Selasa, 29 Jun 2010

Sekatan Perdagangan Bebas


perdagangan antarabangsa kekadang tidak mewujudkan keuntungan disebabkan defisit dalam imbangan pembayaran dan inflasi yang diimport berlaku, apabila wujud sekatan terhadap eksport dan import, maka jenis perdagangan yang dilakukan adalah perdagangan antarabangsa terkawal.


Sebab-sebab Sekatan

(a) Melindungi Industri Penting
- seperti industri beras dan senjata perlu dilindungi kerana kedua-dua industri ini amat penting semasa waktu darurat atau peperangan.
- kerajaan akan mengenakan sekatan import.

(b) Melindungi Industri Muda
- iaitu industri yang baru ditubuhkan seperti industri kereta produa.
- industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan.
- industri muda belum setanding dalam pasaran, oleh itu kerajaan akan menyekat barang import supaya industri muda dapat berkembang dan bertanding dengan industri asing.

(c) Mempelbagaikan Ekonomi Negara
- untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, kerajaan akan mempelbagaikan ekonomi negara khasnya memajukan industri perkilangan.
- usaha ini dapat mengurangkan pergantungan negara pada barang import.
- kerajaan akan menyekat barang import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan keluaran tempatan.
- kerajaan juga akan menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

(d) Meningkatkan Guna Tenaga
- industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran, oleh itu kerajaan akan menyekat import untuk melindungi industri tempatan demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

(e) Memperbaiki Imbangan Pembayaran Yang Negatif
- hal ini wujud apabila jumlah import lebih besar daripada jumlah eksport.
- untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif ini, kerajaan akan mengurangkan import melalui sekatan import serta menambahkan eksport.

(f) Menambah Pendapatan Kerajaan
- sekatan dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan kepada kerajaan.
- tarif dapat juga melindungi industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.


Jenis Sekatan

alat sekatan perdagangan untuk mengawal eksport dan import negara.

(a) Tarif
- adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
- tarif dikenakan dalam 2 bentuk iaitu tarif ad-valorem dan tarif spesifik.
- tarif ad-valorem ialah cukai import dihitung berdasarkan harga barang import.
- tarif spesifik ialah cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
- tarif dapat menaikkan harga barang import dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import, akhirnya menambahkan permintaan terhadap barang tempatan.
- tarif juga dapat memperbaiki imbangan perdagangan serta menambahkan pendapatan kerajaan.

(b) Kuota Import
- adalah had kuantiti maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan yang diimport untuk satu tempoh tertentu.
- dapat mengurang dan mengehadkan jumlah kuantiti import.
- berkesan untuk mengurangkan persaingan dalam pasaran tempatan.
- tidak dapat menambahkan pendapatan negara.

(c) Kawalan Pertukaran Asing
- adalah kawalan bank pusat terhadap jumlah mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.
- bank pusat akan mengurangkan jumlah mata wang tempatan yang boleh dibawa ke luar negara agar jumlah perbelanjaan mereka di luar negara akan dikurangkan.
- dapat mengurangkan permintaan terhadap barang import.

(d) Subsidi Eksport
- bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar tempatan yang berorentasikan eksport.
- dapat mengurangkan kos pengeluar.

(e) Embargo
- dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import negara tertentu.
- kerajaan akan mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk menyekat kemasukan barang import tersebut ke dalam negara.
- selalunya bukan semata-mata untuk menyekat barang import dari negara tersebut, malah sebagai satu sekatan ekonomi terhadap negara musuh.

(f) Piawai Kesihatan dan Keselamatan
- sekiranya barang import tidak mematuhi piawai kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan, maka barang tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.


p/s : maka tamatlah bab 7.

Tiada ulasan: