Khamis, 23 Mei 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk naik ke pentas Majlis Anugerah Dekan untuk semester pertama sesi 2012/2013 di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia.. Kepada rakan-rakan ekonomi, diharapkan post anugerah dekan kali ini dapat menyuntik semangat rakan-rakan sekalian untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran khususnya dalam bidang ekonomi.

Ekonomi ini merupakan bidang yang luas sebenarnya.. Di UUM sahaja mempunyai 7 bidang iaitu Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Industri, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber Alam, Ekonomi Kewangan, Ekonomi Awam, dan Ekonomi Pertanian.. Dalam setiap bidang mempunyai 4 subjek.. Pelajar UUM perlu memilih 1 bidang sebagai major.. Walaupun waktu graduat kelak major ini tidak tercatat dalam sijil, tetapi ia akan tercatat dalam transkrip yang menunjukkan pelajar tersebut telah mengambil 4 subjek major yang dipilih.

*Bergambar di pintu masuk EDC, Hotel"

Nak cerita sedikit tentang perubahan dalam jurusan ekonomi di UUM.. Tahniah diucapkan kepada junior ekonomi kerana mereka merupakan Batch pertama yang akan bergraduat dengan Bachelor of Science (Economics) atau B.Sc Economics.. Dan penulis merupakan Batch terakhir yang akan bergraduat dengan Bachelor of Economics (Honours) atau B.Ec.. Nama sudah berubah begitu juga dengan sistem, tempoh tahun, dan jam kredit.

*Diantara junior ekonomi DPP Bank Rakyat*

Pada semester ini penulis dapat naik dekan dengan junior ekonomi daripada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang sama.. Lebih kurang seramai 30 junior ekonomi yang kesemuanya lelaki.. Syabas diucapkan kepada junior ekonomi DPP Bank Rakyat.

p/s : Diharapkan momentum ini dapat dikekalkan.. Insya'Allah

3 ulasan:

arm azid berkata...

Salam...
Awak...saya nak tanya soalan ni. Urgent pasal perbezaan kos

achelor of Business (Hons) Banking & Finance
Bachelor of Business (Hons) Finance & Economics

apa beza nya? Saya student ASASI UM. Dah habis. Just degree nnt xtahu lagi in detail kos apa nak sambung. Please msg saya ASAP ke number

0133391824 (bagitau siapa ye, nnt saya takut tak balas)

Thanks awak

Abdul Rahman berkata...

Salam.

saya belajar di UUM jadi tak dapat nak kasi jawapan yang tepat dari segi subjek dan silibus jurusan tersebut.

di UUM, tiada jurusan tersebut.. yang ada pon hampir2 sama seperti Bachelor of Business Administration, dan Bachelor of Business Administration (Transportation).

jika diamati nama jurusan tersebut, ia jurusan berkenaan business dan mempunyai pengkhususan dari segi Finance, Banking dan Economics.. yang pasti silibusnya tidak terperinci berbanding jurusan yang "pure".

ini sahaja yang saya dapat terangkan dari segi pengamatan saya.

you welcome.

Aiman Amer berkata...

Assalam . Saya pelajar asasi UPM sesi 2016/2017 . Saya sebenarnya agak berminat nak sambung belajar dalam Ekonomi . Saya nak tanya, ekonomi nie banyak pengiraan ke ? Banyak kene hafal ? Ataupun secara keseluruhannya senang tak belajar dalam bidang ini ? Terima kasih. Sebab saya tak la bagus sngt dalam science stream dan pengiraan . Saya juga bercadang nak jadi pakar penganalisis ekonomi. Harap boleh bantu saya . Terima kasih .