Rabu, 7 April 2010

Monopoli dan Kawalan Kerajaan



kenapa kerajaan mengawal firma monopoli?

jawapannya.. firma monopoli dikatakan menindas rakyat apabila mengenakan tingkat harga yang tinggi dengan menghasilkan tingkat output yang kurang. Anda sedia maklum, diantara ciri-ciri sebuah firma monopoli ialah firma merupakan Penentu Harga. Dengan ini, akan mempengaruhi tingkat kebajikan masyarakat jika firma sedang menghasilkan barang atau perkhidmatan yang penting kepada rakyat.

kawalan monopoli dibahagikan kepada 2 iaitu Kawalan Langsung dan Kawalan Tidak Langsung.


KAWALAN LANGSUNG

kerajaan ingin menetapkan tingkat harga pada :
i) AR = AC
ii) P = MC
iii) AC Min


Hasil Purata Sama Dengan Kos Purata (AR=AC)

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan AR = AC

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan menetapkan tingkat harga pada AR sama dengan AC di titik B, maka firma akan mengalami untung normal (pulang modal) sahaja.


Harga Pasaran Sama Dengan Kos Sut (P=MC)

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Tanpa Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma masih mengalami untung lebih normal , maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.

Pasaran Monopoli Dalam Keadaan P=MC Dengan Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengenakan tingkat harga optimum sosial iaitu P=MC di titik B, tingkat harga menurun daripada P kepada P1 dan tingkat keluaran bertambah daripada Q kepada Q1. Keluk menunjukkan firma mengalami untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC, maka kerajaan perlu memberi subsidi.

Monopoli Mencapai Kecekapan Pengeluaran (AC Min)

Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Tanpa Subsidi

Huraian : dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC, maka kerajaan tidak perlu memberi subsidi.

Harga Pada Kapasiti Pengeluaran Yang Optimum Dengan Subsidi

Huraian :
dalam jangka panjang, firma akan mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila kerajaan mengkehendaki firma mengeluarkan keluaran pada tingkat pengeluaran optimum, maka firma akan mengeluarkan pengeluarannya pada AC Minimum di titik B. Pada AC Minimum, tidak berlaku lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti sebanyak Q1-Q. Pada tingkat pengeluaran Q1, firma mengalami untung kurang normal apabila AR lebih kecil daripada AC, maka kerajaan perlu memberi subsidi.


KAWALAN TIDAK LANGSUNG

kerajaan akan mengenakan sistem Percukaian untuk memperbaiki agihan pendapatan yang tidak setara akibat kuasa firma monopoli yang mengalami keuntungan lebih normal. Terdapat 2 sistem percukaian yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan iaitu Cukai Lump-Sum (sekali gus) dan Cukai Per-unit.

Cukai Lump-Sum

-merupakan cukai yang nilai tetap tanpa mengira tingkat pengeluaran firma.
- ini bermakna, cukai lump-sum ialah kos tetap (FC) yang hanya mempengaruhi jumlah kos (TC) dan kos purata (AR) sahaja.
- cth, Q = 100 cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah kepada Q = 200, cukai tetap dikenakan sebanyak RM20.

Pengenaan Cukai Lump-Sum Ke Atas Pasaran Monopoli

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai dikenakan, keluk AC beralih ke AC1. Pada titik keseimbangan yang sama, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC1, tetapi mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.


Cukai Per-unit

- dalam sistem cukai ini, jumlah cukai bergantung kepada jumlah keluaran firma.
- ini bermakna, cukai per-unit ialah kos berubah
(VC) yang hanya mempengaruhi jumlah kos (TC), kos purata (AC) dan kos sut (MC) sahaja.
- cth, Q = 100
cukai dikenakan ialah sebanyak RM20, apabila keluaran bertambah kepada Q = 200, cukai yang dikenakan akan bertambah sebanyak RM40.

Pengenaan Cukai Per-unit Ke Atas Pasaran Monopoli

Huraian : firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E dengan tingkat harga ialah P dan tingkat keluaran ialah Q. Pada tingkat keluaran Q, firma sedang mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC. Apabila cukai dikenakan, keluk AC dan MC masing-masing beralih kepada AC1 dan MC1. Keseimbangan baru tercapai apabila MC1=MR dengan tingkat harga meningkat dari P kepada P1 dan tingkat keluaran menurun dari Q kepada Q1. Pada tingkat keluaran Q1, firma masih mengalami untung lebih normal apabila AR lebih besar daripada AC1, tetapi mengalami kemerosotan dalam jumlah untung firma.


p/s : kawalan kerajaan ini adalah untuk mempengaruhi tingkat kebajikan rakyat.

2 ulasan:

puteri salju berkata...

maksudnya dalam cukai lump-sum..sekiranya pada mula adlah utung normal,setelah dikenakn cukai,ia menjadi rugi?

Abdul Rahman berkata...

tidak juga rugi, bergantung kepada bentuk keluk tersebut..

cukai ini dikenakan oleh kerajaan, maka kerajaan tidak menghendaki firma monopoli tersebut rugi, bahkan hanya ingin memperbaiki agihan pendapatan yang tidak setara akibat kuasa firma monopoli yang mengalami keuntungan lebih normal, dengan ini keuntungan firma monopoli hanya akan mengalami kemerosotan sahaja.