Khamis, 24 Jun 2010

Dasar Kewangan


- selain pihak kerajaan.. pihak bank pusat juga memainkan peranan dalam mengawal kestabilan ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan terhadap bank-bank.
- dasar kewangan ini adalah untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r).
- dibahagikan kepada 2 iaitu dasar kewangan kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan dasar kewangan kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan).


Dasar Kewangan Kuantitatif

(a) Mengubah Kadar Bank
- tindakan bank pusat membuat perubahan terhadap kadar faedah terhadap bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bunga untuk meninggikan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk mengurangkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan merendahkan kadar bunga untuk menurunkan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk menambahkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya meningkatkan tingkat guna tenaga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(b) Operasi Dalam Pasaran Terbuka
- tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal.
- semasa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai berkurang, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat dikurangkan juga, akhirnya inflasi dapat diatasi.
- semasa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharan atau bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai bertambah, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat ditingkatkan juga, akhirnya deflasi dapat diatasi.

(c) Mengubah Nisbah Rizab Berkanun dan Mengubah Nisbah Harta Cair
- kejayaan dasar kewangan kuantitatif adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bank-bank perdagangan.
- semasa inflasi, bank-bank perdagangan boleh beli bil perbendaharan dengan lebihan rizab dan tidak perlu kurangkan jumlah deposit semasa, dengan ini bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan di pasaran terbuka akan gagal.
- semasa deflasi, nisbah rizab (berkanun dan harta cair) perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalan negara. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi dapat diatasi.

(d) Funding
- tindakan bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi mengatasi inflasi.
- melambatkan penjualan sekeruti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi dapat diatasi.


Dasar Kewangan Kualitatif

(a) Kredit Terpilih
- bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi

Kawalan Kredit Ansuran
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran.

Kawalan Gadai Janji
- semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut.

Kawalan Keperluan Margin
- semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan meninggikan keperluan margin supaya dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin dinaikkan dari 30% kepada 40%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 40% x RM5000 = RM2000, ini menunjukkan kenaikan keperluan margin sebanyak 10% dapat mengurangkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.
- semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan menurunkan keperluan margin supaya dapat meningkatkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin diturunkan dari 30% kepada 20%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 20% x RM5000 = 1000, ini menunjukkan penurunan keperluan margin sebanyak 10% dapat menambahkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500.

(b) Pembujukan Moral
- bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan kaedah-kaedah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat.
- bank pusat akan mengadakan pertemuan secara langsung dengan bank-bank perdagangan untuk menjelaskan kaedah-kaedah kewangan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh bank-bank tersebut.
- semasa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.
- semasa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.


p/s : teori.. teori.. teori..

Tiada ulasan: