Isnin, 5 Julai 2010

Pertumbuhan Ekonomi


menunjukkan perkembangan ekonomi berbentuk fizikal dari semasa ke semasa seperti pertambahan infrastruktur dan pertambahan prasarana, akan menyebabkan KDNK/KNK benar bertambah.

menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa seperti pendapatan benar bertambah, akan menyebabkan KDNK/KNK per kapita meningkat.


KKP dan Pertumbuhan Ekonomi


Huraian : berdasarkan rajah di atas, peralihan keluk KKP dari AB kepada CD menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi telah berlaku. Pertumbuhan ekonomi menunjukkan bahawa jumlah keluaran maksimum barang X telah bertambah daripada OA unit kepada OC unit manakala barang Y telah bertambah daripada OB unit kepada OD unit.


Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

(a) Pertumbuhan Jumlah Penduduk
- akan menambahkan jumlah tenaga buruh, jumlah pengeluaran, saiz pasaran dan akan meningkatkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(b) Kemahiran Buruh dan Usahawan
- dapat mengendalikan pengeluaran berasaskan teknologi tinggi, ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(c) Pertambahan Pelaburan
- dapat membantu pengeluaran melalui modal yang disalurkan dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(d) Kekayaan Sumber Alam
- kekayaan sumber alam menjamin bekalan faktor pengeluaran yang mencukupi untuk proses pengeluaran dan akan menarik minat pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(e) Kemajuan Teknologi
- dapat meninggikan kecekapan pengeluaran, meningkatkan jumlah pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(f) Perluasan Pasaran
- perluasan pasaran ke luar negara akan membolehkan industri berasaskan eksport meningkatkan pengeluaran eksport ke luar negara dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(g) Galakan Kerajaan
- galakan melalui dasar-dasar ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur membantu penubuhan kawasan perindustrian baru dan akan menggalakkan pelabur untuk melabur dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.

(h) Kestabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- keadaan politik yang stabil, sosial masyarakat yang teratur dan keadaan ekonomi yang stabil akan menarik pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur ke dalam negara dan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran dan seterusnya mendorong pertambahan keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi.


Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi

(a) Perledakan Penduduk
- bagi negara yang mempunyai sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan negara tersebut tidak dapat menampung kebajikan penduduk negara tersebut seperti menyediakan peluang pekerjaan dan sebagainya akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(b) Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan
- akan menghadapi kesukaran untuk menguruskan projek-projek pembangunan dan menyekat usaha penyelidikan dan pembanggunan akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(c) Kurang Pelaburan
- jumlah tabungan yang terhad disebabkan pendapatan negara yang rendah akan menyebabkan kurang pelabur untuk melabur ke dalam negara akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(d) Tingkat Teknologi yang Rendah
- kekurangan modal dan buruh mahir untuk mengendalikan alat teknologi yang canggih menyebabkan penyelidikan dan pembanggunan terjejas dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(e) Sistem Sosial dan Sikap Masyarakat
- sikap kurang menabung akan menyekat kebolehan negara mengumpulkan modal untuk tujuan pelaburan. selain itu, masyarakat yang lebih suka mengamalkan ekonomi sara diri menyebabkan kurang persaingan komersial akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(f) Pasaran Terhad
- sekatan perdagangan antarabangsa menghalang perluasan pasaran eksport dan saiz pasaran domestik yang terhad disebabkan bilangan penduduk dan taraf hidup yang rendah menyebabkan pasaran menjadi kecil akan menghalang pertumbuhan ekonomi.

(g) Ketidakstabilan Politik, Sosial dan Ekonomi
- masalah politik, keruntuhan akhlak, jenayah yang berleluasa, negara mengalami inflasi dan mata wang jatuh akan menyebabkan kurang pelabur asing untuk melabur dan ini akan menghalang pertumbuhan ekonomi.


Galakan Kerajaan Untuk Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi

(a) Menyediakan Kemudahan Awam
- seperti infrastruktur fizikal, prasarana, meningkatkan taraf pendidikan dan mengembangkan golongan usahawan.

(b) Menggalakkan Pelabur
- dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman bank untuk pelabur meminjam wang untuk melakukan pelaburan ke dalam negara.

(c) Menjaga Kestabilan Politik dan Ekonomi
- dengan cara mengelakkan berlaku penyelewengan dalam badan kerajaan dan mengamalkan dasar-dasar ekonomi untuk menjaga kestabilan ekonomi negara.

(d) Meliberalisasikan Sistem Kewangan
- untuk menggalakkan aliran wang dalam negara agar keluaran negara bertambah seterusnya mengembangkan pertumbuhan ekonomi negara.


p/s : maka tamatlah tugas saya sebagai seorang blogger ekonomi stpm. :)

5 ulasan:

acelah.a.aziz berkata...

salam.
saya budk ting.6 yg baru b'kecimpung dlm dunia ekonomi.. apa b'bezaan antra makro & mikro??

Abdul Rahman berkata...

salam.. perbezaan makro dan mikro mudah je.. makro belajar tentang perkara yang luas berbanding mikro yang belajar tentang perkara yang kecil sahaja..

apepon kedua2nya ada formula, pengiraan, essei dan membuat lakaran keluk.

Mabel berkata...

Thank you Abdul Rahman! That's was a complete note I'm looking for!

Abdul Rahman berkata...

you welcome Mabel.. hopefully you're success on your stpm.

Tanpa Nama berkata...

Apa perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dengan kadar pertumbuhan ekonomi?