Isnin, 25 Januari 2010

Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran



apabila wujudnya permintaan oleh isi rumah, secara relatifnya wujud penawaran oleh firma.
DD => SS

JANGKA MASA PENDEK :

* wujudnya konsep input tetap dan input berubah.
* firma tak dapat meningkatkan pengeluaran mengikut kuantiti kehendak pasaran.
* faktor tetap, cth : kilang.
* faktor berubah, cth : buruh

Konsep Faktor Tetap :
- nilai tetap walaupun pengeluaran bertambah.
- tetap ada walaupun pengeluaran adalah sifar.
- cth : kilang, mesin, tapak.

Konsep Faktor Berubah :
- nilai meningkat apabila pengeluaran meningkat, dan juga sebaliknya.
- faktor berubah sama dengan sifar jika tiada pengeluaran.
- cth : buruh.

JANGKA MASA PANJANG :

* 1 tempoh yang cukup bagi firma mengubah faktor tetap dan semua faktor adalah berubah, bagi mengikut kehendak pasaran.
* semua input sama dengan input berubah.

LOJI :

* 1 unit berbentuk fizikal untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
* cth : mesin, ladang, runcit.

FIRMA :

* organisasi yang memiliki 1 loji atau lebih untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
* industri ialah gabungan antara firma-firma yang memiliki pengeluaran barang dan perkhidmatan yang sama.
* cth : industri muzik, industri keropok lekor, etc.

p/s : dalam mood menghafal nota.. woosh!

Tiada ulasan: