Rabu, 10 Februari 2010

Pendekatan bagi Menentukan Tingkat Output Keseimbangan


Objektif
: Untung Maksimum


Kaedah 1 :

Perbezaan jumlah hasil (TR) dengan jumlah kos (TC)

TR > TC = Untung
TR < TC = Rugi
TR = TC = Pulang Modal/Untung Normal

Keluk Persilangan TC dan TR

Huraian : Pada titik keseimbangan A dan B, berlakunya pulang modal atau untung normal. Semasa keluaran 0 - Q, firma mengalami kerugian. Firma akan memaksimumkan pengeluaran barang sehingga pada keluaran Q1, kerana selepas pertambahan keluaran Q1, firma akan mengalami kerugian atas faktor pertambahan jumlah kos pengeluaran. Firma akan mencapai keuntungan dari keluaran Q hingga Q1, dan mencapai keuntungan maksimum pada keluaran Q2, iaitu semasa TR lebih besar daripada TC.


Kaedah 2 :

Perbezaan hasil sut (MR) dengan hasil kos (MC)

MR > MC = Untung
MR < MC = Rugi
MR = MC = Pulang Modal/Untung Normal

Keluk Persilangan MC dan MR

Huraian : Pada titik keseimbangan A dan B, berlakunya pulang modal atau untung normal. Semasa keluaran 0 - Q, firma mengalami kerugian. Firma akan memaksimumkan pengeluaran barang sehingga pada keluaran Q1, kerana selepas pertambahan keluaran Q1, firma akan mengalami kerugian atas faktor pertambahan jumlah kos pengeluaran. Firma akan mencapai keuntungan maksimum apabila keluk MC adalah minimum pada keluaran Q2, iaitu semasa MR lebih besar daripada MC.


p/s : fahami konsep, insya'allah anda dapat menguasainya..

Tiada ulasan: