Rabu, 24 Februari 2010

Jenis Inflasi


(a) Inflasi Tarikan Permintaan
- proses kenaikan harga umum akibat kenaikan AD.
- berpunca daripada pertambahan dalam bekalan wang, pertambahan G, ↑ I, dan ↓ kadar T.
- punca-punca tersebut akan ↑ AD sehingga wujud lebihan AD pada tingkat guna tenaga penuh.

Keluk Inflasi Tarikan Permintaan

Huraian : keseimbangan ekonomi berada pada tingkat harga umum P, dan Yn ialah Y. Terdapat banyak faktor pengeluaran yang belum digunakan, maka permintaan agregat dapat ditambahkan dari AD kepada AD1, tanpa menaikkan tingkat harga umum P. Apabila tingkat Yn bertambah dari Y kepada Y1, menunjukkan bahawa ekonomi hampir mencapai tingkat guna tenaga penuh. Hanya tinggal sedikit faktor pengeluaran sahaja yang dapat digunakan untuk menambahkan AS daripada Y1 kepada Y2 bagi memenuhi permintaan agregat dari AD1 kepada AD2. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik daripada P kepada P1. Apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh pada Y2, ini menunjukkan bahawa ekonomi telah mengguna seluruh faktor pengeluaran sepenuhnya. Kesannya, tingkat harga umum terus meningkat daripada P1 kepada P2, dan tarikan permintaan berlaku.


(b) Inflasi Tolakan Kos
- proses kenaikan harga umum akibat ↑ kos pengeluaran.
- berpunca daripada ↑ untung firma, ↑ upah buruh, dan ↑ kos faktor pengeluaran lain.
- punca-punca tersebut akan ↓ AS sehingga ↑ tingkat harga umum.

Keluk Inflasi Tolakan Kos

Huraian : apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh pada Y, kuasa menuntut upah oleh kesatuan sekerja adalah sangat kuat. Keadaan ini akan menambahkan kos pengeluaran firma. Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran untuk meninggikan harga bagi menampung beban pertambahan kos, pada masa yang sama firma telah memindahkan beban kenaikan kos kepada pihak pengguna. Jika banyak keluaran dalam pasaran mengalami kenaikan kos, AS akan berkurangan (keluk AS beralih ke kiri) dan tingkat harga umum akan naik. Kesannya, inflasi tolakan kos terjadi.


(c) Inflasi Diimport
- keadaan berpunca daripada ↑ harga barang-barang diimport.
- ↑ mata wang asing menyebabkan pertukaran wang tempatan bertambah.
- apabila sesebuah negara mengimport barang dari negara asing yang sedang mengalami inflasi, maka barang yang diimport tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang import mengalami ↑ harga, inflasi diimport berlaku di negara.


p/s : Inflasi => Kos Taraf Hidup Rakyat Meningkat.

3 ulasan:

hafizh azam berkata...

time kasih buat blog pasal nie....sye nak amek info ye.....

fred berkata...

bagaimana pula dengan situasi inflasi matawang?? bagaimanakah inflasi matawang berlaku dan apakah kesannya kepada pasaran? TQ:)

Abdul Rahman berkata...

hafiz : sila2.. agar dapat memberi manfaat kepada saudara.

fred : inflasi matawang rasanya tiada dalam silibus ekonomi stpm semasa saya form 6.. takpe la saya jawab berdasarkan fahaman saya.

inflasi matawang merujuk kepada jumlah matawang yang banyak berbanding jumlah barang/perkhidmatan yang ditawarkan.. jumlah matawang menjadi banyak disebabkan polisi dasar kewangan mengembang iaitu dengan mengurangkan kadar bunga pinjaman dan menyebabkan pinjaman meningkat.. dan ini membolehkan masyarakat memegang banyak duit..

apabila situasi ini berlaku akan menyebabkan nilai bagi 1 unit mata wang itu hanya mampu membeli/mendapatkan barang yang sedikit sahaja.. dengan kata mudah nilai matawang tersebut sudah jatuh.