Isnin, 3 Mei 2010

DD dan SS Faktor Pengeluaran


DD Faktor Pengeluaran ialah DD Terbitan

- DD firma terhadap faktor pengeluaran (input) bergantung kepada DD atas barang yang dapat dihasilkan oleh faktor pengeluaran (input) tersebut.
- hubungan antara faktor pengeluaran dan barang keluaran oleh faktor pengeluaran tersebut adalah positif, jika DD terhadap barang tersebut meningkat, maka DD terhadap faktor pengeluaran (input) juga meningkat.
- cth : DD terhadap tayar kereta meningkat, turut meningkatkan DD terhadap getah.


Konsep Keluaran Fizikal Faktor Pengeluaran dengan Daya Pengeluaran Faktor Pengeluaran

(1) Jumlah Keluaran Fizikal (TPP = total production physical)
- merupakan jumlah kuantiti (Q) sesuatu barang yang dapat dihasilkan oleh sesuatu faktor pengeluaran.

(2) Keluaran Fizikal Purata (APP = average production physical)
- merupakan keluaran fizikal yang dapat dihasilkan per-unit faktor pengeluaran.
- merupakan nisbah antara TPP dengan dengan jumlah faktor pengeluaran (TF) yang digunakan.
- APP = TPP/TF

(3) Keluaran Fizikal Sut (MPP = marginal production physical)
- merupakan perubahan TPP akibat perubahan per-unit TF.
- merupakan nisbah antara perubahan TPP dengan perubahan TF.
- MPP = TPP1 - TPP0/TF1 - TF0


Keluk TPP, APP dan MPP

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek

(a) TPP yang menaik kemudiannya mencapai titik maksimum kemudiannya menurun adalah disebabkan oleh Hukum Pulangan Berkurangan.

(b) semasa TPP mencapai maksimum, MPP adalah sifar.

(c) semasa TPP menurun, MPP adalah negatif disebabkan Hukum Pulangan Sut Berkurangan.


Konsep Jumlah Keluaran Hasil, Keluaran Hasil Purata dan Keluaran Hasil Sut Faktor Pengeluaran

(1) Jumlah Hasil Keluaran (TRP = total revenue production)
- merupakan jumlah pendapatan yang diperoleh daripada TPP (Q) yang dipasarkan.
- TRP = TPP x P

(2) Keluaran Hasil Purata (ARP = average revenue production)
- merupakan hasil keluaran yang diperoleh daripada per-unit faktor pengeluaran.
- merupakan nisbah antara TRP dengan dengan jumlah faktor pengeluaran (TF) yang digunakan.
- ARP = APP x P
- ARP = TRP/TF

(3) Keluaran Hasil Sut (MRP = marginal revenue production)
- merupakan perubahan TRP akibat perubahan per-unit TF.
- merupakan nisbah antara perubahan TRP dengan perubahan TF.
- MRP = MPP x P
- MRP = TRP1 - TRP0/TF1 - TF0


p/s : konsep hampir sama seperti tajuk dalam bab 6.

Tiada ulasan: