Isnin, 5 April 2010

Kebaikan dan Keburukan Monopoli



KEBAIKAN MONOPOLI

(a) Firma Mengalami Kos Menurun Menghasilkan Lebih Output dengan Harga yang Lebih Rendah
- ia berkenaan ekonomi bidangan dimana pertambahan output akan menyebabkan penurunan kos per unit.
- firma akan menghasilkan tingkat output yang banyak bagi mengenakan harga yang rendah.

Pertambahan tingkat output akan menurunkan harga

(b) Kebaikan Diskriminasi Harga
(i) luaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
- firma dapat membahagikan pasaran kepada bebarapa pasaran yang kecil.
- pasaran ini dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan membayar.
- semakin ramai pengguna yang mampu peroleh barang dan perkhidmatan tersebut mengikut tingkat pendapatan.

(ii) meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat
- pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati suatu barang berdasarkan kemampuan untuk membayarnya.

(c) Boleh Menjalankan Perkhidmatan Awam dengan Cekap
- Perkhidmatan seperti membekalkan air bersih dan elektrik akan dijalankan oleh firma monopoli supaya firma dapat menikmati ekonomi bidangan yang mampu menghasilkan output yang banyak.

(d) Boleh Menggalakkan Perkembangan Teknologi
- menjalankan R&D untuk hasilkan produk yang lebih berkualiti, seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran, secara tidak langsung dapat meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat.
- dapat mengukuhkan kedudukan kuasa monopoli firma.


KEBURUKAN MONOPOLI

Keseimbangan Pasaran Monopoli

Huraian : E tercapai apabila keluk MC=MR iaitu pada keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mengalami untung lebih normal (AR > AC)

(a) Tidak Mencapai Kecekapan Pengeluaran
- syarat kecekapan pengeluaran ialah pada titik C (AC Min).
- pada keluaran Q, firma monopoli mengeluarkan tingkat output pada AC yang sedang menurun iaitu pada titik B.

(b) Tidak Mencapai Kecekapan Peruntukan
- syarat kecekapan peruntukan ialah P=MC.
- pada MC=MR, Q dikeluarkan pada P (AR) > MC.
- gagal mencapai tingkat kebajikan optimum.

(c) Pembaziran Kapasiti
- firma boleh meningkat keluaran sehingga ke titik C (AC Min) tetapi hanya mengeluarkan pada tingkat keluaran Q, maka wujud lebihan kapasiti (pembaziran) sebesar Q1-Q.

(d) Agihan Pendapatan Tidak Rata
- Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang tinggi dan menikmati jumlah keluaran yang sedikit.
- melalui masa, untung monopoli semakin bertambah dan ini menyebabkan jurang pendapatan semakin besar atau agihan pendapatan semakin tidak adil.

(e) Tidak Menggalakkan Perkembangan Teknologi
- Oleh sebab tiada kebebasan keluar masuk firma, maka firma monopoli tidak mengalami persaingan, dengan ini, firma monopoli tidak perlu R&D.
- Tanpa peningkatan kualiti produk menyebabkan kebajikan masyarakat juga tidak dapat dipertingkatkan.


p/s : teori-teori-teori..

Tiada ulasan: