TESTING

Ahad, 27 Jun 2010

Faedah Pengkhususan


Faedah Mutlak
- dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan suatu keluaran yang lebih banyak daripada negara lain berdasarkan faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Jadual Faedah Mutlak

Huraian : berdasarkan jadual diatas, negara X sanggup mengeluarkan lebih banyak kain berbanding negara Y, sebaliknya negara Y sanggup mengeluarkan lebih banyak basikal berbanding negara X. Dengan ini, negara X menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran kain manakala negara Y menikmati faedah mutlak bagi pengeluaran basikal.


Faedah Berbanding
- dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup mengeluarkan suatu keluaran yang mempunyai kos lepas yang lebih rendah daripada negara lain berdasarkan faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Jadual Faedah Berbanding

Huraian : berdasarkan jadual diatas, negara X sanggup mengeluarkan 100 buah kereta dan 300 buah motosikal, sementara negara Y sanggup mengeluarkan 250 buah kereta dan 350 buah motosikal. Kos lepas yang ditanggung oleh negara X bagi pengeluaran motosikal adalah lebih rendah berbanding negara Y, menunjukkan bahawa negara X menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran motosikal. Kos lepas yang ditanggung oleh negara Y bagi pengeluaran kereta adalah lebih rendah berbanding negara X, menunjukkan bahawa negara Y menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran kereta. Walaupun negara Y menikmati faedah mutlak bagi kedua-dua pengeluaran tersebut, namun perdagangan antara kedua-dua negara ini masih menguntungkan kepada kedua-dua pihak kerana negara X menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran motosikal, manakala negara Y menikmati faedah berbanding bagi pengeluaran kereta.


p/s : selepas ini pengkhususan dan laba.

Sabtu, 26 Jun 2010

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Makroekonomi


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Inflasi

- inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan ini bermakna kos taraf hidup masyarakat naik berterusan.
- semasa inflasi tarikan permintaan, dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup akan dilaksanakan.
- semasa inflasi tolakan kos, dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan dasar harga maksimum akan dilaksanakan.
- semasa inflasi diimport, kawalan langsung dan kempen penggantion import akan dilaksanakan.

(a) Dasar Fiskal Menguncup
- kerajaan akan mengurangkan G dan menaikkan T, dengan ini kemampuan membeli masyarakat akan menurun, seterusnya akan mengurangkan AD dan AE.

-pengurangan dalam G dan pertambahan dalam T akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar fiskal menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Menguncup
- bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi melalui menaikkan nisbah cadangan, menaikkan kadar faedah, menjual bon kerajaan, melaksanakan funding, mengetatkan kawalan kredit dan pembujukan moral.

- pengurangan bekalan wang dalam ekonomi akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar kewanganl menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(c) Dasar Sebelah Penawaran
- kerajaan menggalakkan pertambahan dalam penawaran agregat dengan mengurangkan T dan sebagainya.

- pertambahan penawaran agregat akibat dasar sebelah penawaran akan menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(d) Kawalan Terhadap Kesatuan Sekerja
- tuntutan kenaikan upah semasa tingkat guna tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma-firma, keadaan ini menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran agregat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga umum.
- pihak kerajaan/kesatuan majikan akan berunding dengan kesatuan sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah, dengan ini dapat mengatasi masalah inflasi tolakan kos.

(e) Dasar Harga Maksimum
- dasar harga maksimum akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal harga faktor pengeluaran.

- apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum terhadap faktor pengeluaran, maka harga faktor pengeluaran tersebut tidak boleh dinaikkan lagi, akhirnya masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(f) Kawalan Langsung
- kawalan langsung dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi diimport iaitu kenaikan tingkat harga umum disebabkan kenaikan harga barang import.
- kawalan langsung melalui tarif (cukai import), kuaota (had maksimum kuantiti import) dan sebagainya bagi mengurangkan import untuk mengatasi inflasi diimport.

(g) Kempen Penggantian Import
- menggalakkan orang ramai mengguna barang tempatan.
- cth, untuk menggalakkan orang ramai melancong dalam negara, maka pihak kerajaan dan swasta akan menganjurkan kempem cuti-cuti malaysia, dengan ini orang ramai akan kurang melancong ke luar negara. Akhirnya inflasi diimport dapat diatasi.

(h) Peningkatan Kualiti Faktor Pengeluaran
- melalui perkembangan teknologi dan perkembangan daya pengeluaran buruh boleh menambahkan penawaran agregat, kesannya keluk AS akan beralih ke kanan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum dan akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Deflasi

- deflasi berlaku apabila kadar pengangguran meningkat dan ini berlaku pembaziran sumber manusia dan wujud lebihan kapasiti ekonomi dalam negara.
- apabila berlaku pengangguran, permintaan agregat lebih kurang daripada penawaran agregat setelah kemampuan membeli masyarakat adalah rendah.
- untuk menambahkan permintaan agregat, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang, pembanggunan sumber manusia dan sebagainya.

(a) Dasar Fiskal Mengembang
- kerajaan akan menambahkan G dan mengurangkan T untuk pertumbuhan pembanggunan negara dan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat.

- pertambahan G dan pengurangan T menaikkan permintaan agregat bertambah seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Mengembang
- bank pusat akan menambahkan bekalan wang melalui menurunkan nisbah cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan, melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.

- pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan menaikkan permintaan agregat seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(c) Pembangunan Sumber Manusia
- penganggur akan diberi latihan, kursus dan kemahiran supaya mereka dapat pekerjaan baru dalam sektor tertentu.


p/s : maka tamatlah bab 6.

Khamis, 24 Jun 2010

Dasar Kewangan


- selain pihak kerajaan.. pihak bank pusat juga memainkan peranan dalam mengawal kestabilan ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan terhadap bank-bank.
- dasar kewangan ini adalah untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r).
- dibahagikan kepada 2 iaitu dasar kewangan kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan dasar kewangan kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan).


Dasar Kewangan Kuantitatif

(a) Mengubah Kadar Bank
- tindakan bank pusat membuat perubahan terhadap kadar faedah terhadap bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bunga untuk meninggikan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk mengurangkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan merendahkan kadar bunga untuk menurunkan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk menambahkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya meningkatkan tingkat guna tenaga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(b) Operasi Dalam Pasaran Terbuka
- tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal.
- semasa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai berkurang, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat dikurangkan juga, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharan atau bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai bertambah, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat ditingkatkan juga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(c) Mengubah Nisbah Rizab Berkanun dan Mengubah Nisbah Harta Cair
- kejayaan dasar kewangan kuantitatif adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank-bank perdagangan boleh beli bil perbendaharan dengan lebihan rizab dan tidak perlu kurangkan jumlah deposit semasa, dengan ini bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan di pasaran terbuka akan gagal.
- semasa deflasi, nisbah rizab (berkanun dan harta cair) perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalan negara. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi dapat diatasi.

(d) Funding
- tindakan bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi mengatasi inflasi.
- melambatkan penjualan sekeruti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi dapat diatasi.


Dasar Kewangan Kualitatif

(a) Kredit Terpilih
- bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi

Kawalan Kredit Ansuran
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

Kawalan Gadai Janji
- semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut.

Kawalan Keperluan Margin
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan meninggikan keperluan margin supaya dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin dinaikkan dari 30% kepada 40%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 40% x RM5000 = RM2000, ini menunjukkan kenaikan keperluan margin sebanyak 10% dapat mengurangkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan menurunkan keperluan margin supaya dapat meningkatkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin diturunkan dari 30% kepada 20%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 20% x RM5000 = 1000, ini menunjukkan penurunan keperluan margin sebanyak 10% dapat menambahkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.

(b) Pembujukan Moral
- bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan kaedah-kaedah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat.
- bank pusat akan mengadakan pertemuan secara langsung dengan bank-bank perdagangan untuk menjelaskan kaedah-kaedah kewangan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh bank-bank tersebut.
- semasa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.


p/s : teori.. teori.. teori..

Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan AD-AS



Mengurangkan G atau Menambahkan T (dasar fiskal menguncup)
- tindakan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan agregat seterusnya menurunkan pendapatan negara dan harga umum.


Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal menguncup dengan mengurangkan G atau menambahkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum merosot kepada P1 dan pendapatan negara berkurangan kepada Y1.


Menambahkan G atau Mengurangkan T (dasar fiskal mengembang)
- tindakan kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan agregat seterusnya menaikkan pendapatan negara dan harga umum.


Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal mengembang dengan menambahkan G atau mengurangkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum meningkat kepada P1 dan pendapatan negara bertambah kepada Y1.


Kelebihan dan Kelemahan Dasar Fiskal Budi Bicara

Kelebihan
- selepas perlaksanaan, lompang inflasi dan lompang deflasi dapat dikurangkan. Ini menunjukkan masalah inflasi dan deflasi dapat dikurangkan.
- membolehkan pendapatan guna tenaga penuh tercapai tanpa masalah inflasi dan deflasi.
- untuk mengekalkan kestabilan ekonomi melalui masa.

Kelemahan
- ramalan kerajaan entang masalah ekonomi tidak selalu tepat.
- kerajaan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengubah G dan T.
- perlaksanaan dasar fiskal mengembang berterusan akan meningkatkan permintaan agregat dan seterusnya menyebabkan inflasi tarikan permintaan berlaku. Pertambahan permintaan agregat juga menyebabkan wujud persaingan di kalangan firma yang mengalami kekurangan faktor pengeluaran dan seterusnya menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku.
- dasar fiskal mengembang perlu dibiayai dengan pinjaman luar negara. Pinjaman ini menghalang pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang kerana perlu membayar pinjaman semula dan mengakibatkan pengaliran mata wang ke luar negara, ini menyebabkan berlaku pengurangan dalam sumber kewangan dalam negara.
- perlaksanaan dasar fiskal menguncup berterusan akan mengurangkan permintaan agregat dan seterusnya mengurangkan penawaran agregat dan akhirnya berlaku kenaikan kadar pengangguran akibat firma memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos pengeluaran.


p/s : dasar fiskal ini adalah untuk mempengaruhi G dan T.

Rabu, 23 Jun 2010

Untung


- merupakan pulangan bagi usahawan.
- diertikan kepada untung perakaunan dan untung ekonomi.

Untung Perakaunan = TR - TC (kos eksplisit)
Untung Ekonomi = TR - (kos eksplisit + kos implisit)

cth : seorang pengusaha telah memulakan perniagaannya dengan modal RM60000 yang dikeluarkan daripada simpanan tabungan di bank yang mendatangkan faedah 6% setahun. Sebelum ini, beliau bekerja dengan syarikat A dengan gaji tahunan sebanyak RM60000. TR perniagaannya ialah RM200000 dan TC ialah RM50000.

Untung Perakaunan = RM200000-RM50000
= RM 150000

Untung Ekonomi = RM200000 - [RM50000 + RM60000(gaji) + RM3600(faedah pinjaman) ]
= RM86400

Sumber Untung

(a) Untung Sebagai Ganjaran Atas Risiko
- risiko wujud daripada kemungkinan kegagalan dalam perniagaan, seperti mengalami kerugian akibat daripada disekonomi bidangan.
- keadaan ketidakpastian ini memerlukan ganjaran untung untuk menggalakkan pengusaha menceburkan diri dalam perniagaan.

(b) Untung Sebagai Ganjaran Atas Inovasi
- untuk menghasilkan reka bentuk keluaran yang baru.
- pengusaha sanggup membelanjakan wang untuk inovasi bagi meningkatkan kualiti keluaran demi meningkatkan hasil jualannya.
- untung tambahan diperoleh apabila pengusaha berjaya meningkatkan hasil jualannya untuk satu tempoh tertentu, iaitu selepas kos inovasi dapat ditutupi.

(c) Untung Sebagai Ganjaran Atas Monopoli
- firma monopoli berupaya mempengaruhi tingkat harga untuk mempengaruhi keuntungan.
- kuasa monopoli ditunjukkan oleh keanjalan keluk permintaan, semakin besar kuasa monopoli semakin tidak anjal keluk permintaan, begitu juga sebaliknya.

Peranan Untung

(a) Menggalakkan Aktiviti Pelaburan
- untung adalah daya penarik keyakinan pelabur sedia ada untuk meneruskan pelaburan lagi, dan juga dapat menambahkan bilangan pelabur pada masa akan datang.
- semakin tinggi risiko pelaburan dibuat, semakin tinggi jumlah keuntungan yang diperolehi.

(b) Menggalakkan Aktiviti Inovasi
- untung membolehkan pengusaha membuat inovasi bagi meningkatkan keuntungannya.
- firma akan cuba menghasilkan keluaran yang tidak ada pengganti di pasaran supaya keuntungan terus diperoleh.

(c) Menggalakkan Peruntukan Sumber Pengeluaran Secara Cekap
- firma memperoleh untung dengan cara meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keluarannya.
- apabila firma cekap peruntukan dan pengeluaran, maka firma dapat meminimumkan kos pengeluaran, sekali gus dapat memaksimumkan keuntungan.


p/s : maka tamatlah nota mikro stpm. :)

Kadar Bunga



- merupakan pulangan bagi Modal.
- modal digunakan untuk membeli faktor pengeluaran seperti mesin(barang modal).
- kadar bunga dinyatakan dalam bentuk peratusan (%).

r = Jumlah Bunga/Jumlah Modal x 100

Kadar Bunga Nominal
- merupakan kadar faedah semasa di pasaran mengikut kuasa beli semasa.
- cth : seorang pelabur meminjam modal RM10000 dari institusi kewangan dengan kadar faedah 10%(kadar bunga nominal) setahun, maka jumlah bunga yang perlu dibayar ialah RM10000 x 10% = RM1000 setahun.

Kadar Bunga Benar
- merupakan kadar faedah diselaraskan dengan kadar inflasi.
- apabila berlaku inflasi, maka berlaku kenaikan tingkat harga umum yang menyebabkan kuasa beli bunga semasa berkurang.
- cth : kadar bunga nominal ialah 10% manakala kadar inflasi ialah 6%, maka kadar bunga benar ialah 10%-6% = 4%.
- pelabur membuat keputusan pelaburan berpandukan kadar bunga benar. Jika kadar inflasi lebih tinggi daripada kadar bunga nominal, maka kadar bunga benar adalah negatif dan memberi keuntungan kepada pelabur.
- cth : kadar bunga nominal ialah 5% manakala kadar inflasi ialah 10%, maka kadar bunga benar ialah 5%-10%=-5%.


Penentuan Tingkat Kadar Bunga

Mengikut Teori Klasik (fisher)

- kadar bunga ditentukan oleh DD Modal dan SS Modal.

Keluk DD Modal

Huraian : Hubungan antara kadar bunga dengan modal adalah songsang. Kadar bunga asal ialah pada tingkat kadar r1 dengan kuantiti modal K1. Apabila kadar bunga merosot kepada r2, maka kuantiti modal bertambah kepada K3. Begitu juga sebaliknya.

Keluk SS Modal

Huraian : Hubungan antara kadar bunga dengan modal adalah positif. Kadar bunga asal ialah pada tingkat kadar r1 dengan kuantiti modal K1. Apabila kadar bunga merosot kepada r2, maka kuantiti modal juga merosot kepada K2. Begitu juga sebaliknya.

Penentuan Tingkat Kadar Bunga Pasaran

Huraian : Keseimbangan kadar bunga ialah pada titik E, dengan kadar bunga r1 dan kuantiti modal K1. Apabila kadar bunga merosot kepada r2, maka kuantiti modal yang diminta ialah K3 dan kuantiti modal ditawarkan ialah K2, ini wujud lebihan permintaan terhadap kuantiti modal sebanyak K3-K2. Begitu juga sebaliknya, jika kadar bunga meningkat kepada r3, maka kuantiti modal yang diminta ialah K2 dan kuantiti modal yang ditawarkan ialah K3, ini wujud lebihan penawaran terhadap kuantiti modal sebanyak K3-K2.


Mengikut Teori Keynes

- menurut keynes, tingkat kadar bunga di pasaran ditentukan oleh DD wang dan SS wang.
- DD wang ditentukan oleh ahli masyarakat untuk memenuhi tujuan urus niaga, awasan dan spekulasi.
- SS wang ditentukan oleh bank pusat.

DD Wang Untuk Urus Niaga
- orang ramai minta wang untuk membayar perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan.
- firma minta wang untuk membayar pembelian faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.

DD Wang Untuk Awasan
- orang ramai minta wang untuk digunakan di luar jangkaan seperti kemalangan.
- firma minta wang untuk digunakan di luar jangkaan seperti penyelenggaraan mesin.

DD Wang Untuk Spekulasi
- orang ramai akan memegang wang untuk membeli bon di pasaran saham.
- harga bon dipengaruhi oleh kadar bunga, jika rendah kadar bunga maka harga bon akan tinggi. dan sebaliknya.
- orang ramai peroleh keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah pada masa kini, dan kemudiannya orang ramai membuat spekulasi bahawa pada masa akan datang harga bon akan meningkat, dan menjual bon tersebut dengan harga yang tinggi.


p/s : tajuk kadar bunga boleh rujuk dalam buku makroekonomi juga.

Sewa, Bunga dan Untung


Sewa
- merupakan pulangan bagi tanah.
- ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sewa ekonomi, perolehan pindahan dan sewa kuasi.

(a) Sewa Ekonomi
- lebihan perolehan yang diterima oleh pengeluar dalam suatu aktiviti terbaik berbanding dengan aktiviti kedua terbaik.
- cth : suatu kawasan tanah mempunyai 2 kegunaan iaitu mendirikan kilang dengan sewa bulanan RM2000, atau untuk menanam getah dengan sewa bulanan RM2500 Maka sewa ekonomi ialah RM2500-RM2000=RM500 iaitu perbezaan sewa yang akan diterima untuk menanam getah daripada mendirikan kilang.

(b) Perolehan Pindahan
- merupakan jumlah wang yang dibayar untuk mengelakkan faktor pengeluaran tersebut beralih kepada kegunaan pilihan kedua terbaik.
- cth : berdasarkan contoh sewa ekonomi. perolehan pindahan adalah RM2000 iaitu pendapatan minimum yang diterima oleh pemilik tanah, yang juga sama nilai dengan perolehan sewa untuk kegunaan kedua terbaik tanah (mendirikan kilang), supaya tanah itu diguna untuk menanam getah dan bukannya mendirikan kilang.

Penentuan Sewa Ekonomi dan Perolehan Pindahan
- jumlah bayaran kepada faktor pengeluaran ia meliputi komponen sewa ekonomi dan perolehan pindahan, ataupun hanya ada 1 sahaja komponen bergantung kepada keanjalan penawarannya.

Penawaran Faktor Tidak Anjal Sempurna
Huraian : apabila keluk penawaran tidak anjal sempurna maka faktor pengeluaran tersebut hanya ada 1 kegunaan sahaja, maka semua bayaran atas faktor pengeluaran merupakan sewa ekonomi sahaja iaitu sebesar OREQ.

Penawaran Faktor Anjal Sempurna
Huraian : apabila keluk penawaran anjal sempurna maka faktor pengeluaran tersebut mempunyai kegunaan yang infiniti, maka semua bayaran atas faktor pengeluaran merupakan perolehan pindahan iaitu sebesar OREQ.

Penawaran Faktor Anjal
Huraian : apabila keluk penawaran anjal maka faktor pengeluaran tersebut mempunyai jumlah bayaran sewa terdiri daripada komponen sewa ekonomi sebesar SRE dan perolehan pindahan sebesar OSEQ.


(c) Sewa Kuasi
- merupakan bayaran lebihan kepada suatu faktor pengeluaran yang mempunyai keanjalan SS tidak anjal sempurna dalam jangka pendek.
- tidak wujud dalam jangka panjang kerana keanjalan SS telah anjal.
- dalam jangka pendek, firma perlu tanggung TFC selain daripada TVC atas faktor pengeluaran yang tidak anjal sempurna. maka sewa kuasi dikatakan sebagai perbezaan antara TR dengan TVC.

Huraian : pada tingkat Q, TR ialah OPEQ manakala TC ialah OCAQ. daripada TC ini, TVC ialah ODBQ. Maka jumlah sewa kuasi ialah TR (OPEQ)-TVC (ODBQ)= DPEB (lorekan kelabu).

Kesimpulan : jika firma sedang mengalami untung lebih normal, maka sewa kuasi lebih besar daripada TFC. Begitu juga sebaliknya jika firma sedang mengalami untung kurang normal, maka sewa kuasi lebih kecil daripada TFC.


p/s : sewa merupakan pulangan kepada salah satu faktor pengeluaran.