firma yang ingin memaksimumkan keuntungan akan memastikan MCF = MRP, dimana MCF ialah SS faktor manakala MRP ialah DD faktor. Andaikan pasaran faktor dan pasaran barang adalah PPS.
Penentuan Tingkat E Faktor
Huraian : keseimbangan faktor pengeluaran tercapai apabila MCF=MRP di titik E, dengan bilangan buruh 3 orang diminta. Jumlah keuntungan firma ditunjukkan di kawasan berlorek iaitu TRP-TCF (RM 9 x 3) - (RM 8 x 3) = RM 5.
Sebab Keluk DD Faktor (MRP) Cerun ke Bawah dari Kiri ke Kanan
(1) Hukum Pulangan Sut Berkurangan
- MRP diperoleh daripada MPP dengan MRP = MPP x P. Oleh itu, MPP dipengaruhi oleh hukum pulangan sut berkurangan, begitu juga MRP.
- mengikut hukum pulangan sut berkurangan, apabila semakin banyak faktor berubah digunakan dalam pengeluaran, maka tambahan pengeluaran yang dihasilkan oleh tambahan per-unit akan semakin berkurangan. Oleh yang demikian, keluk MPP dan MRP mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
(2) DD Faktor Pengeluaran adalah DD Terbitan
- DD Faktor bergantung kepada DD terhadap barang yang dihasilkan oleh faktor tersebut. Apabila harga fakor meningkat, maka kos pengeluaran juga meningkat. Akibatnya, firma terpaksa meningkatkan harga barang keluarannya, maka kuantiti diminta ke atas barang ini akan merosot.
- menurut hukum DD, hubungan antara tingkat harga dengan tingkat kuantiti adalah songsang. Maka, keluk DD faktor juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh keluk DD barang yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
i - Kesan Penggantian
- ceteris paribus, apabila harga faktor naik, maka fakotr tersebut secara relatifnya lebih mahal berbanding dengan faktor penggantinya yang lebih murah. Dengan ini, firma akan menggantikan faktor yang mahal tersebut kepada faktor yang lebih murah. Begitulah sebaliknya jika harga faktor menurun, maka kuantiti diminta akan meningkat.
ii - Kesan Pendapatan
- kejatuhan harga sesuatu faktor pengeluaran akan meningkatkan pendapatan benar firma, iaitu dengan jumlah wang yang sama banyak boleh peroleh kuantiti faktor yang semakin banyak. Maka, apabila harga faktor turun, kuantiti diminta akan naik. Begitu jugalah sebaliknya jika harga faktor meningkat yang akan menyebabkan kuantiti diminta akan turun.
iii - Kesan Utiliti Sut Berkurangan
- utiliti sut merosot apabila semakin banyak barang digunakan. Untuk menggalakkan penggunaan sesuatu barang, tingkat harga perlu turun.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keanjalan Keluk DD Faktor Pengeluaran
(1) Keanjalan DD bagi Barang yang Dihasilkan
- perubahan harga faktor pengeluaran akan mempengaruhi TC pengeluaran bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.
- apabila harga faktor pengeluaran turun, maka kos pengeluaran turun turun, pengeluar akan merendahkan harga barang tersebut, dengan ini akan menambahkan permintaan terhadap barang tersebut.
- saiz kenaikan kuantiti yang diminta bagi faktor pengeluaran bergantung kepada keanjalan keluk DD barang tersebut. Jika keluk anjal, maka kejatuhan harga kecil akan menambahkan kuantiti yang diminta dengan banyaknya. Dengan ini, akan menaikkan permintaan faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang terseubt dengan banyak. Dengan kata lain, keanjalan keluk DD barang adalah sama dengan keanjalan keluk DD faktor.
(2) Kesenangan Memperoleh Faktor Pengganti
- faktor yang punyai banyak faktor pengganti akan mempunyai keanjalan DD yang lebih anjal berbanding dengan faktor yang kurang pengganti.
- apabila fakotr pengganti banyak, maka satu kenaikan harga faktor yang kecil akan menyebabkan firma mengurangkan kuantiti faktor yang diminta dengan banyaknya, kerana secara relatifnya faktor tersebut lebih mahal berbanding dengan faktor penggantinya yang murah. Dengan ini, firma akan meminta lebih banyak faktor penggantinya. Begitulah juga sebaliknya.
(3) Peratusan Kos Faktor Pengeluaran yang Dibayar Berbanding dengan Jumlah Kos Pengeluarannya.
-apabila kos yang dibayar untuk memperoleh faktor pengeluaran merupakan sebahagian besar daripada jumlah kos pengeluarannya untuk menghasilkan barang, maka DD faktornya bersifat anjal berbanding dengan faktor pengeluaran yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluarannya yang mempunyai DD tidak anjal.
- jika peratusan kos untuk memperoleh faktor pengeluaran besar, maka satu kenaikan kecil dalam harga faktor pengeluaran akan menyebabkan kenaikan harga yang besar ke atas barang yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran tersebut. Kuantiti barang yang diminta akan merosot dengan banyak, kuantiti faktor yang diminta turut jatuh dengan banyaknya.
p/s : maka, tamatlah bab 10 mikro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan