TESTING

Ahad, 13 Disember 2015

Ingin Aktif Semula


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah telah siap slide Mikroekonomi untuk pelajar Diploma di Kolej tempat penulis mengajar.. seterusnya ingin siapkan module Mikroekonomi.. berdasarkan silibus pelajar Diploma dan pelajar STPM hampir serupa sahaja.. apa yang penulis dapat lihat ialah bezanya silibus pelajar STPM terkini lebih sedikit berbanding silibus dalam sistem STPM yang lama.

Kenapa penulis kata begitu?.. sebab penulis pernah mengajar selama satu bulan (waktu cuti semester tahun 2014) sebagai guru Mikroekonomi di SMK Taman Tasik.. mengajar secara percuma atas dasar ingin menabur bakti kepada sekolah yang telah mendidik penulis.. tak percaya?.. sila lihat gambar di bawah.

 *penulis diberi Plak Penghargaan atas sumbangan selama satu bulan.. pemberian ini diberikan oleh ketua guru tingkatan 6 pada waktu itu iaitu Pn Azah (5 dari kanan)*

Berbalik kepada tajuk entry kali nih, penulis nak tanya kepada pembaca2 blog penulis nih, korang nak tak tengok slide Mikroekonomi penulis?.. kalau ya, sila bagi ulasan dibawah.


p/s : kalau ada yang nak tanya jalan kerja mengira ke teknik main keluk ke ape ke, bagi je ulasan.. hehehe

7 ulasan:

Unknown berkata...

Assalammualaikum,

Boleh emailkan pd saya slide mikro dan makro, saya pelajar bru diploms masih samar2

Abdul Rahman berkata...

Walaikumussalam,

Saya hanya akan upload slide dalam blog ini sahaja

Apa2 perkembangan mengenai subjek makro dan mikro akan saya kemaskini dalam blog ini.

Unknown berkata...

Assalamualaikum in sha Allah saya akan ambil ekonomi dalam stpm tahun ini. Boleh tak bagi nasihat apa yang perlu dan apa yang tak perlu saya buat utk belajar eko nanti? Sebagai persediaan awal.

Dan saya takde basic ekonomi masa spm dulu. Boleh ke saya belajar masa stpm nanti ?

Last, math saya B masa spm. Dengarnya ekonomi banyak mengira. Mcm mana pulak tu ?

Terima kasih .

Unknown berkata...

Assalamualaikum in sha Allah saya akan ambil ekonomi dalam stpm tahun ini. Boleh tak bagi nasihat apa yang perlu dan apa yang tak perlu saya buat utk belajar eko nanti? Sebagai persediaan awal.

Dan saya takde basic ekonomi masa spm dulu. Boleh ke saya belajar masa stpm nanti ?

Last, math saya B masa spm. Dengarnya ekonomi banyak mengira. Mcm mana pulak tu ?

Terima kasih .

Abdul Rahman berkata...

Walaikumussalam.. saya sendiri pun tiada asas ekonomi sewaktu sambung tingkatan 6 dahulu.. saya asal daripada aliran sains tulin.. math B tu pun dah cukup bagus sebab silibus ekonomi peringkat STPM tidak melibatkan pengiraan yang rumit.. dan lagi silibus ekonomi STPM kini sudah pun dipermudahkan berbanding zaman saya.

Pesanan saya lagi ialah kentalkan diri sebab tingkatan 6 kini mengguna sistem semester yang memerlukan keazaman setiap semester.. zaman saya dahulu tiada sistem semester jadi apa yang saya belajar dari Lower 6 hingga Upper 6 semua dimasukkan dalam peperiksaan akhir STPM.

RAI's Story berkata...

Jalan-jalan nak cari hubungan antara kdnk n eksport, terbuka plak blog ne. Selamat mengaktifkan diri dlm bidang penulisan kembali man. ^^,

Unknown berkata...

Hi selamat petang. Saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih atas nota nota ekonomi ini. Nota -nota anda amat membantu saya dalam menyiapkan assignment oum yang tak berpenghujung hehe.. Anyways, saja nak bagitau yg blog ni amat membantu ;) thanks