Rabu, 14 April 2010

Keseimbangan Firma Persaingan Bermonopoli




Dalam Jangka Pendek

terdapat 3 jenis untung iaitu :
- Untung Lebih Normal
- Untung Normal
- Untung Kurang Normal

Keluk Untung Lebih Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung lebih normal apabila keluk AR lebih besar daripada keluk AC iaitu keuntungan sebanyak UPXY.

Keluk Untung Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung normal apabila keluk AR sama dengan keluk AC.

Keluk Untung Kurang Normal

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada tingkat keluaran Q, firma mencapai untung kurang normal apabila keluk AR lebih kecil daripada keluk AC iaitu kerugian sebanyak PUYX.


Dalam Jangka Panjang

- hanya terdapat untung normal sahaja disebabkan kebebasan keluar masuk firma ke dalam industri dalam jangka panjang.
- hanya mempengaruhi keluk MR dan AR sahaja

(a) Untung Lebih Normal menjadi Untung Normal

Keluk Untung Lebih Normal Jangka Panjang

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mencapai untung lebih normal apabila keluk AR lebih besar daripada keluk AC iaitu keuntungan sebanyak UPXY. Keadaan firma dalam pasaran yang sedang mengalami untung lebih normal telah menarik perhatian firma lain untuk masuk ke dalam pasaran dan telah menyebabkan keluk AR dan MR beralih kepada AR1 dan MR1. Firma mencapai keseimbangan baru apabila keluk MR1=MC di titik E1, dengan tingkat keluaran berkurang dari Q kepada Q1, dan tingkat harga menurun dari P kepada P1. Pada keluaran Q1, firma mencapai untung normal apabila keluk AR1=AC.

(b) Untung Kurang Normal menjadi Untung Normal

Keluk Untung Kurang Normal Jangka Panjang

Huraian : Keseimbangan firma tercapai apabila keluk MR=MC di titik E, dengan keluaran Q dan harga P. Pada keluaran Q, firma mencapai untung kurang normal apabila keluk AR lebih kecil daripada keluk AC iaitu kerugian sebanyak PRYX. Keadaan firma dalam pasaran yang sedang mengalami untung kurang normal telah menyebabkan firma lain dalam pasaran keluar dari pasaran dan telah menyebabkan keluk AR dan MR beralih kepada AR1 dan MR1. Firma mencapai keseimbangan baru apabila keluk MR1=MC di titik E1, dengan tingkat keluaran bertambah dari Q kepada Q1, dan tingkat harga meningkat dari P kepada P1. Pada keluaran Q1, firma mencapai untung normal apabila keluk AR1=AC.

p/s : perubahan keluk hampir sama dengan keluk monopoli, cuma keluk AR dan MR monopoli tidak beralih kerana tiada kebebasan keluar masuk.

Tiada ulasan: