TESTING

Khamis, 13 Mei 2010

Perbezaan Upah


mengikut teori, kadar upah dibayar mengikut daya pengeluaran sut buruh, tapi hanya berlaku dalam PPS sahaja. Dalam keadaan sebenar, pasaran buruh adalah pasaran tidak sempurna dimana buruh bukan faktor homogen tetapi masing-masing mempunyai kemahiran, kecekapan, taraf pendidikan yang berbeza.

Perbezaan Upah antara Individu

(a) Perbezaan Dalam Kecekapan dan Kemahiran
- setiap individu mempunyai kebolehan mental yang berbeza, ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kecekapan yang homogen.
- cth : pandai, cekap, bertanggungjawab dan mahir dalam sesuatu bidang seperti peguam, guru dan lain-lain yang akan menerima upah yang lebih tinggi kerana mempunyai permintaan yang tinggi berbanding dengan penawarannya.

(b) Perbezaan Dalam Kebolehan Fizikal dan Risiko
- individu yang kuat dan sanggup bekerja berat dan berbahaya akan menerima upah yang lebih tinggi berbanding individu yang lemah.

(c) Kos Latihan dan Taraf Pendidikan
- individu yang mempunyai latihan kemahiran dan pelajaran yang tinggi akan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi seterusnya memperoleh upah yang tinggi.
- cth : doktor pakar yang menerima upah lebih tinggi kerana kos latihan yang mahal.

(d) Faedah Bukan Wang
- buruh yang mendapat upah yang rendah tetapi mempunyai faedah bukan wang seperti jaminan perkeso, asrama di tempat kerja dan lain-lain.
- cth : tentera yang mendapat banyak faedah daripada kerajaan diantaranya mereka boleh mendapat rawatan percuma daripada hospital kerajaan.

(e) Perbezaan Dari Segi Tanggungjawab
- jawatan yang berbeza punyai tanggungjawab yang tidak sama, ini menyebabkan bayaran upah juga berbeza.
- cth : upah seorang pengurus syarikat lebih besar daripada upah seorang penyelia kerana pengurus syarikat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menguruskan syarikat.

(f) Perbezaan Pengalaman
- menjawat jawatan yang sama dan taraf pendidikan sama tidak semestinya mendapat upah yang sama kerana mempunyai pengalaman yang tidak sama.
- pekerja yang lebih berpengalaman akan diberikan upah yang lebih tinggi daripada pekerja yang kurang berpengalaman.

(g) Perbezaan Dalam Mobiliti Buruh
- buruh yang mempunyai mobiliti yang kurang akan mendapat upah yang lebih rendah daripada buruh yang mempunyai mobiliti yang tinggi.

(h) Perasaan Prejudis/Prasangka
- perbezaan jantina contohnya perempuan akan mendapat upah yang lebih rendah daripada lelaki kerana pengusaha prejudis terhadap perempuan yang dikatakan mempunyai daya pengeluaran sut lebih rendah daripada lelaki.

p/s : teori-teori-teori.

Rabu, 12 Mei 2010

Penerbitan Keluk DD Buruh

Penerbitan Keluk DD Buruh

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila MCL1=MRP di titik E1 dengan tingkat upah W1 dan kuantiti buruh diminta L1 orang. Ini ditunjukkan pada titik A. Apabila tingkat upah meningkat kepada W2, keseimbangan baru firma tercapai apabila MCL2=MRP di titik E2 dengan tingkat upah W2 dan kuantiti buruh diminta L2 orang. Ini ditunjukkan pada titik B. Apabila tingkat upah menurun kepada W3, keseimbangan baru firma tercapai apabila MCL3=MRP di titik E3 dengan tingkat upah W3 dan kuantiti buruh diminta L3 orang. Ini ditunjukkan pada titik C.

apabila titik A,B dan C disambungkan, maka terbentuk keluk DD buruh yang cerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk ini juga mewakili MRP kerana mempunyai hubungan dengan MPP iaitu MRP = MPP x P. Dalam PPS, harga barang adalah anjal sempurna. Oleh sebab MPP tertakluk kepada hukum pulangan berkurangan, maka secara tidak langsung MRP juga dipengaruhi olehnya.


p/s : keluk MRP yang berada di bawah keluk ARP dikenali keluk DD juga.

Penentuan Penggunaan Buruh oleh Firma dan Keluk DD

E Pasaran Buruh

Huraian : keseimbangan firma tercapai apabila MCL1=MRP di titik E1 dengan tingkat upah W1 dan kuantiti buruh L1 orang. Jika tingkat upah meningkat dari W1 kepada W2, firma mencapai keseimbangan baru apabila MCL2=MRP di titik E2 dengan tingkat upah W2 dan kuantiti buruh L2 orang. Sebaliknya, jika tingkat upah menurun dari W1 kepada W3, firma mencapai keseimbangan baru apabila MCL3=MRP di titik E3 dengan tingkat upah W3 dan kuantiti buruh L3 orang.

Kesimpulan : pada tingkat upah yang tinggi, kuantiti buruh yang diminta oleh firma semakin berkurang. Sebaliknya jika tingkat upah yang rendah, kuantiti buruh yang diminta oleh firma semakin bertambah.


p/s : keluk permintaan bersifat songsang.

Isnin, 10 Mei 2010

Penentuan Tingkat Upah Dalam PPS


- dalam PPS terdapat bilangan buruh dan firma yang banyak.
- masing-masing adalah bersifat penerima pasaran yang telah ditetapkan.
- keluk SS pasaran buruh diperoleh daripada campuran secara mendatar semua keluk SS buruh individu pada pelbagai tingkat upah dan berbentuk cerun ke atas dari kiri ke kanan yang bersifat positif.
- keluk DD pasaran buruh diperoleh daripada campuran secara mendatar semua keluk DD buruh individu (MRP) pada pelbagai tingkat upah dan berbentuk cerun ke bawah dari kiri ke kanan yang bersifat songsang.

Penentuan Tingkat Upah Dalam PPS

Huraian :

(a) keseimbangan tingkat upah pasaran tercapai apabila keluk permintaan buruh (DL) bersilang dengan keluk penawaran buruh (SL) di titik E1 dengan tingkat upah ialah W1 dan kuantiti buruh B1. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL1 (kos sut buruh) =ACL1 (kos purata buruh) yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W1.

(b) kenaikan daya pengeluaran sut menyebabkan keluk DL beralih dari DL1 kepada DL2, keseimbangan tingkat upah pasaran baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah ialah W2 dan kuantiti buruh B2. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL2=ACL2 yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W2.

(c) andaikan daya pengeluaran sut merosot menyebabkan keluk DL beralih dari DL1 kepada DL3, keseimbangan tingkat upah pasaran baru tercapai di titik E3 dengan tingkat upah ialah W2 dan kuantiti buruh B3. Firma menerima tingkat upah pasaran, ini ditunjukkan oleh keluk penawaran firma atau MCL3=ACL3 yang berbentuk anjal sempurna pada tingkat upah W3.

(d) keseimpulannya, firma dalam PPS akan menerima tingkat upah yang telah ditetapkan oleh pasaran. Ini ditunjukkan oleh keluk penawaran buruh atau keluk kos sut buruh (MCL) dan keluk kos purata buruh (ACL) yang berbentuk anjal sempurna iaitu MCL=ACL=W.


p/s : konsep keluk serupa dengan tajuk permintaan firma dan hasil dalam bab 7.

Penawaran Buruh


SS Buruh Individu

- buruh ditawarkan oleh individu dan bukannya firma.
- SS buruh individu merujuk kepada jumlah jam yang sanggup ditawarkan oleh seorang buruh untuk berkerja untuk memaksimumkan kepuasannya.
- upah adalan faktor penting dalam menentukan jumlah jam untuk seseorang buruh itu sanggup berkerja.

Keluk SS Buruh

Huraian : tingkat upah asal ialah pada W dengan buruh menawarkan L jam untuk bekerja. Jika firma meningkatkan upah dari W kepada W1, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah bertambah dari L kepada L1. Sebaliknya, jika firma menurunkan upah dari W kepada W2, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah berkurang dari L kepada L2.

- walaubagaimanapun, jika tingkat upah terus meningkat, keluk SS buruh berbentuk melengkok ke belakang mungkin akan terbentuk dan menyebabkan kejatuhan dalam jumlah jam kerja yang sanggup ditawarkan oleh buruh.

Keluk SS Buruh Melengkok ke Belakang

Huraian : tingkat upah asal ialah pada W dengan buruh menawarkan L jam untuk bekerja. jika firma meningkatkan upah dari W kepada W1, maka masa yang sanggup ditawarkan untuk bekerja oleh buruh telah merosot dari L kepada L1. Kejadian ini dipanggil hukum SS berkecuali.


p/s : keluk melengkuk disebabkan hukum utiliti sut berkurangan.

Rabu, 5 Mei 2010

Upah dan Kesatuan Sekerja


membincangkan faktor buruh dengan ganjaran iaitu upah. penentuan tingkat upah merupakan komponen kos pengeluaran yang menentukan keuntungan atau kerugian kepada firma.


Upah Nominal
- upah wang

Upah Benar
- kuasa beli upah wang

Upah Benar = 100/IHTS x upah wang

Hubungan antara Upah Nominal dengan Upah Benar

- apabila upah nominal naik, upah benar turut naik, jika tingkat harga umum tidak berubah, atau kadar kenaikan upah nominal melebihi kadar kenaikan tingkat harga umum (kadar inflasi).
- kenaikan upah nominal menyebabkan pertambahan permintaan masyarakat terhadap barang, dengan ini membolehkan tingkat harga umum meningkat.
- jika kadar inflasi melebihi kadar kenaikan upah nominal, dengan ini upah benar akan merosot.


Hubungan Antara Daya Pengeluaran Sut Dengan Tingkat Upah Buruh

- daya pengeluaran diukur dari segi TPP buruh yang dihasilkan.
- daya pengeluaran sut buruh merupakan perubahan TPP buruh akibat perubahan satu orang buruh iaitu sama dengan MPP buruh.
- kenaikan daya pengeluaran akan menyebabkan kenaikan dalam MPP dan juga MRP.
- hubungan antara daya pengeluaran sut dengan tingkat upah ada positif dan sebaliknya.

Hubungan Antara Daya Pengeluaran Sut dengan Tingkat Upah

Huraian : Keseimbangan faktor buruh dicapai apabila MRP bersilang dengan SL di E dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L orang. Jika daya pengeluaran sut buruh meningkat, maka keluk MRP akan beralih ke MRP1, titik keseimbangan baru tercapai di titik E1 dengan tingkat upah W1. Jika daya pengeluaran sut buruh merosot, maka keluk MRP akan beralih ke MRP2, titik keseimbangan baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah W2.


Hubungan Daya Pengeluaran Sut Dengan Kuantiti Buruh

Hubungan Daya Pengeluaran Sut Dengan Kuantiti Buruh

Huraian : Keseimbangan faktor buruh dicapai apabila MRP bersilang dengan MCL di E dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L orang. Jika daya pengeluaran sut buruh meningkat, maka keluk MRP akan beralih ke MRP1, titik keseimbangan baru tercapai di titik E1 dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L1 orang. Jika daya pengeluaran sut buruh merosot, maka keluk MRP akan beralih ke MRP2, titik keseimbangan baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L2 orang.


p/s : tajuk nih berkenaan buruh dan ganjarannya.

Penentuan E dalam Pasaran Faktor Pengeluaran


firma yang ingin memaksimumkan keuntungan akan memastikan MCF = MRP, dimana MCF ialah SS faktor manakala MRP ialah DD faktor. Andaikan pasaran faktor dan pasaran barang adalah PPS.

Penentuan Tingkat E Faktor

Huraian : keseimbangan faktor pengeluaran tercapai apabila MCF=MRP di titik E, dengan bilangan buruh 3 orang diminta. Jumlah keuntungan firma ditunjukkan di kawasan berlorek iaitu TRP-TCF (RM 9 x 3) - (RM 8 x 3) = RM 5.


Sebab Keluk DD Faktor (MRP) Cerun ke Bawah dari Kiri ke Kanan

(1) Hukum Pulangan Sut Berkurangan
- MRP diperoleh daripada MPP dengan MRP = MPP x P. Oleh itu, MPP dipengaruhi oleh hukum pulangan sut berkurangan, begitu juga MRP.
- mengikut hukum pulangan sut berkurangan, apabila semakin banyak faktor berubah digunakan dalam pengeluaran, maka tambahan pengeluaran yang dihasilkan oleh tambahan per-unit akan semakin berkurangan. Oleh yang demikian, keluk MPP dan MRP mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

(2) DD Faktor Pengeluaran adalah DD Terbitan
- DD Faktor bergantung kepada DD terhadap barang yang dihasilkan oleh faktor tersebut. Apabila harga fakor meningkat, maka kos pengeluaran juga meningkat. Akibatnya, firma terpaksa meningkatkan harga barang keluarannya, maka kuantiti diminta ke atas barang ini akan merosot.
- menurut hukum DD, hubungan antara tingkat harga dengan tingkat kuantiti adalah songsang. Maka, keluk DD faktor juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh keluk DD barang yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

i - Kesan Penggantian
- ceteris paribus, apabila harga faktor naik, maka fakotr tersebut secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan faktor penggantinya yang lebih murah. Dengan ini, firma akan menggantikan faktor yang mahal tersebut kepada faktor yang lebih murah. Begitulah sebaliknya jika harga faktor menurun, maka kuantiti diminta akan meningkat.

ii - Kesan Pendapatan
- kejatuhan harga sesuatu faktor pengeluaran akan meningkatkan pendapatan benar firma, iaitu dengan jumlah wang yang sama banyak boleh peroleh kuantiti faktor yang semakin banyak. Maka, apabila harga faktor turun, kuantiti diminta akan naik. Begitu jugalah sebaliknya jika harga faktor meningkat yang akan menyebabkan kuantiti diminta akan turun.

iii - Kesan Utiliti Sut Berkurangan
- utiliti sut merosot apabila semakin banyak barang digunakan. Untuk menggalakkan penggunaan sesuatu barang, tingkat harga perlu turun.


Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keanjalan Keluk DD Faktor Pengeluaran

(1) Keanjalan DD bagi Barang yang Dihasilkan
- perubahan harga faktor pengeluaran akan mempengaruhi TC pengeluaran bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.
- apabila harga faktor pengeluaran turun, maka kos pengeluaran turun turun, pengeluar akan merendahkan harga barang tersebut, dengan ini akan menambahkan permintaan terhadap barang tersebut.
- saiz kenaikan kuantiti yang diminta bagi faktor pengeluaran bergantung kepada keanjalan keluk DD barang tersebut. Jika keluk anjal, maka kejatuhan harga kecil akan menambahkan kuantiti yang diminta dengan banyaknya. Dengan ini, akan menaikkan permintaan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang terseubt dengan banyak. Dengan kata lain, keanjalan keluk DD barang adalah sama dengan keanjalan keluk DD faktor.

(2) Kesenangan Memperoleh Faktor Pengganti
- faktor yang punyai banyak faktor pengganti akan mempunyai keanjalan DD yang lebih anjal berbanding dengan faktor yang kurang pengganti.
- apabila fakotr pengganti banyak, maka satu kenaikan harga faktor yang kecil akan menyebabkan firma mengurangkan kuantiti faktor yang diminta dengan banyaknya, kerana secara relatifnya faktor tersebut lebih mahal berbanding dengan faktor penggantinya yang murah. Dengan ini, firma akan meminta lebih banyak faktor penggantinya. Begitulah juga sebaliknya.

(3) Peratusan Kos Faktor Pengeluaran yang Dibayar Berbanding dengan Jumlah Kos Pengeluarannya.
-apabila kos yang dibayar untuk memperoleh faktor pengeluaran merupakan sebahagian besar daripada jumlah kos pengeluarannya untuk menghasilkan barang, maka DD faktornya bersifat anjal berbanding dengan faktor pengeluaran yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluarannya yang mempunyai DD tidak anjal.
- jika peratusan kos untuk memperoleh faktor pengeluaran besar, maka satu kenaikan kecil dalam harga faktor pengeluaran akan menyebabkan kenaikan harga yang besar ke atas barang yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran tersebut. Kuantiti barang yang diminta akan merosot dengan banyak, kuantiti faktor yang diminta turut jatuh dengan banyaknya.


p/s : maka, tamatlah bab 10 mikro.

Selasa, 4 Mei 2010

DD Faktor Pengeluaran dalam PPS



keluk MRP yang berada dibawah keluk ARP, merupakan keluk DD Faktor.


Keluk DD Faktor (MRP)

Huraian :

(a) tingkat upah ialah pada W (wages), firma akan mencapai keseimbangan di titik A apabila keluk MCF=MRP dengan tingkat bilangan buruh L diminta. Pada titik A, ACF=ARP menunjukkan TC=TR (untung normal).

(b) jika tingkat upah meningkat kepada W1, firma akan mencapai keseimbangan di titik B apabila keluk MCF=MRP dengan tingkat bilangan buruh L'1 diminta. Pada titik B, ACF'1 > ARP menunjukkan TC > TR (kerugian).

(c) jika tingkat upah menurun kepada W2, firma akan mencapai keseimbangan di titik C apabila keluk MCF=MRP dengan tingkat bilangan buruk L'2 diminta. Pada titik C, ACF'2 < ARP menunjukkan TC < TR (untung).

(d) titik-titik A, B, C dan D menunjukkan hubungan antara tingkat upah dengan bilangan buruh yang diminta, maka, MRP merupakan keluk DD faktor.


p/s : MRP adalah keluk DD Faktor Pengeluaran

SS Faktor Pengeluaran dalam PPS



- dalam PPS, bilangan firma ramai, ini bermakna banyak firma membeli faktor untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Maka, penjual faktor juga ramai.

- dalam PPS, firma adalah penerima harga, ini bermakna harga faktor sudah ditetapkan tanpa mengira berapa banyak kuantiti pembeliannya, manakala penjual faktor boleh menawarkan berapa banyak kuantiti faktor yang diingini. Ini ditunjukkan oleh keluk SS faktor yang bersifat anjal sempurna.


Jumlah Kos Faktor (TCF = total cos factor)
- merupakan jumlah bayaran atas semua faktor pengeluaran yang digunakan.
- TCF = Bilangan Faktor Diminta x Harga Faktor

Kos Purata Faktor (ACF = average cos factor)
- merupakan kos per-unit faktor yang digunakan.
- ACF = TCF/TF

Kos Sut Faktor (MCF = marginal cos factor)
- merupakan perubahan TCF akibat perubahan per-unit TF.
- MCF = TCF1 - TCF0/TF1 - TF0

Kesimpulan :
ACF = MCF = P

Keluk ACF dan MCF dalam PPS


p/s : ACF dan MCF adalah keluk SS Faktor Pengeluaran

Isnin, 3 Mei 2010

DD dan SS Faktor Pengeluaran


DD Faktor Pengeluaran ialah DD Terbitan

- DD firma terhadap faktor pengeluaran (input) bergantung kepada DD atas barang yang dapat dihasilkan oleh faktor pengeluaran (input) tersebut.
- hubungan antara faktor pengeluaran dan barang keluaran oleh faktor pengeluaran tersebut adalah positif, jika DD terhadap barang tersebut meningkat, maka DD terhadap faktor pengeluaran (input) juga meningkat.
- cth : DD terhadap tayar kereta meningkat, turut meningkatkan DD terhadap getah.


Konsep Keluaran Fizikal Faktor Pengeluaran dengan Daya Pengeluaran Faktor Pengeluaran

(1) Jumlah Keluaran Fizikal (TPP = total production physical)
- merupakan jumlah kuantiti (Q) sesuatu barang yang dapat dihasilkan oleh sesuatu faktor pengeluaran.

(2) Keluaran Fizikal Purata (APP = average production physical)
- merupakan keluaran fizikal yang dapat dihasilkan per-unit faktor pengeluaran.
- merupakan nisbah antara TPP dengan dengan jumlah faktor pengeluaran (TF) yang digunakan.
- APP = TPP/TF

(3) Keluaran Fizikal Sut (MPP = marginal production physical)
- merupakan perubahan TPP akibat perubahan per-unit TF.
- merupakan nisbah antara perubahan TPP dengan perubahan TF.
- MPP = TPP1 - TPP0/TF1 - TF0


Keluk TPP, APP dan MPP

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

(a) TPP yang menaik kemudiannya mencapai titik maksimum kemudiannya menurun adalah disebabkan oleh Hukum Pulangan Berkurangan.

(b) semasa TPP mencapai maksimum, MPP adalah sifar.

(c) semasa TPP menurun, MPP adalah negatif disebabkan Hukum Pulangan Sut Berkurangan.


Konsep Jumlah Keluaran Hasil, Keluaran Hasil Purata dan Keluaran Hasil Sut Faktor Pengeluaran

(1) Jumlah Hasil Keluaran (TRP = total revenue production)
- merupakan jumlah pendapatan yang diperoleh daripada TPP (Q) yang dipasarkan.
- TRP = TPP x P

(2) Keluaran Hasil Purata (ARP = average revenue production)
- merupakan hasil keluaran yang diperoleh daripada per-unit faktor pengeluaran.
- merupakan nisbah antara TRP dengan dengan jumlah faktor pengeluaran (TF) yang digunakan.
- ARP = APP x P
- ARP = TRP/TF

(3) Keluaran Hasil Sut (MRP = marginal revenue production)
- merupakan perubahan TRP akibat perubahan per-unit TF.
- merupakan nisbah antara perubahan TRP dengan perubahan TF.
- MRP = MPP x P
- MRP = TRP1 - TRP0/TF1 - TF0


p/s : konsep hampir sama seperti tajuk dalam bab 6.

Perbezaan Antara Pasaran Oligopoli dengan PPBermonopoli


Ciri-ciri perbezaan :-

(a) Saling Bergantung Antara Firma
- firma dalam oligopoli adalah relatif, jika firma buat sebarang tindakan, pesaing akan menilai tindakan tersebut, tapi dalam PPBermonopoli tiada wujud keadaan ini.

(b) Keluaran
- keluaran oligopoli mungkin homogen atau pengganti hampir akan tetapi dalam PPBermonopoli keluaran firma adalah pengganti relatif.

(c) Bilangan Firma
- bilangan firma dalam oligopoli kurang daripada PPBermonopoli.

(d) Kemasukan Firma
- kemasukan firma dalam oligopoli adalah sukar berbanding PPBermonopoli.
- halangan kemasukan dalam oligopoli membolehkan firma dalam oligopoli mendapat untung dalam jangka panjang tetapi dalam PPBermonopoli dalam jangka panjang hanya dapat untung normal akibat kebebasan keluar masuk.

(e) Pengurusan Firma
- pengurusan firma oligopoli lebih rumit daripada PPBermonopoli, ini adalah kerana keuntungan atau kerugian firma oligopoli bergantung kepada tindakan pesaingnya, dan ini tidak berlaku dalam PPBermonopoli.


p/s : maka tamatlah bab 9.. :D

Pasaran Oligopoli


merupakan struktur pasaran yang mempunyai beberapa firma besar yang menghasilkan keluaran yang berbeza.

Ciri-ciri :-

(a) Terdapat Beberapa Firma Yang Saling Bergantung
- tindakan sebuah firma akan beri kesan kepada pasaran dan setiap firma relatif. Oleh itu, sesuatu tindakan firma lain akan mempengaruhi keuntungan firmanya.

(b) Keluaran Merupakan Pengganti Hampir atau Homogen
- keluaran dapat diganti dengan mudah antara satu sama lain. Contohnya pasaran oligopoli ialah rokok, petrol dan perkhidmatan telekomunikasi.

(c) Kuasa Mempengaruhi Pasaran
- mampu pengaruhi tingkat harga pasaran bergantung kepada kerjasama antara firma.
- jika sebuah firma menurunkan harga, maka firma lain juga akan menurunkan harga, dan sebegitulah sebaliknya.

(d) Terdapat Halangan Memasuki Industri
- terdapat sekatan yang dikenakan oleh undang-undang, ekonomi mengikut bidangan, dan milikan sumber semula jadi.

(e) Persaingan Bukan Harga
- selain bersaing dari segi harga, firma dalam oligopoli juga bersaing dari segi iklan, promosi, pembungkusan dan tawaran hadiah untuk meningkatkan jualannya.


p/s : ada persamaan antara ketiga-tiga pasaran sebelum ini.