TESTING

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ekonomi 3 sektor (ekonomi tertutup)

Ekonomi campur tangan kerajaan

Huraian : ekonomi campur tangan kerajaan bermakna ekonomi tersebut mempunyai cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ini boleh dikenal pasti apabila terdapatnya Pendapatan Cukai (Yd) dalam sesebuah fungsi keluk. Apabila terdapatnya Yd dalam fungsi, ini bermaknya wujudnya cukai. Lain pula jika fungsi tersebut hanya mempunya Y sahaja, ini bermaksud fungsi tersebut ialah ekonomi tanpa campur kerajaan dan tiada cukai yang dikenakan.

Huraian : Ekonomi tertutup bermakna tiada penglibatan sektor dari negara asing.

Formula : Y = C + I + G apabila berada di paras positif keluk, S + T = I + G apabila berada di paras negatif keluk.

Contoh soalan : cari Y
C = 230+0.75yd
I = 500
G = 652
T = 40+o.1y

Cara pengiraan :
C = 230+o.75(y-40+0.1y)
C = 230+0.75y-30+0.075y
C = 200+0.675y

Y = 200+0.675y+500+652
Y = 1352+0.675y
Y - 0.675y = 1352
0.325y = 1352
Y = 1352/0.325
Y = RM 4160

p/s : pasnih ekonomi 4 sektor plak..

Isnin, 10 Ogos 2009

bentuk-bentuk KKP (keluk)

KKP bentuk garis lurus :
mencerun dari kiri ke kanan ialah keluk kos lepas malar, kos lepas malar disebabkan oleh faktor pengeluaran yang sama cekap

KKP bertambah secara selari :
disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi, pertambahan tenaga kerja, penemuan sumber alam/bahan galian, dan pertambahan pelabur asing. Begitulah sebaliknya jika berlakunya KKP pengucupan secara selari, ia disebabkan oleh kemelesatan ekonomi,kurang tenaga kerja, pupus sumber alam/bahan galian, dan juga kemerosotan pelabur asing.

KKP pertambahan secara tidak selari :
dalam jangka panjang kemajuan teknologi berlaku kesan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D), peningkatan teknologi menyebabkan daya pengeluaran meningkat dan pengeluaran sesuatu barang dalam ekonomi bertambah


KKP tidak konsisten :
berlaku apabila negara A lebih pentingkan barang modal daripada barang pengguna, manakala negara B lebih mementingkan barang pengguna daripada barang modal

p/s : nih pon sepatutnya post masa mula2 buat blog nih.. adeh

Asas KKF (keluk)

KKF :
keluk menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai

Ketidak Cekapan :
sebarang titik yang berada di dalam KKP merupakan kombinasi yang dapat dihasilkan tetapi pengeluaran tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya. (peruntukan sumber tidak cekap)

Kekurangan :
sebarang kombinasi berada di luar merupakan kombinasi tidak boleh dicapai kerana pengeluaran yang tidak cekap

Kos lepas :
ditunjukkan oleh kecerunan yang mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti

KKP cembung :
menunjukkan kos lepas semakin meningkat iaitu semakin banyak sesuatu barang dihasilkan semakin banyak barang lain dilepaskan

p/s : adeh.. sepatutnya post masa mula2 buat blog nih..

Khamis, 6 Ogos 2009

Ekonomi 2 sektor

Ekonomi tanpa campur tangan kerajaan

Huraian : pergerakan wang berlaku secara berterusan dalam sesebuah negara, ini membantu menaikkan ekonomi dalam negara tersebut. Pergerakan wang berlaku apabila setiap anggota individu melakukan aktiviti berbelanja (C), dengan ini akan berlakunya pergerakan wang dari 1 individu ke individu yang lain. Dalam rajah di atas, isi rumah mendapat pendapatan (Y) dari pasaran faktor iaitu pekerjaan, kemudian pendapatan tu dilakukan kepada 2 aktiviti iaitu berbelanja (C) dan simpanan (S), dari sini berlakunya pergerakan wang yang dilakukan oleh isi rumah. Wang yang dibelanjakan akan digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan, manakala wang yang disimpan mungkin akan disimpan di institusi kewangan iaitu bank.

Situasi yang sama juga berlaku pada firma, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah mendapat keuntungan, dari keuntungan itu digunakan untuk dibelanjakan kepada kos input dan kos pengeluaran, dan juga keuntungan yang ada di simpankan di bank.

Di bank pula, bank akan melakukan pelaburan (I) terhadap firma, di sini juga berlakunya pergerakan wang. Jika ekonomi berjalan dengan baik, bank mendapat manfaat dengan naiknya nilai wang tempatan, dan ini akan menambahkan lagi kuantiti wang dalam negara.

Konsep Ekonomi 2 Sektor : kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi, dengan ini tiadanya Cukai (T) yang dikenakan terhadap keluaran barangan atau perkhidmatan.

p/s : Keluk ekonomi 2 sektor akan buat kemudian..

Rabu, 5 Ogos 2009

Perakaunan Pendapatan Negara



KONSEP PENDAPATAN NEGARA

Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)
- nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi tempoh setahun


Keluaran Negara Kasar (KNK)
- nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara bagi tempoh setahun.

Keluaran Negara Bersih (KNB)
- Y negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenar.

Pendapatan Bersih Dari Luar Negara (YB)
- YB bernilai positif menunjukkan KNK lebih besar daripada KDNK.
- YB bernilai negatif menunjukkan KNK lebih kecil daripada KDNK.

formula :

Y
B = YL - BL
KDNK = KNK - YB
KNK = KDNK + YB
KNB = KNK - Sn


KONSEP HARGA PASAR DAN KOS FAKTOR

Harga Pasar (hp)
- harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran yang dicampur CTL dan ditolak Sub.

Kos Faktor (kf)
- harga barang akhir dan perkhidmatan yang belum dipasarkan yang dicampur Sub dan ditolak CTL.

formula :

kf = hp - CTL + Sub
hp = kf + CTL - Sub
KDNKhp = KDNKkf + CTL - Sub
KNKhp = KNKkf + CTL - Sub
KNBhp = KNBkf + CTL - Sub
KDNKkf = KDNKhp - CTL + Sub
KNKkf = KNKhp - CTL + Sub
KNBkf = KNBhp - CTL + Sub


PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT HARGA SEMASA DAN HARGA TETAP


Pendapatan Negara Mengikut Harga Semasa/Nominal (Y1)
- dipengaruhi oleh perubahan Q dan P.

Pendapatan Negara Mengikut Harga Tetap/Benar (Y0)
- dipengaruhi oleh perubahan Q sahaja.


formula :

Y0 = (IH0 ÷ IH1) x Y1


PENDAPATAN PERSENDIRIAN, PENDAPATAN BOLEH GUNA DAN PENDAPATAN PERKAPITA

Pendapatan Persendirian (PP)
- jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam setahun di sesebuah negara.
- PP merangkumi pendapatan faktor dan bayaran pindahan (pendapatan yang tak produktif).

Komponen Pendapatan Faktor
- upah dan gaji
- bunga bersih
- sewa
- untung dibahagikan (dividen)
- pendapatan perusahaan persendirian

Komponen Pendapatan Negara (Yn)
- untung tak dibahagikan
- cukai keuntungan syarikat
- caruman KWSP

Komponen Pendapatan Persendirian (PP)
- bayaran pindahan
- bunga atas pinjaman kerajaan
- bunga atas pinjaman pengguna

formula :

Bunga Bersih = Bunga Kasar - Bunga atas Pinjaman Kerajaan - Bunga atas Pinjaman Pengguna
Yn = Komponen Yn + Komponen Pendapatan Faktor
PP = Komponen PP + Komponen Pendapatan Faktor
Yn = PP - Komponen PP + Komponen Yn
PP = Yn - Komponen Yn + Komponen PP

Pendapatan Boleh Guna (Yd)
- pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan.

formula :

Yd = PP - Cukai Pendapatan Persendirian

Pendapatan PerKapita (PPK)
- pendapatan purata setiap penduduk di sesebuah negara untuk tempoh setahun.

formula :

PPK = Yn ÷ Jumlah Penduduk


KAEDAH PERHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA

Kaedah Keluaran
- mencampurkan semua nilai tambah.
- dikenali KDNKhp

formula :

KDNKhp = C + I + G + Δi + (X - M)
KDNKhp = Sektor 1 + Sektor 2 + Sektor 3 + Cukai Import - Bayaran Perkhidmatan Bank

Kaedah Perbelanjaan
- mencampurkan jumlah perbelanjaan atas barang akhir dan perkhidmatan.
- dikenali KNKhp

formula :

KNKhp = C + I + G + Δi + (X - M) + YB
KNKhp = KDNKhp + YB

Kaedah Pendapatan
- mencampurkan semua pendapatan faktor.
- dikenali KNBkf

formula :

KNBhp = KNKhp - Sn
KNBhp = Gaji dan Upah + Bunga Bersih + Sewa + Untung Kasar/Syarikat + Pendapatan Perusahaan Persendirian
Untung Kasar/Syarikat = Untung Dibahagikan + Untung Tak Dibahagikan + Cukai Keuntungan Syarikat


MASALAH DALAM PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA

(1) Masalah Pengumpulan Maklumat
- kebanyakkan negara sedang membangun dan kurang maju tidak mempunyai maklumat lengkap dan tepat bagi kegiatan ekonomi mereka.

(2) Masalah Pengiraan Kegiatan Haram
- terdapat sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tetapi tidak dikira kerana merupakan kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian dan penjualan dadah.

(3) Masalah Pengiraan Kegiatan Tidak Dibayar Dengan Wang
- terdapat kegiatan yang produktif tetapi tidak diberi upah seperti gotong-royong, penggunaan aset sendiri, dan perkhidmatan suri rumah.

(4) Masalah Pengiraan 2 Kali
- keadaan ini berlaku apabila tidak dapat bezakan antara barang perantaraan dan barang akhir ini menyebabkan berlaku kesilapan dalam pengiraan.

(5) Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan
- terdapat perbelanjaan kerajaan tidak dikira seperti bunga atas pinjaman kerajaan kerana dianggap bayaran pindahan.

(6) Masalah Menentukan Susut Nilai
- modal fizikal seperti banggunan dan mesin akan mengalami kerosakan juga dianggap penyusutan susut nilai, tetapi sukar untuk tentukan susut nilai.


KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

(1) Untuk Mengira PPK
(2) Untuk Mengira Pendapatan Negara Benar
(3) Untuk Mengira Pertumbuhan Ekonomi
(4) Untuk Mengira Pertumbuhan Kebajikan.


p/s : terdapat junior saya mengalami kesukaran untuk mengira sesuatu pendapatan apabila diberi dalam bentuk jadual, maka penting menghafal formula dan komponen dalam bab 2 ini.

perubahan bentuk keluk permintaan


Keluk Permintaan mengalami Pertambahan

Huraian : Harga keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bersilang di titik E.Dengan harga keseimbangan semasa ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0.Bila permintaan DD mengalami pertambahan iaitu keluk telah bergerak ke arah kanan (DD->D1D1) dan keluk penawaran SS tidak berubah, keseimbangan baru di capai pada titik E1, ini menyebabkan kuantiti diminta telah bertambah dari Q0 kepada Q1,tetapi kuantiti ditawarkan masih kekal di Q0.Keadaan ini berlakunya lebihan permintaan sebanyak Q1-Q0, ini mendorong untuk harga naik sehinggalah mencapai titik keseimbangan iaitu pada titik E1 pada harga keseimbangan P1,kuantiti diminta dan ditawarkan pada Q2.

Sebab : perubahan keluk permintaan berlaku apabila berlakunya musim perayaan,cita rasa, dan kehendak oleh pengguna.Faktor-faktor ini telah mendorong berlakunya pertambahan permintaan dalam pasaran, jika pengeluar sedar akan kehadiran situasi ini, pengeluar boleh menaikkan harga untuk mendapat untung besar, tetapi jika perkara ini disedari oleh pengguna, pengguna akan beralih ke pengeluar lain yang menyediakan barangan atau perkhidmatan yang murah.
Keluk Permintaan mengalami Pengurangan

Huraian : Harga keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bersilang di titik E.Dengan harga keseimbangan semasa ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0.Bila permintaan DD mengalami pengurangan iaitu keluk telah bergerak ke arah kiri (DD->D1D1) dan keluk penawaran SS tidak berubah,keseimbangan baru di capai pada titik E1,ini menyebabkan kuantiti diminta telah berkurangan dari Q0 kepada Q1,tetapi kuantiti ditawarkan masih kekal di Q0.Keadaan ini berlakunya lebihan penawaran sebanyak Q0-Q1,ini mendorong untuk harga turun sehinggalah mencapai titik keseimbangan iaitu pada titik E1 pada harga keseimbangan P1,kuantiti diminta dan ditawarkan pada Q2.

Sebab : perubahan keluk permintaan berlaku apabila berlakunya musim perayaan,cita rasa, dan kehendak oleh pengguna.Faktor-faktor ini telah mendorong berlakunya pengurangan permintaan dalam pasaran, jika pengeluar sedar akan kehadiran situasi ini,pengeluar akan mengurangkan pembelian input agar tidak berlakunya kerugian.

p/s : ammak.. keluk2 nih makin lama makin rumit.. insya'allah dapat faham.

konsep persilangan DD dan SS

Keluk Permintaan Bersilang Dengan Keluk Penawaran

Huraian : Harga keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bersilang di titik E. Dengan harga kesimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q0. Apabila harga meningkat ke P2,kuantiti diminta Q2 dan kuantiti ditawarkan Q1, keadaan ini berlakunya lebihan penawaran sebanyak Q1-Q2, ini mendorong untuk harga turun sehinggalah mencapai harga keseimbangan di titik E. Sebaliknya jika harga menurun kepada P1,kuantiti diminta Q1 dan kuantiti ditawarkan Q2, keadaan ini berlakunya lebihan permintaan sebanyak Q1-Q2, ini mendorong untuk harga naik sehinggalah mencapai harga keseimbangan di titik E.

Konsep : keluk permintaan merupakan pengguna,manakala keluk penawaran merupakan pengeluar. Permintaan dan Penawaran seharusnya mempunyai keseimbangan di mana ia akan bersilang di titik E. Permintaan oleh pengguna tidak akan tercapai jika Penawaran oleh pengeluar tidak seimbang dengan Permintaan, begitu jugalah jika Penawaran oleh pengeluar tidak akan tercapai jika Permintaan oleh pengguna tidak seimbang dengan Penawaran.

Sebab : keluk dalam rajah menunjukkan prestasi Permintaan dan Penawaran dalam sesuatu perniagaan. Ia adalah penting bagi memastikan sesuatu perniagaan itu berada dalam rentak persekitaran, dimana Permintaan seimbang dengan Penawaran. Dengan ini perniagaan dapat berlangsung dengan jangka masa yang lama tanpa ada kesilapan dari segi Permintaan dan Penawaran. Jika Permintaan meningkat, Penawaran juga akan meningkat, ini akan berlakunya keuntungan kepada perniagaan tersebut. Sebaliknya jika Penawaran meningkat, tetapi Permintaan menurun, ini akan berlakunya kerugian kepada perniagaan tersebut.

p/s : ini hanyalah nota saya, untuk memastikan saya ingat akan konsep ini.. sekian.. :D