Isnin, 3 Mei 2010

Perbezaan Antara Pasaran Oligopoli dengan PPBermonopoli


Ciri-ciri perbezaan :-

(a) Saling Bergantung Antara Firma
- firma dalam oligopoli adalah relatif, jika firma buat sebarang tindakan, pesaing akan menilai tindakan tersebut, tapi dalam PPBermonopoli tiada wujud keadaan ini.

(b) Keluaran
- keluaran oligopoli mungkin homogen atau pengganti hampir akan tetapi dalam PPBermonopoli keluaran firma adalah pengganti relatif.

(c) Bilangan Firma
- bilangan firma dalam oligopoli kurang daripada PPBermonopoli.

(d) Kemasukan Firma
- kemasukan firma dalam oligopoli adalah sukar berbanding PPBermonopoli.
- halangan kemasukan dalam oligopoli membolehkan firma dalam oligopoli mendapat untung dalam jangka panjang tetapi dalam PPBermonopoli dalam jangka panjang hanya dapat untung normal akibat kebebasan keluar masuk.

(e) Pengurusan Firma
- pengurusan firma oligopoli lebih rumit daripada PPBermonopoli, ini adalah kerana keuntungan atau kerugian firma oligopoli bergantung kepada tindakan pesaingnya, dan ini tidak berlaku dalam PPBermonopoli.


p/s : maka tamatlah bab 9.. :D

Tiada ulasan: