Rabu, 22 Februari 2023

Dah Lama Tak Update

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama nau tak kemaskini blog nih. Bila check statistik, rupanya masih ada pembaca/ pengunjung ke blog nih walaupun nota-nota yang ada sudah outdated dengan silibus tingkatan 6 yang terkini. Apepun penulis nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog nih untuk menambahkan ilmu korang.

Kalau rujuk post yang sebelum nih, last update pada tahun 2016 iaitu 5 tahun juga gap dengan post nih. Just nak maklum, penulis dah konvo level Sarjana/ Master pada tahun 2018 dan kini merupakan pegawai perunding/ ekonomi/ latihan E41 di salah sebuah badan berkanun dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dah kerja kat sini masuk tahun ke-5. Sekejap je masa berjalan.

Kalau sebelum nih pekerjaan penulis lebih kepada teori iaitu mengajar pelajar diploma, kini pekerjaan penulis lebih kepada praktikaliti iaitu terlibat secara langsung dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing negara terutama untuk industri Jentera dan Peralatan (M&E). 

Bila mengajar nih seronok je cerita berdasarkan buku/ teori, tapi bila turun padang, teori yang kita pelajari tu hanya boleh bantu kita untuk fahamkan keadaan sahaja. Secara praktikalitinya sangat berbeza disebabkan konsep "Ceteris Paribus" atau "Residual" susah berlaku apabila mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung.

Apepun penulis rasa sangat seronok apabila berjumpa dengan ramai pemain industri, mereka berkongsi pelbagai cerita dan situasi untuk memastikan perniagaan/ syarikat mereka untuk kekal relevan/ survive dalam pasaran domestik dan global. Cabaran ekonomi realiti sangat berbeza dengan apa yang kita pelajari di sekolah/ universiti, cabaran tersebut bukan sahaja mempengaruhi pendapatan kita sahaja, malah ia boleh mempengaruhi aspek politik, sosial, dan agama juga.

Way forward, penulis terus istiqomah dengan ilmu-ilmu ekonomi nih. Ilmu ekonomi nih banyak membantu penulis dalam banyak perkara. Kalau ada antara korang nak jemput penulis untuk buat sharing session berkenaan topik tertentu dalam subjek ekonomi, penulis sangat mengalu-alukannya. Tidak perlu risau berkenaan bayaran, penulis buat secara percuma/ pro-bono atas dasar jihad ilmu dan juga untuk kumpul saham akhirat penulis.

Korang boleh berhubung dengan penulis melalui alamat e-mel berikut: rahman.kamis91@gmail.com . Penulis taknak ambil risiko untuk share nombor peribadi dalam blog nih takut ada orang akan salah guna nanti. Apepun penulis mendoakan para pembaca/ pengunjung sekalian dipermudahkan urusan dan diberi kelapangan dalam menuntut ilmu. Aamiin

Terima kasih

Isnin, 26 September 2016

Nota Powerpoint Mikroekonomi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan!.. hahaha.. kata nak aktif balik rupanya tidak.. penulis mohon maaf kerana kesibukan melanda.. dimana penulis sibuk mengajar di kolej dan pada masa yang sama menyambung pengajian di peringkat Sarjana di UPM, Serdang, Selangor secara part time.. macam tak percaya je dah masuk semester kedua.. jadi tak dapat nak aktif sangat.. apepun korang boleh muat turun nota subjek mikroekonomi ini.. nota ini penulis buat sendiri berdasarkan beberapa buku rujukan yang ada pada penulis.. tekan je link tajuk chapter tersebut dan korang akan terus ke Google Slides penulis.
_______________________________________________________











RUJUKAN

Case, K, E., Fair, R, C., & Oster, S, M. (2008). Principle of Economics (9th Ed.). Pearson : USA.

Che Ros Zainal & Mohamad Shukri Seman. (2015). Teks STPM Ekonomi (Mikroekonomi). Pelangi : Johor Bahru

Lim Hock Eam, et al. (2012). Ekonomi (3rd Ed.) Cengage : Petaling Jaya

Zubair Hasan. (2015). Economic with Islamic Orientation. Oxford Fajar  : Shah Alam
_______________________________________________________
Untuk makluman.. isi kandungan nota mikroekonomi ini adalah berdasarkan silibus tempat penulis mengajar.. ia merupakan silibus peringkat diploma, tapi isi kandungan ada sedikit serupa dengan silibus STPM waktu  penulis berada di zaman tingkatan 6 dahulu.. terkini, penulis sedang menyiapkan modul/buku mikroekonomi untuk kegunaan pelajar-pelajar penulis.. buku yang bakal penulis siapkan nanti bukan percuma ya.. nota diatas ini sahaja yang percuma.. hehehe

p/s : kalau ada apa-apa pertanyaan komen je kat bawah nih.. Insya'Allah penulis akan balas.

Ahad, 13 Disember 2015

Ingin Aktif Semula


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah telah siap slide Mikroekonomi untuk pelajar Diploma di Kolej tempat penulis mengajar.. seterusnya ingin siapkan module Mikroekonomi.. berdasarkan silibus pelajar Diploma dan pelajar STPM hampir serupa sahaja.. apa yang penulis dapat lihat ialah bezanya silibus pelajar STPM terkini lebih sedikit berbanding silibus dalam sistem STPM yang lama.

Kenapa penulis kata begitu?.. sebab penulis pernah mengajar selama satu bulan (waktu cuti semester tahun 2014) sebagai guru Mikroekonomi di SMK Taman Tasik.. mengajar secara percuma atas dasar ingin menabur bakti kepada sekolah yang telah mendidik penulis.. tak percaya?.. sila lihat gambar di bawah.

 *penulis diberi Plak Penghargaan atas sumbangan selama satu bulan.. pemberian ini diberikan oleh ketua guru tingkatan 6 pada waktu itu iaitu Pn Azah (5 dari kanan)*

Berbalik kepada tajuk entry kali nih, penulis nak tanya kepada pembaca2 blog penulis nih, korang nak tak tengok slide Mikroekonomi penulis?.. kalau ya, sila bagi ulasan dibawah.


p/s : kalau ada yang nak tanya jalan kerja mengira ke teknik main keluk ke ape ke, bagi je ulasan.. hehehe

Jumaat, 11 Disember 2015

Alhamdulillah Selamat Bergraduat


Alhamdulillah, penulis sudah selamat bergraduat pada 26 Oktober 2015 yang lepas untuk sesi ke-3 Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-28.. Lama dah tak update blog ekonomi STPM ini disebabkan kesibukan tugas.

 
*Amaciem, segak tak?.. hehehe*

Selepas penulis menamatkan praktikum di Bahagian Amanah & Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara, penulis meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai pekerja sambilan (PSH) dengan menjawat jawatan Pembantu Tadbir N17 dari bulan Disember 2014 sehingga Mei 2015.. Banyak pengalaman yang penulis dapat pelajari sepanjang perkhidmatan di salah satu jabatan kerajaan.

Terkini, penulis berkerja sebagai Pensyarah Ekonomi di Kolej Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) yang terletak di Bandar Melaka.. Penulis sudah berkhidmat dari Jun 2015 hingga kini.. Alhamdulillah berkat minat dalam mendidik subjek ekonomi ini telah memudahkan penulis mengajar subjek ekonomi seperti Mikroekonomi kepada pelajar-pelajar MiCoST.

Perancangan yang seterusnya ialah penulis akan menyambung pengajian di peringkat Sarjana / Master dalam bidang ekonomi di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kemasukan Februari 2016.. Penulis akan menyambung pengajian secara part-time dan pada masa yang sama masih meneruskan tugas sebagai Pensyarah Ekonomi di MiCoST.

p/s : hidup ini singkat, oleh itu buat yang terbaik!

Selasa, 17 Jun 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah untuk kali-5 berturut-turut dapat anugerah dekan untuk keputusan peperiksaan yang lepas.. semester nih first time merasa majlis anugerah dekan pada waktu malam.. hahaha.. dinner katanya.

Semester nih merupakan semester akhir penulis berada di UUM kemudian menjalani latihan industri atau praktikum di Bahagian Amanah & Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara yang terletak di Menara Maybank, Kuala Lumpur.. tempat praktikum dekat dengan rumah penulis dalam lingkungan 9km.. penulis akan menjalani praktikum selama 4 bulan yang bermula pada pertengahan bulan julai dan tamat pada awal bulan november.

*berjaket Crows Zero (beli bundle je)*

Post yang seterusnya ialah gambar graduasi.. insya'Allah.. sistem kat UUM nih pelik sikit.. walaupun tamat belajar pada tahun nih tapi terpaksa bergraduasi pada tahun hadapan.. kalau nak dibandingkan dengan sistem di UNIMAS, pelajar yang tamat belajar pada tahun nih akan bergraduasi pada bulan november nanti.. takpe lah, semoga urusan penulis dan juga pembaca dipermudahkan olehNya.. aamiin

p/s : rasa macam semalam je jadi pelajar semester 1, tak sangka sekejap je masa berlalu pergi..

Ahad, 22 Disember 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Syukur Alhamdulillah sekali lagi dianugerahkan dekan untuk keputusan peperiksaan sesi semester yang lepas.. Pada semester ini pihak school tak buat majlis dekan, so tak dapat makan free.. isk isk isk.. apepon, Syukur.

Penulis kini jarang buka blog sebab sudah ketandusan idea.. isk isk isk.. apepon, terima kasih kepada pengunjung kerana sudi singgah ke blog ekonomi stpm ini.. mungkin input yang ada dalam blog ini sudah outdated sebab silibus stpm yang dulu dah tak sama dengan stpm sekarang  (macam lirik lagu Tegar).. mungkin.. ye la sekarang sistem stpm sudah ada semester, tak macam dulu belajar setahun setengah teros meletop waktu peperiksaan stpm.

*semester nih sibuk sampai tak terurus*

Apepon.. dari tadi apepon apepon.. isk isk isk.. rasanya setakat itu saja.. moga2 Allah permudahkan urusan kalian dalam menjalani aktiviti harian.. aamiin

p/s : insya'Allah lagi 1 semester lagi, tamat lah belajar kat UUM.

Khamis, 23 Mei 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk naik ke pentas Majlis Anugerah Dekan untuk semester pertama sesi 2012/2013 di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia.. Kepada rakan-rakan ekonomi, diharapkan post anugerah dekan kali ini dapat menyuntik semangat rakan-rakan sekalian untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran khususnya dalam bidang ekonomi.

Ekonomi ini merupakan bidang yang luas sebenarnya.. Di UUM sahaja mempunyai 7 bidang iaitu Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Industri, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber Alam, Ekonomi Kewangan, Ekonomi Awam, dan Ekonomi Pertanian.. Dalam setiap bidang mempunyai 4 subjek.. Pelajar UUM perlu memilih 1 bidang sebagai major.. Walaupun waktu graduat kelak major ini tidak tercatat dalam sijil, tetapi ia akan tercatat dalam transkrip yang menunjukkan pelajar tersebut telah mengambil 4 subjek major yang dipilih.

*Bergambar di pintu masuk EDC, Hotel"

Nak cerita sedikit tentang perubahan dalam jurusan ekonomi di UUM.. Tahniah diucapkan kepada junior ekonomi kerana mereka merupakan Batch pertama yang akan bergraduat dengan Bachelor of Science (Economics) atau B.Sc Economics.. Dan penulis merupakan Batch terakhir yang akan bergraduat dengan Bachelor of Economics (Honours) atau B.Ec.. Nama sudah berubah begitu juga dengan sistem, tempoh tahun, dan jam kredit.

*Diantara junior ekonomi DPP Bank Rakyat*

Pada semester ini penulis dapat naik dekan dengan junior ekonomi daripada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang sama.. Lebih kurang seramai 30 junior ekonomi yang kesemuanya lelaki.. Syabas diucapkan kepada junior ekonomi DPP Bank Rakyat.

p/s : Diharapkan momentum ini dapat dikekalkan.. Insya'Allah