TESTING

Khamis, 29 November 2012

Assalamualaikum Sahabat Ekonomi Sekalian


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya memberi kesihatan yang cergas kepada tubuh badan ini dan kesenangan dalam menjalani aktiviti harian.. Harinih dapat naik ambil anugerah dekan buat kali ke-2 untuk Majlis Anugerah Dekan School of Economics, Finance & Banking (SEFB), College of Business (COB), Universiti Utara Malaysia.. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan atas pencapaian  pelajar Ekonomi, Finance, Banking, Risk Management dan Agribusiness mendapat Dean List untuk keputusan semester lepas.

*hari khamis pakai baju batik.. hehe*

Walaupun penulis sudah tidak update blog ini lagi berkenaan ilmu Ekonomi STPM.. Penulis ingin memberi dorongan kepada sahabat ekonomi sekalian khususnya pelajar STPM yang mengambil subjek Ekonomi agar belajar bersungguh-sungguh dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam bidang Ekonomi.. Tidak kesah la menyambung di mana-mana IPT sekali pun.. Yang penting ialah kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran IPT tersebut.

Penulis sudah buat blog ini sejak tahun 2009.. mesti ada di antara sahabat ekonomi yang telah belajar di peringkat pengajian tinggi.. Mesti ramai di antara sahabat ekonomi yang lebih memberi fokus kepada pembangunan Soft Skill dalam diri.. Ia tidak dapat dinafikan akademik hanyalah tiket untuk dipanggil Interview, manakala Soft Skill memastikan kejayaan kita dalam Interview.. tapi jika kita tidak dipanggil untuk Interview disebabkan keputusan akademik, ia merupakan satu kerugian kepada Soft Skill dalam diri kita.. Ingin ditegaskan, walaupun kita sibuk dengan aktiviti badan kepimpinan dan sebagainya, kita mesti urus diri kita dengan baik.. Jika kita mendapat kejayaan dalam bidang akademik, ia merupakan bonus kepada kita..

Akhir kata, moga-moga sahabat ekonomi sekalian sihat berpanjangan dan murah rezeki selalu.. dan bersama-sama kita maju ke hadapan dan membangunkan ekonomi negara kita.. Amin

p/s : usaha tangga kejayaan.. usaha, doa dan tawakal.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sudah lama penulis tidak update blog Ekonomi STPM ini disebabkan sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar kampus di Universiti Utara Malaysia.. Untuk pengetahuan pembaca, penulis kini sudah pun menjadi pelajar tahun ke-2 dalam jurusan Ekonomi.. Penulis ada baki 1 tahun lagi sebelum bergraduat sebagai pelajar Universiti Utara Malaysia.

Nak kata sibuk sahaja sampai tidak update blog Ekonomi STPM ini bukahlah alasan utama.. Alasan utamanya adalah silibus Ekonomi peringkat Universiti yang sama hanyalah subjek Prinsip Ekonomi (paper tahap 1000) sahaja.. Dan subjek Mikroekonomi dan Makroekonomi (paper tahap 2000) peringkat Universiti yang sama dengan peringkat STPM cuma 30% (pendapat penulis) dan selebihnya lebih advance sehingga mengaplikasikan kaedah Add Math dalam kedua-dua subjek ini.

Oleh itu, penulis memohon maaf kerana tidak dapat update blog Ekonomi STPM ini dan juga memberi tips untuk pembaca mudah faham akan subjek Ekonomi STPM ini oleh disebabkan berlaku pergeseran pemahaman penulis terhadap silibus peringkat STPM dan silibus peringkat Universiti.. Pada pengetahuan penulis sistem STPM sudah berubah kepada sistem Semester bermula tahun ini bukan?.. diharapkan silibus Ekonomi STPM masih sama seperti sebelumnya.. Sekian Terima Kasih.



p/s : Kepada pembaca yang kini sedang belajar di Universiti Utara Malaysia.. kalau nampak penulis di sekitar Kolej Perniagaan (COB) khususnya di Bangunan Ekonomi (SFEB) tegur-tegurlah ya.. Hehehe