Rabu, 22 Februari 2023

Dah Lama Tak Update

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama nau tak kemaskini blog nih. Bila check statistik, rupanya masih ada pembaca/ pengunjung ke blog nih walaupun nota-nota yang ada sudah outdated dengan silibus tingkatan 6 yang terkini. Apepun penulis nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog nih untuk menambahkan ilmu korang.

Kalau rujuk post yang sebelum nih, last update pada tahun 2016 iaitu 5 tahun juga gap dengan post nih. Just nak maklum, penulis dah konvo level Sarjana/ Master pada tahun 2018 dan kini merupakan pegawai perunding/ ekonomi/ latihan E41 di salah sebuah badan berkanun dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dah kerja kat sini masuk tahun ke-5. Sekejap je masa berjalan.

Kalau sebelum nih pekerjaan penulis lebih kepada teori iaitu mengajar pelajar diploma, kini pekerjaan penulis lebih kepada praktikaliti iaitu terlibat secara langsung dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing negara terutama untuk industri Jentera dan Peralatan (M&E). 

Bila mengajar nih seronok je cerita berdasarkan buku/ teori, tapi bila turun padang, teori yang kita pelajari tu hanya boleh bantu kita untuk fahamkan keadaan sahaja. Secara praktikalitinya sangat berbeza disebabkan konsep "Ceteris Paribus" atau "Residual" susah berlaku apabila mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung.

Apepun penulis rasa sangat seronok apabila berjumpa dengan ramai pemain industri, mereka berkongsi pelbagai cerita dan situasi untuk memastikan perniagaan/ syarikat mereka untuk kekal relevan/ survive dalam pasaran domestik dan global. Cabaran ekonomi realiti sangat berbeza dengan apa yang kita pelajari di sekolah/ universiti, cabaran tersebut bukan sahaja mempengaruhi pendapatan kita sahaja, malah ia boleh mempengaruhi aspek politik, sosial, dan agama juga.

Way forward, penulis terus istiqomah dengan ilmu-ilmu ekonomi nih. Ilmu ekonomi nih banyak membantu penulis dalam banyak perkara. Kalau ada antara korang nak jemput penulis untuk buat sharing session berkenaan topik tertentu dalam subjek ekonomi, penulis sangat mengalu-alukannya. Tidak perlu risau berkenaan bayaran, penulis buat secara percuma/ pro-bono atas dasar jihad ilmu dan juga untuk kumpul saham akhirat penulis.

Korang boleh berhubung dengan penulis melalui alamat e-mel berikut: rahman.kamis91@gmail.com . Penulis taknak ambil risiko untuk share nombor peribadi dalam blog nih takut ada orang akan salah guna nanti. Apepun penulis mendoakan para pembaca/ pengunjung sekalian dipermudahkan urusan dan diberi kelapangan dalam menuntut ilmu. Aamiin

Terima kasih