Sabtu, 3 Julai 2010

Sistem Kadar Pertukaran Tetap


dibawah sistem ini, kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan dengan tujuan memperbaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi, sama ada kerajaan menetapkan pada kadar lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Kadar Pertukaran Tetap Lebih Tinggi

Huraian : berdasarkan rajah di atas, pertukaran antara US$ dan ringgit pada titik E iaitu US$ 1 = RM3.50. Apabila kerajaan malaysia hendak memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan malaysia telah menetapkan kadar pertukaran lebih tinggi dari kadar pertukaran asing di pasaran iaitu US$ 1 = RM4.00. Tindakan ini menyebabkan nilai mata wang ringgit jatuh dan nilai mata wang US$ naik, dan juga wujud lebihan penawaran US$ sebanyak Q2-Q1. Untuk mengatasi lebih penawaran US$ ini, kerajaan malaysia perlu membeli US$ dalam pasaran pertukaran asing sehingga DD=SS.

Kadar Pertukaran Asing Lebih Rendah

Huraian : berdasarkan rajah di atas, pertukaran antara US$ dan ringgit pada titik E iaitu US$ 1 = RM3.50. Apabila kerajaan malaysia hendak memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan malaysia telah menetapkan kadar pertukaran lebih rendah dari kadar pertukaran asing di pasaran iaitu US$ 1 = RM3.00. Tindakan ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ jatuh, dan juga wujud lebihan permintaan US$ sebanyak Q2-Q1. Untuk mengatasi lebih permintaan US$ ini, kerajaan malaysia perlu menjual US$ dalam pasaran pertukaran asing sehingga DD=SS.


Implikasi Penentuan Kadar Pertukaran Tetap
- akan mempengaruhi import dan eksport negara dan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara.

Terkurang dan Terlebih nilai Ringgit

Terkurang Nilai Ringgit
- apabila kerajaan malaysia menetapkan kadar pertukaran asing pada US$ 1 = RM4.00, ringgit malaysia menjadi terkurang nilai.
- ini bermakna nilai mata wang ringgit jatuh dan nilai mata wang US$ naik.
- keadaan ini menyebabkan harga import menjadi lebih mahal.
- harga eksport menjadi lebih murah.
- pertambahan eksport dan pengurangan import mewujudkan lebihan SS mata wang asing dan ini menyebabkan imbangan pembayaran malaysia diperbaiki.
- pertambahan eksport malaysia akan memajukan industri eksport dan ini menyebabkan ekonomi negara berkembang.
- kegiatan pelaburan dalam industri eksport akan bertambah dan ini menyebabkan dapat meningkatkan tingkat guna tenaga dan pendapatan negara.
- penetapan ini sesuai semasa ekonomi negara mengalami deflasi.

Terlebih Nilai Ringgit
- apabila kerajaan malaysia menetapkan kadar pertukaran asing pada US$ 1 = RM3.00, ringgit malaysia menjadi terlebih nilai.
- ini bermakna nilai mata wang ringgit naik dan nilai mata wang US$ jatuh.
- keadaan ini menyebabkan harga import menjadi lebih murah.
- harga eksport menjadi lebih mahal.
- pengurangan eksport dan pertambahan import mewujudkan lebihan DD mata wang asing dan ini menyebabkan imbangan pembayaran malaysia diperburukkan.
- pengurangan eksport malaysia akan menghalang perkembangan industri eksport dan ini menyebabkan ekonomi negara terjejas.
- kegiatan pelaburan dalam industri eksport akan berkurang dan ini menyebabkan berlaku penurunan tingkat guna tenaga dan pendapatan negara.
- penetapan ini sesuai semasa ekonomi negara mengalami inflasi.


Devaluasi
- satu dasar kerajaan untuk menurunkan nilai mata wang tempatan.
- harga import akan jadi lebih mahal dan berlaku penurunan DD mata wang asing.
- harga eskport akan jadi lebih murah dan berlaku peningkatan SS mata wang asing.
- imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

Revaluasi
- satu dasar kerajaan untuk menaikkan nilai mata wang tempatan.
- harga import akan jadi lebih murah dan berlaku peningkatan DD mata wang asing.
- harga eksport akan jadi lebih mahal dan berlaku penurunan SS mata wang asing.
- imbangan pembayaran akan diperburukkan.


p/s : sistem kadar pertukaran tetap ini adalah untuk mempengaruhi perdagangan antarabangsa seterusnya pelaburan ke dalam negara.

5 ulasan:

hafeez berkata...

thanks bro..nice note..

Abdul Rahman berkata...

you welcome.

babyfrex_1992 berkata...

Nota yg senang utk difahami.Ada nota ringkas ttg pbezaan ant.Susut Nilai Wang dgn Terkurang Nilai Wang?

Abdul Rahman berkata...

rasanya saya sudah explain di atas.. cuma sub-tajuk yang berbeza.. dan maksud susut dan terkurang tu adalah sama tak silap saya yang menunjukkan kejatuhan nilai.

Unknown berkata...

Thankyou! this is really helpful for my economics revision :)