Rabu, 5 Ogos 2009

Pengenalan Makroekonomi



menjelaskan kegiatan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhan.


PEMBOLEH UBAH MAKROEKONOMI

(1) Pendapatan Negara
- jumlah Y faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun.

Keluaran Negara
- jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun.

(2) Tenaga Buruh (TB)
- jumlah penduduk dalam usia 15 hingga 64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan, tidak termasuk suri rumah dan pelajar.

formula :

TB = GT + Pengangguran
Kadar TB = (TB ÷ Jumlah Penduduk) x 100
kadar Pertumbuhan TB = [(TB1 - TB0) ÷ TB0] x 100

Guna Tenaga (GT)
- jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pekerjaan untuk menghasilkan output negara.

formula :

GT = TB - Pengangguran
Kadar GT = (GT ÷ TB) x 100
Kadar Pertumbuhan GT = [(GT1 - GT0) ÷ GT0] x 100

(3) Pengangguran
- jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak dapat pekerjaan.
- kadar pengangguran pada bawah paras 4% menunjukkan negara telah capai GTP.

formula :

Pengangguran = TB - GT
Kadar Pengangguran = (Pengangguran ÷ TB) x 100

(4) Inflasi
- kenaikan tingkat P secara berterusan dari semasa ke semasa.
- P ialah harga purata bagi semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan.

formula :

Kadar Inflasi = [(IH1 - IH0) ÷ IH0] x 100

(5) Imbangan Pembayaran (IP)
- penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain dalam tempoh setahun.
- lebihan imbangan pembayaran menunjukkan ada pertambahan dalam rizab pertukaran asing.
- kurangan imbangan pembayaran menunjukkan ada pengurangan dalam rizab pertukaran asing.

formula :

IP = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan

(6) Pertumbuhan Ekonomi (PE)
- peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang meliputi barang dan perkhidmatan.

formula :

PE = [(KDNK benar1 - KDNK benar0) ÷ KDNK benar0] x 100

(7) Pertumbuhan Kebajikan (PK)
- kenaikan taraf hidup masyarakat dalam sesebuah negara.

formula :

PK = [(PPK
1 - PPK0) ÷ PPK0] x 100

MATLAMAT DASAR MAKROEKONOMI

(1) Capai GTP
- supaya kadar penganguran dapat diminimumkan.
- supaya Y negara dimaksimumkan.

(2) Kestabilan Tingkat P
- kenaikan P menunjukkan berlaku inflasi.
- penurunan P menunjukkan berlaku deflasi.

(3) Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi
- buka banyak peluang pekerjaan.
- supaya Y negara bertambah.

(4) Memperbaiki Imbangan Pembayaran
- supaya rizab pertukaran asing bertambah.
- elak berlakunya defisit yang merugikan negara.


BENTUK DASAR MAKROEKONOMI

(1) Dasar Sebelah DD
- dasar fiskal (pengaruhi G dan T)
- dasar kewangan (pengaruhi Ms dan r)
- kawalan langsung (tarif, kuota, embargo)

(2) Dasar Sebelah SS
- ubah cukai input.
- tingkat pelaburan.
- tingkat teknologi.


Simbol Digunakan :

Y = Pendapatan
GTP = Guna Tenaga Penuh
P = Harga Umum
IH = Indeks Harga
PPK = Pendapatan Perkapita
DD = Permintaan
SS = Penawaran
G = Perbelanjaan Kerajaan
T = Cukai
Ms = Bekalan Wang
r = Kadar Bunga


p/s : paper makro bahagian kuantitatif suka mintak definisi.

Tiada ulasan: