Sudah lama penulis tidak update blog Ekonomi STPM ini disebabkan sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar kampus di Universiti Utara Malaysia.. Untuk pengetahuan pembaca, penulis kini sudah pun menjadi pelajar tahun ke-2 dalam jurusan Ekonomi.. Penulis ada baki 1 tahun lagi sebelum bergraduat sebagai pelajar Universiti Utara Malaysia.
Nak kata sibuk sahaja sampai tidak update blog Ekonomi STPM ini bukahlah alasan utama.. Alasan utamanya adalah silibus Ekonomi peringkat Universiti yang sama hanyalah subjek Prinsip Ekonomi (paper tahap 1000) sahaja.. Dan subjek Mikroekonomi dan Makroekonomi (paper tahap 2000) peringkat Universiti yang sama dengan peringkat STPM cuma 30% (pendapat penulis) dan selebihnya lebih advance sehingga mengaplikasikan kaedah Add Math dalam kedua-dua subjek ini.
Oleh itu, penulis memohon maaf kerana tidak dapat update blog Ekonomi STPM ini dan juga memberi tips untuk pembaca mudah faham akan subjek Ekonomi STPM ini oleh disebabkan berlaku pergeseran pemahaman penulis terhadap silibus peringkat STPM dan silibus peringkat Universiti.. Pada pengetahuan penulis sistem STPM sudah berubah kepada sistem Semester bermula tahun ini bukan?.. diharapkan silibus Ekonomi STPM masih sama seperti sebelumnya.. Sekian Terima Kasih.
p/s : Kepada pembaca yang kini sedang belajar di Universiti Utara Malaysia.. kalau nampak penulis di sekitar Kolej Perniagaan (COB) khususnya di Bangunan Ekonomi (SFEB) tegur-tegurlah ya.. Hehehe
2 ulasan:
sy adlh plajar thun 1 eko d usm.. tQ sbb nota2 yg en penulis masuk kn dlm blog ni sdikit byk mbantu sy ktk f6 dlu.. btw, sy da 2 org member yg ambil eko d uum :p
terima kasih menjadikan blog ini sebagai wadah mencanting ilmu ketika form 6 dulu.. alhamdulillah, suka tengok kaum melayu ambil subjek ekonomi nih.. kerana majoriti pelajar yang ambil subjek ekonomi nih adalah daripada kaum cina.
moga2 kita boleh pelajari serba sedikit ilmu ekonomi daripada kaum cina.. dan sama2 mengembangkan ekonomi negara kita.. Insya'Allah
Catat Ulasan