membincangkan faktor buruh dengan ganjaran iaitu upah. penentuan tingkat upah merupakan komponen kos pengeluaran yang menentukan keuntungan atau kerugian kepada firma.
Upah Nominal
- upah wang
Upah Benar
- kuasa beli upah wang
Upah Benar = 100/IHTS x upah wang
Hubungan antara Upah Nominal dengan Upah Benar
- apabila upah nominal naik, upah benar turut naik, jika tingkat harga umum tidak berubah, atau kadar kenaikan upah nominal melebihi kadar kenaikan tingkat harga umum (kadar inflasi).
- kenaikan upah nominal menyebabkan pertambahan permintaan masyarakat terhadap barang, dengan ini membolehkan tingkat harga umum meningkat.
- jika kadar inflasi melebihi kadar kenaikan upah nominal, dengan ini upah benar akan merosot.
Hubungan Antara Daya Pengeluaran Sut Dengan Tingkat Upah Buruh
- daya pengeluaran diukur dari segi TPP buruh yang dihasilkan.
- daya pengeluaran sut buruh merupakan perubahan TPP buruh akibat perubahan satu orang buruh iaitu sama dengan MPP buruh.
- kenaikan daya pengeluaran akan menyebabkan kenaikan dalam MPP dan juga MRP.
- hubungan antara daya pengeluaran sut dengan tingkat upah ada positif dan sebaliknya.
Hubungan Antara Daya Pengeluaran Sut dengan Tingkat Upah
Huraian : Keseimbangan faktor buruh dicapai apabila MRP bersilang dengan SL di E dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L orang. Jika daya pengeluaran sut buruh meningkat, maka keluk MRP akan beralih ke MRP1, titik keseimbangan baru tercapai di titik E1 dengan tingkat upah W1. Jika daya pengeluaran sut buruh merosot, maka keluk MRP akan beralih ke MRP2, titik keseimbangan baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah W2.
Hubungan Daya Pengeluaran Sut Dengan Kuantiti Buruh
Hubungan Daya Pengeluaran Sut Dengan Kuantiti Buruh
Huraian : Keseimbangan faktor buruh dicapai apabila MRP bersilang dengan MCL di E dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L orang. Jika daya pengeluaran sut buruh meningkat, maka keluk MRP akan beralih ke MRP1, titik keseimbangan baru tercapai di titik E1 dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L1 orang. Jika daya pengeluaran sut buruh merosot, maka keluk MRP akan beralih ke MRP2, titik keseimbangan baru tercapai di titik E2 dengan tingkat upah W dan kuantiti buruh sebanyak L2 orang.
p/s : tajuk nih berkenaan buruh dan ganjarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan