mengalami kekurangan faktor pengeluaran dan seterusnya menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku.
- dasar fiskal mengembang perlu dibiayai dengan pinjaman luar negara. Pinjaman ini menghalang pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang kerana perlu membayar pinjaman semula dan mengakibatkan pengaliran mata wang ke luar negara, ini menyebabkan berlaku pengurangan dalam sumber kewangan dalam negara.
- perlaksanaan dasar fiskal menguncup berterusan akan mengurangkan permintaan agregat dan seterusnya mengurangkan penawaran agregat dan akhirnya berlaku kenaikan kadar pengangguran akibat firma memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos pengeluaran.


p/s : dasar fiskal ini adalah untuk mempengaruhi G dan T.

Tiada ulasan: