Khamis, 1 Julai 2010

Perubahan Kadar Pertukaran Asing Dalam Sistem Boleh Ubah



(a) Perubahan DD Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Apabila pengimport malaysia menambahkan import dari amerika ini menyebabkan pertambahan terhadap permintaan US$ di pasaran pertukaran asing dari Q kepada Q1, keadaan ini akan menyebabkan keluk DD beralih kepada D1D1, dan menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia akan bertambah buruk daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM4.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit telah turun dan nilai mata wang US$ naik. Begitu juga sebaliknya jika pengimport malaysia mengurangkan import dari amerika.

(b) Perubahan SS Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Apabila pengimport amerika menambahkan import dari malaysia ini menyebabkan pertambahan terhadap penawaran US$ di pasaran pertukaran asing dari Q kepada Q1, keadaan ini akan menyebabkan keluk SS beralih kepada S1S1, dan menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia akan bertambah baik daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM3.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit telah naik dan nilai mata wang US$ turun. Begitu juga sebaliknya jika pengimport amerika mengurangkan import dari malaysia.

Perubahan Dalam DD dan SS Mata Wang Asing


Huraian : rajah atas menunjukkan keseimbangan asal ialah pada titik E dengan pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia sebagai US$ 1 = RM3.50. Pengurangan DD US$ yang akan menyebabkan keluk DD beralih kepada D1D1, dan pertambahan SS US$ yang akan menyebabkan keluk SS beralih kepada S1S1 menentukan titik keseimbangan baru pada E1. Kesannya, kadar pertukaran antara US$ dan ringgit malaysia bertambah baik daripada US$ 1 = RM3.50 kepada US$ 1 = RM3.00. Ini bermakna nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ turun.


Kadar Pertukaran Asing Sesebuah Negara Akan Bertambah Baik Jika :
- DD mata wang asing berkurang.
- SS mata wang asing bertambah.

Kadar Pertukaran Asing Sesebuah Negara Akan Bertambah Buruk Jika :
- DD mata wang asing bertambah.
- SS mata wang asing berkurang.


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

(a) Perubahan Cita Rasa Rakyat
- rakyat tempatan suka guna barang import, DD mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk.
- rakyat tempatan suka guna barang tempatan, DD mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik.
- rakyat asing suka guna barang eksport negara itu, SS mata wang asing bertambah, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah baik.
- rakyat asing suka guna barang negara sendiri, SS mata wang asing berkurang, kesannya, kadar pertukaran asing negara itu akan bertambah buruk.

(b) Perubahan Tingkat Harga Umum
- jika negara itu mengalami kenaikan kadar tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara dagangnya, harga barang eksport negara itu akan menjadi mahal, kemudiannya berlaku pengurangan dalam eksport negara itu. Keadaan ini menyebabkan SS mata wang asing berkurang. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- jika negara dagangnya mengalami kenaikan kadar tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara itu, harga barang eksport negara dagangnya akan menjadi mahal, kemudiannya berlaku pengurangan dalam import negara itu. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing berkurang. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(c) Perubahan Kadar Bunga dan Kadar Pulangan Pelaburan
- penurunan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal negara itu ke negara lain dan menambahkan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- kenaikan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara akan menggalakkan pemindahan modal dari negara lain ke dalam negara dan menambahkan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(d) Perubahan Harga Barang Eksport dan Import
- jika harga eksport negara itu naik, harga barang eksport negara itu menjadi mahal, dan negara lain kurang mengimport barang negara itu, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan SS mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- jika harga import negara itu naik, harga barang import negara itu menjadi mahal, dan negara itu kurang mengimport barang negara lain, keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan DD mata wang asing. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.

(e) Pertumbuhan Ekonomi
- pertumbuhan ekonomi dalam negara akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara itu membeli barang import. Keadaan ini menyebabkan DD mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah buruk.
- pertumbuhan ekonomi dalam negara lain akan meninggikan pendapatan dan kemampuan rakyat negara tersebut membeli barang eksport. Keadaan ini menyebabkan SS mata wang asing akan bertambah. Kesannya, kadar pertukaran asing negara itu bertambah baik.


p/s : selepas ini berkenaan bank pusat menetapkan kadar pertukaran tetap.

Tiada ulasan: