Isnin, 21 Jun 2010

Kesatuan Sekerja



merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan oleh pekerja untuk mewakili pekerja dalam sebarang rundingan.


Matlamat Kesatuan Sekerja

(1) Menjaga Kebajikan Para Pekerja
- dapatkan tingkat upah yang selaras dengan tingkat harga umum.
- dapatkan suasana bekerja yang kondusif.
- melindungi para pekerja daripada dieksploitasi oleh majikan.

(2) Mencapai Tujuan Ekonomi Umum
- kesatuan sekerja, pihak majikan dan pihak kerajaan bersama-sama berunding bagi mencapai matlamat ekonomi seperti tingkat guna tenaga penuh, mengurangkan pengangguran, mengatasi masalah inflasi dan deflasi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menstabilkan ekonomi.

(3) Tujuan Politik
- penglibatan pihak pekerja dalam membincangkan penentuan dasar atau polisi industri.


Cara-cara Kesatuan Sekerja Menuntut Tingkat Upah

(1) Menaikkan Daya Pengeluaran Sut Buruh
- tingkat upah mempunyai hubungan positif dengan tingkat daya pengeluaran.
- apabila daya pengeluaran bertambah, maka tingkat upah turut bertambah.

Peningkatan Daya Pengeluaran Sut

Huraian : Keseimbangan asal ialah pada E1, dengan tingkat upah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila keluk MRP1 beralih ke MRP2, keseimbangan baru tercapai pada E2, dengan tingkat upah bertambah kepada W2 dan tingkat buruh bertambah kepada L2 orang.

(2) Mengehadkan Penawaran Buruh
- dengan mengenakan syarat-syarat keahlian yang ketat, kuota keahlian, mengehadkan peluang untuk menjalankan latihan dan sebagainya.

Mengehadkan Penawaran Buruh

Huraian : Keseimbangan asal ialah pada E1, dengan tingkat upah ialah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila keluk SL1 beralih ke SL2, keseimbangan baru tercapai pada E2, dengan tingkat upah bertambah kepada W2 dan tingkat buruh berkurang kepada L2 orang. Wujud pengangguran sebanyak L1-L2 orang.

(3) Memaksa Majikan Membayar Upah Yang Lebih Tinggi Daripada Upah Pasaran
- melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran.
- boleh tuntut upah minimum.

Tingkat Upah Minimum

Huraian : Keseimbangan asal pada E1, dengan tingkat upah ialah W1 dan tingkat buruh L1 orang. Apabila kesatuan sekerja menuntut upah minimum pada tingkat upah W2, bilangan buruh yang digunakan ialah pada tingkat buruh L2 orang, tetapi bilangan buruh yang ditawarkan ialah pada tingkat buruh L3 orang, ini menyebabkan wujud lebihan buruh yang ditawarkan sebanyak L3-L2 orang.

(4) Perundingan Kolektif
- rundingan secara beramai-ramai atau proses tawar-menawar antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan untuk menentukan tingkat upah.
- dalam proses tawar-menawar terdapat 2 tingkat upah iaitu upah minimum dan upah maksimum. Kesatuan sekerja menyatakan upah maksimum manakala pihak majikan menyatakan upah minimum.
- kesatuan sekerja cuba tuntut tingkat upah yang paling tinggi, manakala pihak majikan cuba mengenakan tingkat upah yang paling minimum.
- tingkat upah yang dipersetujui bergantung kepada kekuatan tawar-menawar. jika tidak mencapai persetujuan maka wujud mogok, barisan berpiket, pemulauan dan melambatkan kerja oleh pihak pekerja.


Penyelesaian Pertelingkahan

(1) Pendamaian
- tindakan antara kesatuan sekerja dan pihak majikan membincang masalah-masalah yang timbul tanpa bantuan daripada pihak luar.
- kedua-dua pihak harus bersifat terbuka.

(2) Timbang Tara
- dilakukan selepas tiada kata sepakat semasa pendamaian.
- terdapat 2 jenis timbang tara iaitu timbah tara sukarela dan timbang tara palsu/wajib.

(3) Mahkamah Perindustrian
- jika masalah diantara kesatuan sekerja dan pihak majikan merugikan masyarakat dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara, maka pihak kementerian sumber manusia akan memaksa mereka menyerahkan masalah mereka kepada Mahkamah Perindustrian.
- sebarang keputusan daripada Mahkamah Perindustrian adalah muktamad.


Keadaan Yang Mempengaruhi Kejayaan dan Kegagalan Kesatuan Sekerja Dalam Menuntut Upah Yang Lebih Tinggi

(1) Bahagian Upah Dalam Jumlah Kos Pengeluaran
- bergantung kepada jumlah kos pengeluaran.
- jika kos upah adalah kecil dalam jumlah kos pengeluaran maka tingkat upah boleh dinaikkan. dan sebaliknya.

(2) Keanjalan Permintaan Keluaran Yang Dihasilkan
- jika permintaan keluaran adalah tidak anjal, maka kesatuan sekerja berjaya menuntut kenaikan upah kerana firma boleh memindahkan kenaikan kos disebabkan kenaikan tingkat upah tadi dengan menaikkan harga keluaran. dengan naiknya tingkat harga keluaran dapat meningkatkan jumlah hasil firma. dan sebaliknya.

(3) Bilangan Pekerja Yang Menganggotai Kesatuan Sekerja
- kekuatan kesatuan sekerja bergantung kepada bilangan ahlinya.
- jika kesatuan sekerja mempunyai bilangan ahli yang ramai, maka kuasa tawar-menawar adalah kuat. dan sebaliknya.

(4) Keadaan Guna Tenaga Dalam Ekonomi
- jika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran rendah, maka kesatuan sekerja mempunyai kuasa tawar-menawar adalah kuat. dan sebaliknya.

(5) Kekuatan Kewangan Kesatuan Sekerja
- tindakan mogok akan lebih lama jika kesatuan sekerja mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kerana para pekerja diberi elaun. dan sebaliknya.


p/s : alhamdulillah.. 5 bulan terakhir ini menjadi medan pertarungan!.

4 ulasan:

Lok Weng Hang berkata...

Terima kasih, perkongsian yang sangat bermanfaat. Sangat membantu saya untuk menghadapi ujian akan datang. Teruskan usaha ini.

Abdul Rahman berkata...

sama2.. diharapkan saudara sukses menghadapi ujian yang akan datang.

nnz3892 berkata...

salam.. saya ingin bertanya, mengapa dasar upah minimum diperlukan di malaysia? boleh tuan jelaskan juga berdasarkan keluk? terima kasih..
nnz.najwa@gmail.com

Abdul Rahman berkata...

salam.. penjelasan berdasarkan keluk boleh rujuk di atas.

mengapa dasar upah minimum diperlukan di Malaysia?.. salah satu faktornya ialah kos hidup.. pabila kos hidup meningkat, untuk selaraskan kenaikan kos hidup ini dengan kuasa beli, pendapatan juga perlu ditingkatkan.

selain itu faktor desakan kesatuan sekerja juga memainkan peranan.. kesatuan sekerja akan meminta syarikat untuk naikkan upah/gaji pekerja.. ini adalah desakan berdasarkan keuntungan syarikat yang perolehi.. lagi tinggi keuntungan syarikat, lagi tinggi upah/gaji yang diminta.