Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya memberi kesihatan yang cergas kepada tubuh badan ini dan kesenangan dalam menjalani aktiviti harian.. Harinih dapat naik ambil anugerah dekan buat kali ke-2 untuk Majlis Anugerah Dekan School of Economics, Finance & Banking (SEFB), College of Business (COB), Universiti Utara Malaysia.. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan atas pencapaian pelajar Ekonomi, Finance, Banking, Risk Management dan Agribusiness mendapat Dean List untuk keputusan semester lepas.
*hari khamis pakai baju batik.. hehe*
Walaupun penulis sudah tidak update blog ini lagi berkenaan ilmu Ekonomi STPM.. Penulis ingin memberi dorongan kepada sahabat ekonomi sekalian khususnya pelajar STPM yang mengambil subjek Ekonomi agar belajar bersungguh-sungguh dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam bidang Ekonomi.. Tidak kesah la menyambung di mana-mana IPT sekali pun.. Yang penting ialah kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran IPT tersebut.
Penulis sudah buat blog ini sejak tahun 2009.. mesti ada di antara sahabat ekonomi yang telah belajar di peringkat pengajian tinggi.. Mesti ramai di antara sahabat ekonomi yang lebih memberi fokus kepada pembangunan Soft Skill dalam diri.. Ia tidak dapat dinafikan akademik hanyalah tiket untuk dipanggil Interview, manakala Soft Skill memastikan kejayaan kita dalam Interview.. tapi jika kita tidak dipanggil untuk Interview disebabkan keputusan akademik, ia merupakan satu kerugian kepada Soft Skill dalam diri kita.. Ingin ditegaskan, walaupun kita sibuk dengan aktiviti badan kepimpinan dan sebagainya, kita mesti urus diri kita dengan baik.. Jika kita mendapat kejayaan dalam bidang akademik, ia merupakan bonus kepada kita..
Akhir kata, moga-moga sahabat ekonomi sekalian sihat berpanjangan dan murah rezeki selalu.. dan bersama-sama kita maju ke hadapan dan membangunkan ekonomi negara kita.. Amin
p/s : usaha tangga kejayaan.. usaha, doa dan tawakal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan