Rabu, 24 Februari 2010

Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal dan Kurang Normal


Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Lebih Normal


Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Lebih Normal

Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung lebih normal, iaitu untung sebanyak PUXE (lorekan kelabu). PPS yang dalam keadaan untung lebih normal akan menarik minat firma lain untuk masuk ke dalam pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kanan, dari SS kepada S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran menurun dari P kepada P1, dan kuantiti bertambah dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima harga akan menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pertambahan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat untung normal (pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.


Penyesuaian Keseimbangan Firma Apabila Firma Memperoleh Untung Kurang Normal

Keluk E Firma apabila Peroleh Untung Kurang Normal

Huraian : keseimbangan asal pasaran ialah pada harga P dan kuantiti Q, apabila SS bersilang dengan DD di titik E. Harga pasaran diterima oleh PPS (pasaran persaingan sempurna) yang menyebabkan untung kurang normal, iaitu kerugian sebanyak PRXE (lorekan kelabu). PPS yang dalam keadaan untung kurang normal akan menyebabkan firma seadanya keluar dari pasaran dan akan menyebabkan berlakunya peralihan keluk SS ke kiri, dari SS kepada S1S1. Keseimbangan baru pada keluk pasaran telah menyebabkan harga pasaran meningkat dari P kepada P1, dan kuantiti berkurang dari Q kepada Q1. PPS yang bersifat penerima harga akan menerima harga pasaran P1 dan menyebabkan keluk MR=AR beralih ke MR1=AR1. Pengurangan bilangan firma dalam PPS telah menyebabkan firma mendapat untung normal (pulang modal) sahaja iaitu pada SAC=SMC=LMC=LAC=MR=AR.


p/s : lakar keluk, keluk akan menceritakannya.

Tiada ulasan: