Selasa, 9 Februari 2010

Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)


Pasaran Persaingan Sempurna (PPS) ialah sebuah pasaran yang mengandungi ramai penjual dan pembeli yang sedang melakukan aktiviti menjual dan membeli satu barang yang homogen pada satu tingkat harga yang telah ditetapkan oleh pasaran.


Ciri-ciri :

(a) ramai penjual dan pembeli
- tindakan penjual atau pembeli tidak mampu mempengaruhi pasaran.

Cth :

Huraian : Gambar di atas menunjukkan situasi pasaran bagi barang A, apabila seorang penjual memboikot untuk tidak menjual barang A, tindakan penjual tersebut tidak menjejaskan/mempengaruhi pasaran bagi barang A, begitulah juga jika terdapat seorang pembeli yang memboikot untuk tidak membeli barang A, tindakan pembeli tersebut juga tidak menjejaskan/mempengaruhi pasaran bagi barang A.


(b) kebebasan keluar masuk
- jika sebuah firma dalam pasaran dapat untung, firma lain bebas masuk ke dalam pasaran tersebut.
- jika sebuah firma dalam pasaran mengalami kerugian, firma lain bebas keluar dari pasaran tersebut.
- tiada halangan bagi tindakan keluar-masuk pasaran oleh sesiapa.

(c) keluaran yang homogen
- barang di pasaran sama jenis.
- barang adalah pengganti sempurna.

(d) Firma adalah penerima harga
- firma menerima harga yang ditetapkan dalam pasaran dengan mekanisme harga melalui kuasa permintaan (DD) dan penawaran (SS).

Cth :

Huraian : Keluk di atas menunjukkan hubungan antara keluk DD-SS dan keluk permintaan oleh firma, mekanisme harga barang di pasaran dipengaruhi oleh titik keseimbangan permintaan dan penawaran, oleh itu, sebuah firma tidak mampu menentukan harga barang di pasaran. Tidak kira berapa output dijual oleh sebuah firma, harga adalah tetap. Keluk permintaan adalah anjal sempurna.


(e) pengetahuan sempurna tentang pasraan
- pembeli tahu semua harga setiap barang di pasaran.
- penjual tahu semua maklumat harga faktor pengeluaran di pasaran.
- hanya wujud satu tingkat harga sahaja untuk satu barang yang sama.

(f) mobiliti faktor
- semua faktor bebas bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
- semua faktor sama cekap, boleh diguna.


p/s : teori sahaja.. bermulalah bab 7.

1 ulasan:

dila bahar berkata...

salam

sy follower br blog awk, blh sy tahu note ini dari rujukan mane? sy nak ambil untuk assgmnt. tQ