Isnin, 22 Mac 2010

Pasaran Monopoli


suatu pasaran dimana hanya wujud satu penjual sahaja yang sedang menghasilkan suatu keluaran yang tidak mempunyai penganti hampir dan wujud halangan bagi penjual lain untuk memasuki ke dalam pasaran.


ciri-ciri :

(a) Penjual Tunggal
- hanya terdapat sebuah firma yang sedang mengeluarkan keluaran 1 jenis barangan sahaja.

(b) Keluaran Tidak Mempunyai Pengganti hampir
- barang yang dikeluarkan oleh firma tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh firma lain akibat daripada halangan tertentu.

(c) Firma Merupakan Penentu Harga
- firma boleh mempengaruhi tingkat harga keluarannya melalui kawalan tingkat keluaran yang dihasilkan.
- pengurangan dalam penawaran firma (keluk SS ke kiri) akan mempengaruhi permintaan dalam pasaran dan menyebabkan permintaan melebihi penawaran, seterusnya meningkatkan tingkat harga barang tersebut. (lakar keluk dan anda akan faham)

(d) Pengiklanan Tidak Penting
- pengiklanan tidak penting kerana pengguna telah mengenali maklumat keluaran firma tersebut.

(e) Tiada Kebebasan Keluar Masuk Dalam Industri Monopoli
- firma lain tidak boleh memasuki ke dalam pasaran akibat beberapa halangan.
- Halangan seperti perlindungan undang-undang, pemilikan faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.
- firma monopoli akan memperolehi untung lebih normal dalam jangka panjang.


Perbezaan Ciri-ciri antara PPS dan Pasaran Monopoli :

(a) Bilangan Firma dalam Pasaran
- dalam PPS, terdapat banyak firma yang mengeluarkan barang yang pengganti hampir.
- dalam Pasaran Monopoli, hanya terdapat sebuah firma sahaja yang hanya mengeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti hampir.

(b) Harga
- dalam PPS, firma adalah penerima harga dalam pasaran.
- dalam Pasaran Monopoli, firma adalah penentu harga dalam pasaran.

(c) Kebebasan Keluar Masuk dalam Industri
- dalam PPS, firma bebas keluar masuk dalam industri.
- dalam Pasaran Monopoli, firma tiada kebebasan keluar masuk dalam industri.

(d) Jenis Barang
- dalam PPS, keluaran yang homogen.
- dalam Pasaran Monopoli, keluaran yang tiada pengganti hampir.

p/s : bermulah bab MONOPOLI! YEY!.

Tiada ulasan: