Sabtu, 26 Jun 2010

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Makroekonomi


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Inflasi

- inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan ini bermakna kos taraf hidup masyarakat naik berterusan.
- semasa inflasi tarikan permintaan, dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup akan dilaksanakan.
- semasa inflasi tolakan kos, dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan dasar harga maksimum akan dilaksanakan.
- semasa inflasi diimport, kawalan langsung dan kempen penggantion import akan dilaksanakan.

(a) Dasar Fiskal Menguncup
- kerajaan akan mengurangkan G dan menaikkan T, dengan ini kemampuan membeli masyarakat akan menurun, seterusnya akan mengurangkan AD dan AE.

-pengurangan dalam G dan pertambahan dalam T akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar fiskal menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Menguncup
- bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi melalui menaikkan nisbah cadangan, menaikkan kadar faedah, menjual bon kerajaan, melaksanakan funding, mengetatkan kawalan kredit dan pembujukan moral.

- pengurangan bekalan wang dalam ekonomi akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar kewanganl menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

(c) Dasar Sebelah Penawaran
- kerajaan menggalakkan pertambahan dalam penawaran agregat dengan mengurangkan T dan sebagainya.

- pertambahan penawaran agregat akibat dasar sebelah penawaran akan menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(d) Kawalan Terhadap Kesatuan Sekerja
- tuntutan kenaikan upah semasa tingkat guna tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma-firma, keadaan ini menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran agregat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga umum.
- pihak kerajaan/kesatuan majikan akan berunding dengan kesatuan sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah, dengan ini dapat mengatasi masalah inflasi tolakan kos.

(e) Dasar Harga Maksimum
- dasar harga maksimum akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal harga faktor pengeluaran.

- apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum terhadap faktor pengeluaran, maka harga faktor pengeluaran tersebut tidak boleh dinaikkan lagi, akhirnya masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi.

(f) Kawalan Langsung
- kawalan langsung dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi diimport iaitu kenaikan tingkat harga umum disebabkan kenaikan harga barang import.
- kawalan langsung melalui tarif (cukai import), kuaota (had maksimum kuantiti import) dan sebagainya bagi mengurangkan import untuk mengatasi inflasi diimport.

(g) Kempen Penggantian Import
- menggalakkan orang ramai mengguna barang tempatan.
- cth, untuk menggalakkan orang ramai melancong dalam negara, maka pihak kerajaan dan swasta akan menganjurkan kempem cuti-cuti malaysia, dengan ini orang ramai akan kurang melancong ke luar negara. Akhirnya inflasi diimport dapat diatasi.

(h) Peningkatan Kualiti Faktor Pengeluaran
- melalui perkembangan teknologi dan perkembangan daya pengeluaran buruh boleh menambahkan penawaran agregat, kesannya keluk AS akan beralih ke kanan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum dan akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Deflasi

- deflasi berlaku apabila kadar pengangguran meningkat dan ini berlaku pembaziran sumber manusia dan wujud lebihan kapasiti ekonomi dalam negara.
- apabila berlaku pengangguran, permintaan agregat lebih kurang daripada penawaran agregat setelah kemampuan membeli masyarakat adalah rendah.
- untuk menambahkan permintaan agregat, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang, pembanggunan sumber manusia dan sebagainya.

(a) Dasar Fiskal Mengembang
- kerajaan akan menambahkan G dan mengurangkan T untuk pertumbuhan pembanggunan negara dan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat.

- pertambahan G dan pengurangan T menaikkan permintaan agregat bertambah seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(b) Dasar Kewangan Mengembang
- bank pusat akan menambahkan bekalan wang melalui menurunkan nisbah cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan, melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.

- pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan menaikkan permintaan agregat seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi.

(c) Pembangunan Sumber Manusia
- penganggur akan diberi latihan, kursus dan kemahiran supaya mereka dapat pekerjaan baru dalam sektor tertentu.


p/s : maka tamatlah bab 6.

6 ulasan:

hafizh azam berkata...

npe xleh copy?????nk wat assgnment ssh...btw thankzzzz...print jd pdf pown ok laa.....tq again :).....sye xd basic ekonomi....tp da kne wat assgnment ekonomi...k

Abdul Rahman berkata...

kalau copy nanti plagiat.. haha.. so salin sendiri ya.. btw, you welcome.

Unknown berkata...

GrAf die mmg sama eh??

Unknown berkata...

Ok ah

Unknown berkata...

Ok ah

Aznita Samsi berkata...

As salam....Alhamdulillah...bermanafaat juga ilmu yg di curahkan...semoga terus berjaya Rahman